Sunday, December 7, 2014

Belenggu #9 ~ Di Rumah...

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera



Di rumah Alia...
Jam antik di dinding berdenting 8 kali. Datuk Quzair dan Datin Syabillah sudah bersiap sedia untuk ke rumah bakal mentuanya Datuk Aiman.  Kenalah berbaik-baik, lagipun Datuk Aiman tu seorang menteri yang tidak berportfolio. Datin Maria pun punya kedudukan yang kukuh sebagai ahli lembaga sebuah firma saham di ibu kota. Bolehlah tumpang semangkuk nanti...



“Leesa, Leesa. Turunlah. Mama dan papa dah tunggu.” Kak Bibi mengetuk pintu.
Alia diam membisu. Malas dia hendak bersuara.
“Kenapa Bibi?”
“Entahlah Cik Puan.”
“Tak apalah Bibi. Nanti saya uruskan. Awak pergilah buat kerja.”
“Leesa, buka pintu sayang. Ni mama.”
Huh!!! Alia mendengus. Dia bingkas bangun dan memulas tombol pintu.
“Ada apa?” Soalnya keras.
“Tak bersiap lagi?” Datin Syabillah terkejut memandang Alia yang hanya dibaluti jeans lusuh dan singlet kelabu. Terlalu rugged!
Alia hanya diam.
“Leesa, kan mama dah cakap. Malam ni kita dinner di rumah Farouk. Leesa tak dengar ke?” Datin Syabillah bercakap lagi.
“ Farouk tu tunang kau. Malulah mama dan papa kalau kau tak turut serta.”
“Tunang?” Kening kanan Alia terangkat.
“Mama tahu tak siapa Farouk tu sebenarnya? Leesa kenal benar dengan Farouk tu mama. Dah berjuta gadis JB dikecewakannya. Mama mahu Leesa kecewa juga?” Balas Alia.
“Mama tak percaya. Mama dah kenal dia lama. Dia tak seperti yang kau sangkakan.” Mamanya membalas dengan nada tinggi.
“Yang mama sibuk-sibuk ni kenapa? Mama dah buta kerana hartanya? Kenapa tidak mama aje yang kahwin dengan dia. Leesa bencikan dia mama. Benci!” Alia membalas. Marah. Dia termengah-mengah.
Pang!!!
Satu tamparan hinggap di pipinya. Dia tersedak ke belakang.
“Abang...” Datin Syabillah berbisik.
Bila dia masuk?
“Papa tak ajar kau macam ni Leesa. Papa tak ajar.” Datuk Quzair berkata lembut.
Leesa mengusap pipinya yang merah. Dia membalas...
“Papa memang tak ajar. Tapi mama dan papa yang buat Leesa kurang ajar.”
“Diam. Cepat pakai baju.” Papanya mengarah. Pasangan suami isteri itu keluar.
Deretan mutiara jernih membasahi pipi Alia yang masih pedih. Matanya melekat pada potret Gary di sudut meja.
“Maafkan Alia, Gary. Alia terpaksa. Lagipun sebagai seorang wanita, Alia tak mampu. Alia terpaksa.”
Rentetan hati Alia tiada siapa  yang tahu. Namun dia akan cuba melawan badai ganas walaupun dia cuma ada sampan kecil sahaja...

Gary masih lagi di kamar beradu. Matanya menatap sekujur tubuh dalam potret yang tertampan di dinding. Dia merenung tajam ke arah wajah gadis itu. Ummi Alia Marleesa... gadis yang selama ini di puja, yang kian lama bertakhta di lubuk hatinya. Dua hari tidak berjumpa, terasa rindu membungkam di dada.
Aku mesti call Alia. Yes!!!
Dia mencapai handset dan mendail nombor  rumah Alia.
“Hello, may I speak to Alia please?”
“Siapa di sana tu?”
Alamak... father dialah. Gary menelan liur dan mengumpul nafas.
“Saya Gary  Thompson. Kawan dia.”
“Oh... yang malam tu ya. Dengar sini. Tolong jangan ganggu Leesa lagi. Dia dah jadi tunangan orang. Faham!!!” Serentak itu, gagang telefon dihempaskan.
Sepasang mata hazel terbeliak. Terkejut. Dengan serta merta kepala Gary berdenyut-denyut. Bagaikan ada jutaan jarum menusuknya. Bisa dan amat menyakitkan. Sebentar kemudian villa dua tingkat itu bergema dengan jeritan yang amat kuat. Gary pengsan!

Sementara itu di rumah Alia…
“Papa kenapa cakap macam tu pada Gary?” Usul Alia yang kebetulan mendengar perbualan tadi.
“Papa tak mahu dia ganggu kau lagi. Papa buat semua ni untuk kebaikan Leesa juga. Percayalah pada papa sayang.”
“Baik. Papa buat macam ni seolah-olah papa sendiri yang mahu membunuh Leesa!”
Datuk Quzair menggelengkan kepala…

Hampir empat jam tidak sedarkan diri, mata Gary mulai bergerak. Dia memicit kepalanya. Dia tiba-tiba teringat amaran tadi.
“Aku menyintaimu Alia…”
 
 "Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

2 comments:

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]