Friday, May 30, 2014

Xin chào Việt Nam 1 : Pakej Pelancongan

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Trip kedua tahun 2014, kali ni ke Vietnam bersama cikgu-cikgi rakan sekolah dari CH dan juga anak sedara Mok Ja. Rancangnya pada hujung tahun lepas bila kekanda serumah saya tunjukkan iti pasal Vietnam. Saya pada mulanya tak berapa nak ikut sama kerana dah pernah ke sana pada 2012, tapi bila bincang2, Mok Ja pulak beriya nak pi sebab dua nak sedaranya pun ikut sama. Pastu bila tengok iti ada beberapa tempat baru yang akan dilawati. Boleh la cover trip pertama dulu. Dalam dok libang libu tu saya pun on kan aje...

Trip kali ni masih menggunakan ajen yang sama iaitu ZMD Travel. Segala urusan di uruskan oleh kekanda, saya hanya bagi duit. Bajet orang banyak pitis la konon.. Rasa tak la beza sangat dengan trip pertama dulu regenya.


Saya try jugak Google pasal laman web ZMD Travel ni tapi tak ada. Jadi segala urusan hanya melalui telefon. Agak bagus juga pengurusannya. Setiap orang lengkap dengan semua maklumat yang perlu. Ada juga disertakan dengan waktu sembahyang.


Saya tak ingat harga pakej ni berapa, tapi lebih kurang dalam RM1600 ++ lah. Setiap orang diberi satu beg. Boleh tambah koleksi. Hi hi hi. Untuk kali ni jugak, pertama kali naik MAS dan terbang KLIA. Nanti saya kongsi di n3 akan datang.

Kalau ada sape yang nak ke Vietnam tu, bolehlah berhubung dengan ajen ni, In Sha Allah puas hati.

** update dari Vietnam siott

Wassalam...

Wednesday, May 28, 2014

Ingatkan Rasmi KLIA2....

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Quick n3. Berada di sini sejak pukul 5.30 pagi lebih lagi. Rasa macam di awangan lagi. In Sha Allah bakal terbang sekejap lagi. Ingatkan dapat rasmi KLIA2 rupa2nya bukan.Ayyo.... frust.


Tunggu nak check in. Agak jakun utk 1st time di sini.


Pertama kali travel dengan MAS. Harap semuanya berjalan lancar. CTS bercuti seketika. Jumpa balik nanti...

Tuesday, May 27, 2014

Chicken Pie

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Saya terlintas nak buat ni minggu lepas. Masa tu tengah serabut tak tahu nak masak apa. Ada daging burger dua keping, ok lah kan nak buat filling. Bila ada semangat nak buat sayur2 pulak takde. Ehhhh, terputus semangat sekejap. Bila godek2 jumpa capsicum dan lobak merah yang dah hampir kecut. Okeh jalannnn... kita yang buat dia kan. Saya tak ikut pun resepi filling Kak Ina tu, saya ejas sendiri2 dengan menambahkan sup cendawan paket segera.


Bekas pai alum tu pun saya tak ada, jadi saya guna acuan tart, cari yang sedikit leper. Saya buat macam buat tart biasa tu la, terus penyekkan adunan atas paperliner dalam acuan. Bukan apa, takut melekat.

Saya buat pai ni setengah adunan, dapatlah dalam 7 biji pai mini. Seperti kata Kak Ina, pai ni sedap di makan dengan sos lada hitam, tapi tahu2 sajalah, buat sikit, malas la nak godes sos tu pulak kan...

Masa buat filling ni, tak jumpa pulak mana letak lada hitam hancur. Aduhhhh geram sungguh tau masa nak guna tu lah dia nak hilang. Masa tak nak guna ada je kat depan mata.


Dah tak ada sos cendawan tu, kita belasah ajelah dengan sos cili dengan mayonis. Cuma sedikit tak puas hati dengan crust. Belum gigit lagi dah hancur. Ha ha ha... agaknya sebab saya guna majerin aje kot. Ke apa masalahnya Kak Ina?

