Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera
24 Disember… suasana tenang dan indah. Embun di dedaun masih
kebasahan. Gary
mengintai dari balik langsir beropol kuning. Matanya merayap dari satu pohon
bunga ke satu yang lain. Dulu… tangan lembut mamanya yang menanam bunga-bunga
itu. Tapi kini dia jauh. Papanya pun sama. Maklumlah dah jadi jutawan di
Singapura.
Gary mengeluh.
Dia mengatur langkah ke katil. Buku cerita ‘The Symbol Of Love And Truth’ dicapai. Novel karya Izzabeal Pearty dibelek-belek. Namun moodnya tiada. Dia melontar novel yang agak tebal itu ke tepi. Perutnya berbunyi minta di isi. Sejak semalam tiada makanan yang di sentuhnya. Dia berlari-lari anak ke dapur. Breakfast pagi itu macam biasa. Lunch nanti makan kat luar. Sambil menikmati breakfastnya, Gary berfikir tentang Alia.
Dia mengatur langkah ke katil. Buku cerita ‘The Symbol Of Love And Truth’ dicapai. Novel karya Izzabeal Pearty dibelek-belek. Namun moodnya tiada. Dia melontar novel yang agak tebal itu ke tepi. Perutnya berbunyi minta di isi. Sejak semalam tiada makanan yang di sentuhnya. Dia berlari-lari anak ke dapur. Breakfast pagi itu macam biasa. Lunch nanti makan kat luar. Sambil menikmati breakfastnya, Gary berfikir tentang Alia.
Ada sesuatu yang menarik
pada gadis ini. Walaupun umur yang menjarakkan mereka, namun tiada masalah
setakat ini. Tapi bagaimana dengan keluarganya? Kalau Riki ada, dia boleh
menjadi pendengar kepada apa yang diluahkan. Tapi kini dia sunyi dan
keseorangan.
Fuh!!!
Tak guna memikirkan itu semua. Gary
menuju ke bilik. Dia mengenakan jeans dan T-shirt. Porche dihidupkan dan kereta
itu meluncur megah di jalan raya. Dia menghalakan kereta ke pasaraya. Malam
nanti birthday Alia. So…dia mahu cari present untuk sweetheartnya
itu.
Dari
satu galeri ke galeri yang lain dia melangkah dan mengintai sesuatu untuk
diberikan kepada Alia. Setelah hampir satu jam di situ, Gary telah menemui pilihannya... kotak muzik.
Kotak muzik itu sangat menarik. Setiap kali dibuka, ia akan mengeluarkan muzik
yang damai dan romantik. Patung lelaki dan wanita yang berpegangan tangan
kelihatan menari mengikut alunan muzik. Gary
tersenyum. Pasti Alia suka.
Dia
ke kaunter dan membayar harga kotak muzik pilihannya. Dia kemudian menuju ke
eskalator untuk ke bawah. Perutnya dah berbunyi. Gary masuk ke McDonald. Kentang goreng dan Coke menjadi pilihannya. Jam di
tangan menunjukkan pukul lima lebih. Dia membayar dan menuju ke Porchenya untuk
pulang.
Gary bersiul-siul kesegaran selepas mandi.
Air yang nyaman dan sejuk membasahi tubuhnya yang tegap. Dia masuk ke kamar dan
membuka almari. Bersiap sedia untuk ke rumah Alia. Dia mengenakan Levi’s hitam yang baru
dibelinya dengan T-shirt putih. Kemudian dia turun ke laman. Seketika tadi dia
teringat sekumtum mawar merah yang sedang mengharum. Hajatnya mahu diberikan
kepada Alia. Setelah di kerat dia merenjiskan bunga itu dengan air. Selepas itu
dia naik ke atas semula. Sambil itu dia melirik jam, sudah 7.30 malam.
Gary mengenakan blazer hitam sebagai
pelengkap. Haruman perfume Hero
merawangi biliknya. Tangannya menguis anak rambut yang melindungi dahi. Setelah
itu dia mencapai hadiah dan juga kuntum mawar tadi. Dia melangkah tenang ke
Porche dan akhirnya kereta itu meluncur pergi. Laju...
