Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera
“Leesa… Farouk datang ni. Leesa, turun sayang.” Laung Datin
Syabillah kepada anak tunggalnya.
Farouk
Isqandar bertandang ke rumahnya pada satu hari minggu. Mama dan papanya melayan
‘setan’ itu dengan baik sekali. Sesungguhnya mata mereka sudah kabur, kabur
oleh pangkat dan harta.
Alia
melangkah turun. Di tangannya tergenggam satu roll gambar. Dia cuma memakai T-shirt dan bermuda aneka warna.
Datuk Quzair merenung tajam ke arah Leesa namun gadis itu berlagak selamba. Dia
melabuhkan punggung di sofa dan bersila di atasnya.
“Leesa,
kenapa dengan kau ni?” Datin Syabillah menegur keadaan Alia.
Datuk
Quzair memandang Datin Syabillah. Dia mengangguk.
“Duduklah
dulu Farouk. Uncle dan auntie nak ke atas. Berbual-buallah dulu
dengan Leesa.”
Pasangan
suami isteri itu berlalu pergi meninggalkan Alia bersama Farouk.
Inilah masanya Farouk!
“Apa
kau nak?” Soalnya keras.
“Aku
cuma nak ajak kau keluar. Shopping,
tengok wayang, makan-makan. Takkan itu pun tak boleh?” Farouk membalas lembut.
Alia
tersenyum sinis.
“Oo… shopping,
tengok wayang, makan-makan… lepas tu kau ‘makan’ aku pula ye! Depan parent aku bolehlah kau bersandiwara
tapi dengan aku no way man!” suara
Alia semakin tinggi. Marah.
“Apa
kau cakapkan ni? Aku Cuma nak ajak kau keluar. Kau kan tunangan aku.”
“Tunang?
Siapa cakap? Aku tidak pernah menganggap kau sebagai tunangan aku. Aku tak
ingin nak bertunang dengan setan macam kau ni!”
Perang
mulut antara mereka masih berlarutan sehingga mengundang pasangan Datuk dan
Datin di kediaman itu.
“Leesa,
kau tahu tak dengan siapa kau bercakap tu? Kaut tahu tak? Kau langsung tak
menghormati dia.” Datuk Quzair memarahi
Alia. Satu tamparan hinggap di pipinya.
“Buat
apa Leesa nak hormatkan setan yang bertopengkan manusia ni! Mama dan papa cukup
menghormati dia tapi adakah dia pernah menghormati mama dan papa, menghormati
Leesa? Tak pernah papa, tak pernah.” Balas Leesa nyaring. Dia bersemangat.
Tiada air di kolam matanya. Nyata dia begitu tabah.
Farouk
diam menikus. Dia begitu tewas pada kali ini.
“Cuma
kau yang tak pernah merasa begitu Leesa. Kau terlalu bencikan dia. Kau nak dia
buat apa lagi?” Mamanya cuba
meyakinkan Alia.
Farouk menganggukkan kepalanya,
membenarkan.
“Memang
Leesa bencikan dia. Memang Leesa tidak merasakan demikian tapi Leesa ada
maruah. Leesa tak mahu maruah Leesa tergadai hanya kerana dia. Kau orang
berada, kacak dan punya personaliti tapi jangan ingat kau boleh tundukkan aku
dengan semua itu.” Leesa membalas kata-kata mamanya sekaligus menyindir Farouk.
Dia menggenggam kemas gambar-gambar yang di ambilnya.
“Kau
ada bukti menuduh dia begitu?” Tanya Datuk Quzair.
Farouk
masih tidak bersuara dan membiarkan Datuk dan Datin itu membelanya.
“Mengapa
tidak?”
Alia
melemparkan berpuluh-puluh keping gambar yang diambilnya minggu lepas.
“Mama
dan papa masih tak percaya? Leesa tak takut menghadapi semua ini kerana Leesa
tahu Leesa berada di pihak yang benar.” Katanya lagi sambil berlalu pergi.
Farouk
tidak sedap duduk. Gambarnya sewaktu di You & Me Disco and Pub memang
teruk. Malam tu dia mabuk. Dia memejamkan mata. Baru sekarang dia sedar tidak
semua perempuan itu sama.
Datuk
Quzair dan Datin Syabillah menyelesaikan peristiwa itu bersama Farouk sehingga
lelaki itu merasa sesak nafas. Datuk Quzair memang marah. Tak disangka madu
yang dipilih racun yang dibalas.
Alia
sudah pun turun semula dan kini dia bersiap dengan pakaian lebih formal.
“Kau
nak ke mana?” Tanya Datin Syabillah.
Alia
tidak menjawab. Hanya satu impiannya kini, untuk bertemu dengan Ikhwan. Dia
akan mencari kebahagiaannya…
"Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"
No comments:
Post a Comment
[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]