Walau apapun, ini adalah satu resepi yang agak menyeronokkan untuk dibuat dan di makan. In Sha Allah nanti kalau ada kelapangan boleh la cuba lagi. TQ Kak Ina atas resepinya...


CHICKEN PIE
Resepi : Kak Ina

PASTRY :
250 gram tepung gandum
150 gram butter
1/2 sudu kecik garam halus
70ml  air

1. Masukkan garam halus dalam tepung.
2. Potong butter kecik-kecik.
3. Gaulkan dengan tepung...ramas-ramas sampai jadi macam serbuk roti.
4. Masukkan air sedikit demi sedikit.
5. Gaulkan hingga rata.
6. Balut doh dengan plastik.
7. Simpan dalam petiais lebih kurang 1 jam.

Keluarkan doh pastri dari petiais. Kalau takde meja canai, kita guna tutup periuk bahagian belakang pun boleh aje. Sebelum nak canai doh pastri ni kena letak plastik dulu. Kemudian ambik sedikit doh. Pastu letak lagi satu plastik atas doh. Baru kita gelek. Kalau tak nanti, doh pastri melekat kat penggelek. Dan kalau letak plastik akan memudahkan kita nak letak doh pastri pada acuan... gituuuuu.
Buka plastik yang bahagian atas.
Pegang plastik yang bahagian bawah, kemudian kita telangkupkan doh pastri tu pada acuan. 
Pastu kita tekan-tekan doh pastri dalam acuan tu.
Pastu potong bahagian tepi dengan pisau. Kalau nak cubit-cubit dengan tangan je bolehhhh..ikut suka.. 
Masukkan inti...
Ulang langkah yang sama gelek doh dan terbalikkan doh  untuk menutup inti ni tadi...pastu potong bahagian tepi... 
Ambik garpu tekan-tekan bahagian tepi. 
Pastu guna garpu untuk tekan lubang kat bahagiah tengah. Asal guna garpu cucuk-cucuk je mesti acik teringat Kassim Selamat filem Ibu Mertuaku...kehkehkeh... 
Pastu sapu bahagian atas dengan kuning telur semata-mata... kalau guna kuning telur aje, bila dibakar nampak garing cantik.
Siap untuk dibakar...kalau oven acik suhu 180 darjah celcius.Bakar sampai bahagiannya atasnya nampak garing okey..
Dah siap bakar... macam sedap je kan...heheh... nak lagi sedap kita makan dengan sos lada hitam... resepi sos lada hitam korang google sendiri...he he he.

FILLING AYAM :

Bahan-bahannya :-

Ayam kisar (acik suka jenama Ramly)
1 tin Mushroom Soup (acik suka jenama Campbells)
Mix Vege
2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
* kedua2 bahan di blend
1 biji bawang besar dipotong dadu
sedikit lada hitam
sedikit garam

1. Tumiskan bawang yang dah diblend.
2. Masukkan ayam kisar.
3. Masukkan mix vege.
4. Masukkan bawang besar yang dipotong dadu
5. Masukkan Mushroom soup
6. Masukkan lada hitam dan garam

Sejukkan inti yang dah siap dimasak.

Untuk tutorial step by step sila klik [di sini]

Monday, May 26, 2014

Tomyam Susu Cair

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Terlebih dulu nak ucap terima kasih banyak2 pada yang datang berkunjung ke CTS. Sejak kebelakangan ni jumlah hit sehari melebihi 1000. 1000 pun dah nak bising? Kamonnnn guys, 1000 tu angka yang besar tau buat saya. Walaupun tak ada sebarang n3 tapi masih ada yang sudi menjenguk. Itu merupakan pencapaian yang sangat membanggakan. Iyalah, blog yang berkongsi macam2 ni nampaknya dapat memberi manfaat pada semua. Kamsahamnida.....

Jom tengok n3 hari ni pulak ya.

Bajet mewah la ni gamaknya sampai buat tomyam guna susu cair.. Bila ingat2 rasa nak gelak sendiri.

