Wednesday, June 13, 2012

Cerle Cerluk


 
 
Rasa kan macam lama sungguh tak masak. Kebanyakan masa cuma makan kat kedai ataupun sekadar roti dah milo. Agak sibuk sikit minggu ni, dengan sukan dan persiapan untuk program FRIENDS Of Asia Pacific (Pandu Puteri) segalanya menuntut komitmen yang tinggi. Rasanya banyak sungguh yang perlu disiapkan. Bila dah malam tu badan dah kehabisan tenaga. Nak on lappy pun malas, sekadar baca2 gitu aje. Maaflah buat kengkawan yang x menerima kunjungan balas dari cheq sue. 
 
Sekarang ni banyak betul cabarannya seorang guru. Selain kerjanya yang dinamakan mengajar itu, ditambah dengan kerja-kerja sampingan + kerja-kerja luaran, siapa kata tugas itu makin mudah. Untuk orang bujang macam cheq sue ni mungkinlah tak berapa rasa sebab belum berkeluarga tetapi lumrahnya sebagai insan biasa, sesekali terasa juga keluh kesah di jiwa. Harapnya segala akan berjalan lancar. Tapi lumrahnya juga bila bujang ni asyik kita aje yang kena buat kerja... tak suka sungguh.
 
Note : Mood membebel

Bila melihat dalam draf tadi, terpandang 1 resepi ni. Belum diupload lagi, sambil2 membebel boleh juga tengok gambar kan. Yang ni pun buat masa kat kg aritu. Alkisahnya memang dendam dengan kacang kuda goreng pedas ni. Dah lama nak buat tapi kat pasar malam di CH ni dah xde pulak orang menjualnya. Kalau takat nak rebus sendiri memang xleh harap lah. Bila dok kg tu ada la orang jual kat pasar, beli dua bungkus baru dua hengget. :)




 
Yang cheq sue buat ni pun guna sambal sedia ada dalam peti je. Kebetulan memang mek ada buat stok, jadi cheq sue tumis kejap dengan bawang besar dan daun kari kemudian leburkan kacang ke dalamnya. Yang kelakarnya bila makan 2 3 sudu, terasa pedas pulak, terus cheq sue bilas semua kacang tu dengan bumbu2nya, buang segala daun dan bawang kemudian dimakan gitu aje. Boleh pulak kan... haishhhhh tak tahan pedas sungguh! Padahal bukannya pedas sangat pun, dalam skala 10 agaknya baru no 3. Cheq sue aje yang x tahan *_* Jadi untuk seterusnya akan ada lagi cubaan untuk kacang kuda goreng pedas ni... 

Wassalam...

Stylish Thankyou

8 comments:

  1. assalam cheq sue..acik pun suka kacang goreng pedas ni

    ReplyDelete
  2. kite tak pernah pulak makan yang style pedas macam ni. mak kite memang suke makan kacang rebus. apa2 jenis kacang la.

    memang betul tu. kerjaya sbg guru ni bukan macam guru zaman dulu2. macam2 nak kene buat. dengan program yang merepek2 lagi..malas betul. tmpt cheqsue pun macam tu jugak ke? diskriminasi terhadap yang bujang dan yang dah kawen. kite selalu je kene. tapi lepas bersuara, barulah orang atasan sedar perkara tu, gaji sama banyak tapi keje lain2 pulak.

    ReplyDelete
  3. salam cheq sue, Liza pun xpernah lg mkn versi pedas ni...mst terangkat kan...

    ReplyDelete
  4. Tak pernah lg goreng pedas kcg kuda gini..biasa mmg rebus jek..mesti lg best nak mkn pedas2 kan..
    Cikgu zaman skrg lebih kreatif..tu yg sibuknya pun memanjang... cuba kalo cikgu yg x kreatif,mesti dia bosan je sbb xde keroje katanyer..hehe

    ReplyDelete
  5. selalu beli ni kalau pergi pasar tani ;-)

    ReplyDelete
  6. tun pun xpernah makan versi pedas nih. biasa makan yg rebus je. mkn panas2 mmg sedap!

    ReplyDelete
  7. perhhh tak pernah pikir pn ada menu cenggini.. huuu~

    ReplyDelete
  8. dah lama tak makan ni...sedap juga kalau ada depan mata..

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]