Tuesday, September 24, 2013

Nasi Arab Hadramaut

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Alhamdulillah hasrat saya nak cuba membuat nasi arab telah pun tercapai.  Dah lama asyik merancang nak ke restoran makanan arab tapi dari sehari ke sehari tak sampai-sampai juga. Kalau dekat Ipoh saya bukan biasa dengan jalan dalam bandarnya. Nak cari di KL setakat pergi Plaza Rakyat dan rumah kakak saya di Cheras tu saya tahulah. Jadi saya mengambil keputusan untuk membuatnya sendiri dengan mencari resepi nasi arab yang simple dan paling mudah.

Sememangnya ada banyak resepi yang boleh dicuba dan saya mendapati nasi arab hadramaut ni adalah yang paling mudah. Walaupun deretan bahan-bahannya tu nampak panjang lebar, tetapi boleh saja kita permudahkan. Mungkin nasi arab yang saya buat ni tak la "maut" sangat kerana langkah-langkahnya yang saya dah skip.


Seperti selalu jugaklah, saya hanya menggunakan 1 cawan beras sahaja untuk memasak nasi ni. Eh...sebenarnya tak sampai pun satu cawan, saya habiskan beras basmathi Sakura yang saya dok guna sekian lama. Jadi segala bahan-bahan yang lain tu saya kurangkanlah mengikut kuantiti beras. Saya masih lagi mengekalkan sukatan beras dan air dengan nisbah 1 : 2 tetapi kali ni saya rendam dulu beras tu selama 20 minit dan hasilnya nasi menjadi lebih lembut.

Ayam pula saya gunakan bahagian paha sebanyak dua keping. Kira memang puaslah makan. Lagipun dah menjadi resmi orang arab yang menyediakan lauk lebih banyak. Dan saya sangat berpuas hatilah dengan apa yang saya dah hasilkan ni.

Eh... lupa pulak nak cerita di masa saya dapatkan resepi ini. Dah tentulah daripada Mamasya yang sekarang berada di Egypt. Di sana ada pelbagai lagi resepi nasi arab yang menunggu untuk dicuba. Tinggal rajin atau tidak aje. Terima kasih akak!


Lihat sajalah ayamnya yang masak begitu sempurna. Sebenarnya seketul paha tu agak besar juga untuk saya. Memang tak habis makan untuk separuh nasi. Kalau diikutkan resepi, apam tu patut dilumur dengan mellah farolah sebelum dibakar tapi dalam resepi yang saya salin tak pulak saya tuliskan apa ke bendanya. Nak cepat punya pasal la tu. Rupa2nya kalau tak ada mellah ferolah tu boleh saja digantikan dengan pewarna merah. Sebab itulah ayam saya tu tak berapa nak berwarna sebab saya hanya lumur dengan minyak zaitun sahaja. Oh ya... dek kerana nak buat nasi arab ni jugaklah saya beli minyak olive buat pertama kali. Mmmmm percaya tak?


Salatoh dan zabadi. Ini kira2 pelengkap nasi arab tu lah. Salatoh ni macam sos untuk ayam nasi mandhi, tetapi mungkin warnanya agak kemerahan kerana menggunakan tomato masak. Selain tu saya juga turut mencampurkan daun ketumbar untuk membangkitkan lagi rasanya.

Zabadi tu pula saya gunakan apa yang ada sahaja iaitu timun batang, lobak merah dan bawang. Yogurt pun saya gunakan yang berperisa pic. Tomato saya tak masukkan kerana dah ada banyak dalam salatoh dan juga di dalam nasi. Memang sedap bila makan masa sejuk. Bawang dan yogurt tu rupa-rupanya boleh tahan sedap juga.

Buat Mamasya, terima kasih banyak-banyak kerana berkongsikan resepi ini.

NASI ARAB HADRAMAUT
Sumber : Mamasya

Bahan-bahan untuk ayam dan nasi
2 ekor ayam saiz sederhana tidak terlalu besar - bersih dan potong 2 atau 4 sahaja
5 cawan beras basmati khas utk nasi hadramaut - 1 kg anggaran dlm 5 @5.4 cwn (bergantung pd saiz cwn yg digunakan). beras ni kuning sikit dan asal dari Pakistan,dari Indiapun boleh, mungkin di Msia boleh guna beras basmati Pusa atau Kashmir. saya guna beras basmathi Sakura
Air secukupnya - 1 cwn beras sukatan; 1 1/2 cawan @ 2 cwn air bergantung kpd jenis beras
1 biji tomato saiz kecil yg masak - potong dadu
2 biji labu bawang besar saiz kecil - potong bulat
1 biji lada hijau - potong besar. tambah kalau nak pedas

*Rempah A - utk masukkan terus dalam air rebusan ayam
5 biji buah pelaga, 3 bay leaf,3 btg kulit kayu manis, 5 cengkih, 1 sb ketumbar(debu)/tumbuk,1 sb lada hitam debu(boleh tambah kalau nak pedas),1 sb jintan putih(debu)/tumbuk.