Bukan apa ya tuan puan, sebenarnya ada sedikit lebihan susu cair yang saya buat kek, dok tersadai dua tiga hari dalam esbok, jadi fikir2 nak buat tomyam, apa salahnya campur sekali, dah tak payah buat puding ke apa kan. Walaupun perut saya ni tak berapa tahan dengan susu cair, tapi saya buat jugak dengan 4 ketul ayam.


Rasanya sudah pastilah berbeza. Dan memang ada beza. Payah jugak saya nak ceritakan bagaimana. Nak kata gulai perisa tomyam pun ada cuma tak la pekat. Eh...senang kata korang cuba la try sendirik nanti. Cuma dek ketidaktahanan perut saya dengan susu cair, dua ketul je dapat habis, dua yang lain tu saya ejas semula jadi ayam masak merah. Terer tak? Sebenarnya apa2 masakan pun yang guna susu cair... memang saya alah sikit


Bila belek2 resepi... entah mana pulak saya kongsikan. Pelik jugak boleh kata seminggu sekali buat tomyam, takkan tak pernah kongsi kan? Apapun saya rasa tak perlulah nak tulis semula resepi, cuma tambahkan sahaja susu cair semasa buat tomyam tu... Boleh?

Sunday, May 25, 2014

Red Velvet Cake (Resepi Kak Azie)

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Saya buat kek ni sebenarnya khusus untuk adinda saya yang baru saja konvo UITM baru-baru ni. Sementelah saya ke KL, lepak rumah kakak, ada la jugak tukang makannya, tuan punya badan pulak yang tak ada sebab masih kena setelkan beberapa hal di Puncak Alam.

Resepi ni baru pertama kali saya cuba. Langkah penyediaannya mudah sahaja. Bahan2 masih juga sama seperti resepi RVC yang lain. Cumaseperti yang saya bagitahu sebelum ni, saya ada masalah sikit dengan oven, saya bakar ni dekat sejam lebih, tapi di bahagian dalam masih agak kurang masak dan teksturnya pulak agak padat. Give up betul nak hias, tu yang jadi sempoi habis, hanya letak bua peach dan serdak kek je.


Bila dah lama tak main dengan cream dan gajet kek ni, memang nampak kaku sikit. Hancus segala deco, tulisan pun teketaq-ketaq... Menyampah dengan diri sendiri. Cuma tak ada pulak potongan di dalamnya. Tunggu gambae whatsapp tak sesampai. Nantilah kita cuba lagi next time. TQ Kak Azie



RED VELVET CAKE
Oleh : Azie Kitchen

Bahan bahan:
2 1/2 cawan all-purpose flour
1 sk garam 
2 sb cocoa powder 
1 1/3 cawan vegetable oil 
1 cawan buttermilk - suhu bilik (atau 1sb jus lemon + 1 cawan susu)
2 sb red food colouring
1 sk vanilla extract
2 biji telur gred A - suhu bilik 
1 1/4 cawan gula kaster
1 sk white distilled vinegar
1 sk baking soda

Cara-cara:
Pukul minyak dan gula sehingga sebati dan masukkan telur, pukul lagi sehingga kembang dan ringan selama 2-3 minit.
Satukan dan ayak tepung gandum, serbuk koko dan garam.
Dalam mangkuk lain, satukan buttermilk, pewarna merah dan esen vanila.
Menggunakan kelajuan sederhana, masukkan tepung berselang-seli dengan larutan buttermilk dimulai dan diakhiri dengan tepung (masukkan 1/2 tepung dulu, kemudian semua buttermilk dan seterusnya semua tepung yang masih berbaki).
Dalam satu mangkuk kecil, campurkan cuka dengan baking soda. Campuran akan berbuih atau berbusa. Dengan segera tuang ke dalam adunan dan terus kaup balik.
Masukkan adunan ke dalam loyang bulat saiz 9 inci dan bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170C selama 1 jam atau sehingga kek masak. Sekiranya ingin membakar menggunakan 2 loyang yang sama besar, bahagi adunan kepada 2 bahagian yang sama banyak dan bakar pada suhu 170C selama 20-30 minit. Kami hanya membakar selama 25 minit untuk 2 loyang.
Setelah masak, biarkan kek sejuk di dalam loyang selama 10 minit. Kemudian keluarkan kek dan sejukkan sepenuhnya di atas redai.
Akhir sekali, balut kek dengan plastik dan simpan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 1 jam atau sehingga semalaman untuk memudahkan proses menghias kek. (Kalau tak ikut langkah ni pun tak apa. Boleh saja terus menghias kek. Cuma langkah ni memang membantu).