“Alamak!! Ramainya orang. Mana nak parking ni? Ha... sana kosong lagi.
Susahnya nak parking. Macam rumah PM pulak.”
Dari jauh dia nampak Alia sedang berdiri
di pintu pagar. Dia mencapai hadiah. Kuntuman mawar diselitkan dalam blazer.
Dia mengatur langkah menuju ke arah Alia.
“Hello sayang. Happy birthday.” Ringkas ucapannya. Alia tersenyum. Rasanya waktu
itu juga dia nak kucup dahi Alia yang mulus itu.
Kuntuman bunga diberikan dan mereka saling
berpandangan. Kemudian mereka bergandingan bahu menuju ke dalam. Alia
mengenakan bustier putih labuh
dihiasi manik-manik merah dan riben merah di belakangnya. Rambutnya diikat
longgar. Bagaikan puteri...
Kek dua tingkat berbentuk hati telah
dipotong setelah lilinnya ditiup Alia. Gary turut menyanyikan lagu birthday. Alia menyuapkan sekeping kek
kepada mama dan papanya.
Ni
yang seronok ni..
Sepotong kek turut jatuh ke gua mulutnya.
Sedap!! Gary dapat melirik tiga pasang mata yang merenung tajam ke arahnya...
menimbulkan rasa gementar di dadanya.
“Mama, papa ini Gary, kawan Leesa. Gary ni
parent Alia.”
Gary menghulurkan tangan untuk bersalaman
tapi tidak bersambut. Dia mengeluh. Alia terkejut. Dia tak sangka. Sungguh tak
sangka...
Kemudian Alia menarik Gary keluar. Taman
yang agak gelap di sisi rumah menjadi tumpuan mereka. Tiada bicara yang
terucap.
“Alia minta maaf tadi. Alia tak sangka
perkara macam ni akan terjadi.” Alia bersuara lembut.
“Tak apa. That’s ok.” Gary membalas. Namun dalam pada itu berbaur nada kecewa
dalam suaranya. Dia kemudian menghulurkan hadiah kepada Alia.
“Special
for you. Hope you like it.”
“Thanks.”
“You nak menari?”
Alia mengangguk. Alunan muzik lembut dari
dalam rumah kedengaran perlahan di luar. Sungguh romantik ditambah dengan
cahaya yang suram. Gary memeluk pinggang Alia lembut. Mereka bergerak perlahan.
Alia membenamkan mukanya ke dada Gary. Sungguh romantik. Biarlah malam itu
menjadi miliknya. Mereka sama-sama hanyut dalam imaginasi yang diciptakan
sendiri...
“Leesa, ke sini sekejap.”
Alia tersentak mendengar namanya
dipanggil. Dia mengatur langkah untuk pergi. Tapi sebelum pergi, Gary sempat
mengucup dahinya ..
“Ada apa mama?’’Dia bertanya.
“Ada mama dan papa nak cakapkan. Ha... kau
buat apa dengan budak tu disana?”
“Tak ada apa.” Ringkas jawapannya. Saat
itu juga dia teringatkan Gary yang mengucup dahinya tadi.
“Leesa, ini papa kenalkan Farouk Isqandar
... anak Dato’Aiman. Ha ... Farouk, inilah Leesa anak uncle.”
Tangan dihulurkan dan mereka bersalaman.
“Oh... inilah orangnya yang mama dan papa
sering ucapkan tu ya? Boleh tahan.” Kata Alia. Dia bagaikan lupa kepada Gary.
Dia sebenarnya tahu siapa Farouk Isqandar. Don
Juan yang terkenal.
“Kalau Leesa nak tahu, inilah bakal
tunangan Leesa.” Mamanya bersuara.
“Tunang?” Alia tersentak. Gelas yang
dipegang jatuh berderaian. Dia ditunangkan dengan playboy ini? Bagaimana dengan Gary?
"Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"
sambungan cerita...
ReplyDelete