**Rempah B - utk ditumis kemudian.
sukatan sama spt di atas.

1/2 sb serbuk za'afaran - warna kuning mcm serbuk kunyit
1 sk serbuk mellah farolah - warna merah. kedai rempah cadangkan boleh juga guna babrik- boleh ganti pewarna merah
1/2 cawan minyak jagung

Cara
  1. Air disukat dlm periuk dan direbus terlebih dahulu. Sukatan air dg beras 1 cwn beras bersamaan 2 cwn air atau 1 1/2 cwn air bergantung kpd jenis beras yg digunakan. Bila mendidih barulah dimasukkan ayam. (Ayam yg byk direbus buat air stok rebusan lagi sedap)
  2. 1 labu bwg besar dipotong bulat dan buah tomato dimasukkan dlm periuk ayam.
  3. Masukkan *rempah  A ke dlm periuk
  4. Kacau sedikit rempah yg telah dicampurkan dlm air rebusan. Tutup periuk dg tudung.Rebus ayam dalam 1/2 jam dgn api yg sederhana kuat.
  5. Selepas 1/2 jam, keluarkan ayam dr periuk. Susun ayam dlm bekas. Ketepikan dulu.
  6. Masukkan **rempah B yg digunakan, 1 labu bawang besar dan cili hijau (ni ikut kepedasan) dlm periuk lain/kuali.
  7. Kemudian barulah diisikan 1/2 cwn minyak masak dan goreng rempah sampai bawang kekuningan.
  8. Masukkkan bahan2 yg ditumis dlm periuk air rebusan tadi. Masukkan garam secukupnya. Kacau.
  9. Cuci beras sampai bersih. Gosok2 dg tangan....beras ni kuning sikit warnanya
  10. Biarkan air mendidih. Masukkan beras dlm periuk air stok/rebusan ayam tadi.
  11. Masukkan sikit serbuk za'afaran dan mellah farolah/pewarna merah.
  12. Kacau rata sekejap.biarkan mendidih.tudung periuk dan perlahankan api, nasi dimasak dg api sederhana sahaja sampai hampir masak.
  13. Nasi hampir kering. kacau sekali lagi nasi.
  14. Campurkan 1/3 cawan air dg baki serbuk za'afaran.tuangkan air bercampur perwarna kuning ke atas nasi, diletakkan bersilang secara X atas nasi.
  15. Biarkan seketika.tak perlu tutup tudung periuk.
  16. Kemudian baru dikacau rata nasi dgN garpu atau chopstick.biarkan sekejap.
  17. Nasi dikacau lagi. nasi dah hampir masak. tutup periuk dg aluminium foil utk bagi nasi masak, barulah tutup dg tudung periuk. Boleh tutup api. Biarkan seketika.
Sebab saya masak nasi ni sikit je, saya campurkan semua rempah (A dan B) semasa merebus ayam dan kemudian stok tersebut saya gunakan untuk memasak nasi. Ayamnya pula saya bakar mengikut resepi.

Cara-cara masak ayan
  1. Ayam disusun dlm dulang utk bakar. Percikkan atas ayam dg sedikit air sejuk. panaskan oven/grill api atas - mama guna suhu 200' C.
  2. Lumurkan ayam dg sikit garam yg telah bercampur mellah farolah (serbuk pewarna merah). Lumurkan juga bhg bawah,keseluruhannya.
  3. Ayam siap diletak garam dan mellah farolah. masukkan dlm oven, grill sekejap sbb ayam sudah masak,ayam dibalikkan...guna api atas dlm 20-30 utk bagi kuning.

Cara untuk sos salatoh dan zabadi
Bahan2 utk salatoh : buah tomato masak, cili hijau(ikut kepedasan masing2) dan sedikit bawang putih. tambahkan air, garam. Kemudian blender sekejap. Saya tambahkan juga sehelai daun ketumbar

Zabadi : campurkan yogurt dgn timun yg dicincang halus, campurkan dng potongan karot. Dihidangkan bersama potongan timun, bawang besar, tomato dan limau nipis. Saya duma dadukan timun dan bawang besar serta sagat lobak merah. Bahan-bahan ni saya campurkan semua dengan yogurt perisa pic
 

2 comments:

  1. rajinnyerr cheq suee... ingatkan gi mkn nasi arab kt restoran hadramaut... berpinor2 mata tun nih baca resepi. panjang berbenor.. mmg kene kumpul segala kerajinan baru blh buat nih.

    ReplyDelete
  2. kalau kat KL kami suka makan di restoren Saba, jln jelatek

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]