Nota:
Cupcake dibakar selama 15 minit pada suhu 170'C.

Best Ever Cream Cheese Frosting
Sangat sedap dan saya sangat menyukai rasanya.

Bahan bahan:
8 oz cream cheese - sejuk
5 sudu besar butter - lembut (70.8 gm/2.5 oz)
2 sk vanilla extract
2 cawan gula ising - ayak

Putar cream cheese dengan butter dan vanilla extract sehingga sebati.
Sedikit demi sedikit, masukkan gula ising sehingga mencapai konsistensi dan kemanisan yang disukai.
Simpan di dalam peti sejuk sehingga agak stiff sebelum menggunakannya. Boleh disimpan di dalam peti sejuk sehingga 3 hari.

 

Friday, May 23, 2014

My Passion : Penulisan

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Sejak zaman sekolah saya memang suka menulis. Selain mata pelajaran Matematik, Bahasa Melayu adalah subjek yang saya gemari. Bila tiba hari tulis karangan, memang saya sangat teruja. Tambah2 kalau karangan jenis bebas, jenuhlah saya buat ayat yang panjang berjela-jela. Dulu seingat saya max untuk karangan dalam 350 kot. Kalau tak silap la. Ada la jugak sekali dua terpilih baca karangan depan kelas, masa tu memang bangga tak hengat...

Selain membuat karangan biasa... saya juga pernah terlibat dengan pementasan drama [budak-budak] selepas UPSR tahun 1992. Kami kena buat skrip dan lakonkan. Tak ingat lak dapat nombor berapa. Tiga kot...

Naik ke sekolah menengah, minat menulis ni semakin berkembang. Kalau cikgu tanya saya memang kata cita2 nak jadi penulis, tapi bukan pilihan pertama lah, ianya pilihan ke tiga. Selepas tamat PMR 1995, saya mula menulis di dalam buku tulis. Masa ni memang semangat, dah habis exam kan, seronok la nak koya-koya. Pastu ada pulak geng yang suka menulis jugak. Dulu-dulu takde komputer, semua tulis tangan aje tau. Bila dah masuk uni, saya salin semula benda2 yang saya dah tulis tu. Dan yang terbaharu akan saya kongsikan adalah BELENGGU, yang saya tulis pada 1995.


Sekarang minat menulis tu masih ada dalam diri saya. Walaupun sibuk dengan urusan cikgu cikgi yang tak pernah habis, saya akan mencari masa untuk menulis. Dah ada lappy kan, senang je terus taip ikut apa idea yang datang, tapi bila tak ada idea jeng kreggg jugaklah nak buat satu ayat pun..

Biasanya saya mudah nak dapat idea masa mengawas budak2 periksa. Dalam buku inilah, buku kulit keras yang saya guna untuk menulis draf serta flow cerita. Sebagai seorang insan yang tak pernah mendapat pendedahan secara langsung tentang penulisan cerita, sudah tentulah saya menulis berdasarkan kefahaman saya sendiri. Kiranya cetuskan idea dulu dan baru tulis bila masa cuti panjang.


Antara yang saya draf, tulis dalam 6 muka surat tapi tak dapat nak teruskan. Bila belek2 novel kakak  saya, terjumpa tajuk yang sama, terus sentap, kang kata ciplak pulak. Hold dulu, tunggu datang mood balik.


Cinta @ Aloyah Cafe, hasil tulisan tahun 2012. Saya tulis masa cuti hujung tahun, dok mengawas SPM, banyak masa senggang. Dah pun selesai saya kongsi di blog. Memang puas hati tulis ni sebab sangat dekat dengan jiwa saya. Cerita ni banyak menunjukkan suka duka saya memasak sebenarnya. Kalau sape yang belum baca, boleh klik sini...


Antara chapter yang saya dah draf awal-awal. Inilah juga penulisan yang sangat berdisiplin yang mana saya ikut lebih kurang 90% apa yang telah saya listkan.


Ada kalanya.... bila nak menulis tapi tak datang idea. Tulis - delete - tulis - delele - delete

Faham-faham la kan, kalau tengah sentap pun payah jugak idea nak datang.
Tapi kalau tengah hujan dengan idea, nak masuk toilet pun kena tahan dulu. Menulis sampai tak sedar jam dah pukul 3 4 pagi pun biasa.


Yang ini saya draft hujung tahun 2013 (kali pertama tak siap 1 cerita). Saya dah tulis 19 muka surat, tapi entahlah tak ada mood jadi tergantung sampai sekarang. Entah bila nak sambung...


Yang ini saya baru tulis setengah muka surat. Letih nak fikir... terus hang!


Ini draft saya yang paling baharu, belum pun sampai sebulan. Tengah jaga exam setengah tahun, tetiba macam terlalu banyak idea, saya tuliskan episodnya. Tengoklah...sekarang draft sampai episod 30 ++, nak sambung lagi ni. Kena amik mood dulu sebab dah hilang masa travel ke KL baru2 ni.... He he he


Rasa macam tak sabar nak tunggu ada masa senggang. Dah lama jugak tak menulis, macam2 nak diceritakan. Doa2kanlah cerita ini berjaya saya siapkan dan boleh dikongsi dengan semua yang datang ke CTS.

Thursday, May 22, 2014

Sambal Hitam (Resepi Dari Kuala Lipis)

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Saya tak ingat dah bila saya jatuh cinta dengan sambal hitam masakan istimewa negeri Pahang ni. Berkali-kali juga saya buat sendiri, kadang2 rasanya sedap kadang2 tidak, biasalah kan udah kita pun bukannya tahu buat. Kalau saya ke Benta, konfim suruh mak buat. Haiiii tiba2 rindu nak makan masakan mak, nampak la sangat dah lama tak balik.

Masa ke mesyuarat di Sepang, saya awal2 dah request dengan Kak Nida untuk masakkan sambal hitam ni. Dia asal dari Kuala Lipis, tentunya yang dibuat lebih umphhh berbanding saya. Seperti yang diduga, memang sedap sambal hitamnya. Dua tiga hari jugak saya dok makan, ambil sikit2 takut cepat habis. Bila dah habis, saya cuba buat sendiri dengan menggunakan belimbing buluh yang telah siap direbus, juga diberi oleh Kak Nida. Tapi sayang, yang saya buat tu tak menjadi, rasanya tak lepas piawaian...

Jadi, saya whatsapp beliau, minta resepi, nak yang sama macam dia buat untuk saya. Alhamdulillah, dengan berpandukan resepi ori dari Lipis, gambar di bawah inilah buktinya. Saya buat ni masa mek dan cek datang, tak nyempat nak gambar berprop bagai sebab segan, ini pun curik2 ambil gambar dalam bilik. He he he.. Sambal ni saya bawa ke KL, rupa2nya habis jugak mek saya makan sebab dia tak makan ayam. Esok lusa nak kena buat lagi ni. dah habis dah. Nanti2 kalau ada masa nak g beli belimbing buluh siap rebus pulak. Hmmmm, TQ Kak Nida!

 

SAMBAL HITAM
Resepi : Kak Nida

Tumbuk cili dan belimbing, takyah letak garam dah
masuk bawang dan ikan bilis - tumbuk separuh lumat @ lumat (bergantung citarasa)
masuk kuali goreng api kecil, minyak jangan banyak sangat
kalau nak gelap boleh letak kicap sikit

** kuantiti bahan-bahan tak diberi

Saya agak-agak sajalah :
Ikan bilis 1 genggam - saya guna ikan bilis nasi / ikan bilis halus
Cili 2 biji - nak pedas bubuh la lebih ya..
Belimbing besi 2 sudu

Wednesday, May 21, 2014

Resepi Sos Pencicah

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Dalam modul pentaksiran tingkatan 5, pelajar dikehendaki menghasilkan sos cili atau sos baru yang diinovasikan dari sos. Biasanya saya buat sos cili dan sos pencicah. Budak2 di sini memang suka sangat dengan sos pencicah ni. Tambah2 kalau dipeket kecil2 dan dijual bersama keropok. Sekali kalau jual boleh dapat RM150 memang masyuk.

Biasa buat di sekolah resepinya dalam setengah kilo cili. Tapi saya saja buat sendiri di rumah guna 100g sahaja. Untuk sos pencicah memang saya buat sendiri sebab lebih puas hati. Kita nak pedas ke... manis ke... semua boleh ejas.

Jadi kalau ada yang nak cuba, saya tuliskan semula resepi ni. Yang penting cuba dulu, atau boleh juga disesuaikan dengan citarasa sendiri.


SOS PENCICAH 
Resepi : Cheq Sue

100g cili kering - potong kecil
4 ulas bawang putih - buang kulit
5 biji cili padi (kalau nak pedas bubuh lebih)
250g gula
35g garam
2L air
3 sb tepung jagung - bancuh dengan 1/2 cawan air
2 sudu makan cuka
Update : 1 keping nisse saiz sederhana

Cara membuatnya :
Cili kering yang telah dipotong dibersihkan dan diramas di dalam air untuk mengeluarkan biji
Blend bersama cili padi dan bawang putih (saya blend dua kali sebab cili kering ni saya tak rebus dulu, kalau blend sekali harung takut tak hancur pulak)
Masukkan ke dalam periuk dan tuang air selebihnya. Masak hingga naik bau cili
Kemudian masukkan gula dan garam, masak lagi hingga mendidih
Bila sudah agak pekat masukkan bancuhan tepung jagung dan cuka
Kecilkan api, biar mendidih dalam api kecil

Nota : jika suka boleh tambahkan bijan sangai

Tuesday, May 20, 2014

Kek Karot Nana Ain

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Saya buat kek ni minggu lepas. Dalam satu2 masa tu entah datang angin apa asyik nak makan kek aje. Oleh sebab saya ni suka sangat makan kek lobak merah dengan frosting krim keju maka saya try google resepi untuk cuba yang lain pulak. Resepi heavenly carrot cake tu memang sedap dan ngam dengan saya tapi ni saja nk cuba resepi lain pulak.

Rasa kek ni agak lain sikit dari resepi biasa tapi masah boleh diterima. Dengan lobak merah, nenas dan walnut off course la hasilnya super duper rich dan sedap. Cuma agak tak puas hati sikit dengan oven kat rumah...rasa tak reti nak set masa dan suhu. Tengok sajalah kek tu agak hangit di bahagian atas.

Pastu nak ambil gambar pun satu hal... kejap lawa kejap tidak sampai betul2 xde mood nak snap. Tapi sebab kek ni baru cuba tempek la jugak sekeping. Untuk frosting tu saya buat separuh je...

 Tq Kak Azie kerana sudi berkongsi resepi ni. In sha Allah next time boleh cuba..



KEK KAROT NANA AIN
Resepi : Azie Kitchen

Bahan bahan
1 1/4 cawan minyak jagung
4 biji telur
120 gram gula castor
120 gram gula perang
100 gram walnut
250 gram tepung gandum
1 sudu kecil baking soda
1/4 sudu kecil garam
1/4 sudu kecil serbuk kayu manis
1 1/2 cawan karot parut
1 cawan kismis

Cream Cheese:
120 gram gula
250 gram cream cheese
120 gram unsalted butter
Semua bahan dicampur dengan dipukul hingga kembang.

Cara cara
1.  Pukul telur dengan gula hingga kembang. Masukkan minyak, kacau rata. 
2. Masukkan tepung gandum, baking soda, serbuk kayu manis dan garam.
3.  Masukkan karot, walnut dan kismis.
4.  Tuangkan dalam acuan. Bakar selama 45 minit pada suhu 180C.
5.  Sapukan cream cheese apabila kek telah sejuk.