Telinga mendengar, mata memandang namun hati berkata tidak!
Chempaka
mengajak Dayang Atikah menemaninya membeli barang-barang keperluan rumah yang
hampir habis. Lagipun sudah lama mereka tidak keluar bersama. Semenjak menjadi tunangan Syameer, masanya lebih banyak dihabiskan
bersama lelaki itu.
Sedang
mereka memilih barangan yang diperlukan, seseorang menghampiri dan menyapa.
“Tengku
Mukhlis! Apa awak buat di sini.”
“Macam
awak dua orang juga. Cari barang-barang dapur. Dah lama ke sampai?”
“Tak
ada lah lama sangat tapi dah nak selesai dah. Awak?”
“Saya
dah nak balik dah. Apa kata kita makan dulu? Saya belanja.”
“Tak
bolehlah Mukhlis. Saya dah janji dengan tunang saya nak ke rumahnya petang ni.
Dayang saya tak tahu pulak.”
Dayang
Atikah tersentak. Dia diam dari tadi membiarkan Chempaka yang melayan Mukhlis.
Sebenarnya dia tidak berapa suka dengan Mukhlis yang baginya mempunyai gaya seorang playboy. Suka memandang padanya dan
tersenyum sendirian. Seram dia memikirkan orang yang sebegini.
“Aku
tak bolehlah Chem. Amjad ajak aku jumpa Laila petang ni. Sorrylah Mukhlis. Mungkin lain kali kita boleh makan bersama.”
Tengku
Mukhlis mengangkat bahunya dan mempamerkan wajah kecewa.
“Nak
buat macam mana.”
Matanya
memandang Dayang Atikah dan Chempaka yang berlalu pergi. Gadis itu bertindak acuh-tak acuh terhadap dirinya membuatkan
dia rasa terpukul. Terasa keegoannya di dicabar. Di hatinya ada dendam…
Rasa cinta mengetuk hati, menggetarkan perasaanku untuk
memilikimu…
Tania
memandang sekeliling. Tidak ramai guru yang ada. Barangkali sedang menikmati
makan tengah hari di kantin. Dia sudah makan pagi tadi dan perutnya masih
terasa kenyang. Fikirannya terbayangkan Amjad. Dia sudah berkenalan dengan
lelaki itu. Ternyata dia seorang yang mudah didekati dan mempunyai karisma
tersendiri. Hati perempuannya tertarik dengan personaliti yang ditunjukkan.
Alangkah indahnya jika dia dapat menjadi pasangan Amjad. Dalam hatinya berdoa
lelaki itu belum ada yang punya.
Matanya
memandang tempat duduk Amjad yang kosong. Dia mendapat idea. Sesuatu dicoretkan
di sekeping kertas dan diletakkan di meja
Amjad. Ketiadaan guru-guru lain di situ memudahkan tujuannya.
Seandainya ada rasa cinta di hatiku, sudikah
kau menerima huluran
tanganku agar kita boleh bersatu menharungi
kehidupan ini… bersama!
Temanmu…
Begitulah
luahan hatinya. Sudah lama dia bersendirian dan kini dia memerlukan teman untuk
berkongsi suka dukanya. Dia akan melihat bagaimana tindakan Amjad apabila
membaca catatan tersebut. Ini kerana dari mejanya dia dapat melihat dengan
jelas tempat duduk Amjad yang tersusun kemas. Ada sekuntum bunga tulip kristal di mejanya.
So sweet!
Berat di hati melepas kau pergi namun segala keputusan
bukan di tanganku!
Amjad
tersenyum membaca sebaris ayat yang tertulis di sekeping kertas yang terletak
di mejanya. Fikirannya membayangkan Dayang Atikah menulis kata-kata itu. Ada perasaan bangga di
hatinya kerana akhirnya gadis itu mengalah dan berterus terang padanya.
Sememangnya sudah lama dia menantikan saat ini. Dia sudah tahu bahawa dia tidak
bertepuk sebelah tangan.
“Dayang,
balik dengan Am petang nanti?”
“Dayang
dah janji nak keluar shopping dengan
Tania. Nak tunjukkan tempat-tempat di sini. Kesian dia tak tahu nak ke sana sini sendirian.
Kalau Am tak kisah kita jumpa malam ni?”
“Dayang
baik dengan Tania?” Amjad sedikit kecewa kerana Dayang Atikah memilih Tania,
bukan dirinya.
“Jangan
salah sangka pulak Am. Dayang ni berkawan dengan sesiapa sahaja. Lagipun dia
dah ajak Dayang dulu, takkan Dayang nak tolak macam tu aje. Malam nanti kita
keluar ya?”
“Oklah.
Nanti pukul 9 Am ambil.
Dayang jangan lama-lama pulak pergi jalan-jalan ni. Jaga diri baik-baik tau.”
Dayang
Atikah merasa gembira disayangi begitu. Namun, dia masih keliru dengan
perhubungannya ini. Apakah tarafnya perhubungan itu? Malas dia memikirkan
perkara ini. Seandainya Tuhan telah tentukan bahawa Hasrul Amjad ini jodoh
untuknya, sejauh manapun dia cuba
berlari, tetap akan bersatu jua…
Penat
badannya masih bersisa namun Amjad ingin benar bertemunya malam ni. Dayang
Atikah menundakan masa ke pukul 9.30 malam supaya dia tidak tergopoh-gapah
untuk menunaikan sembahyang Isyak dan bersiap. Katanya ada sesuatu yang ingin
di beritahu. Minta diberitahu kemudian, lelaki itu tidak mahu. Dayang Atikah
terpaksa akur kerana mahu menjaga hati Amjad bimbang perkara lalu berulang lagi.
Namun jauh di sudut hatinya, dia juga ingin berjumpa Amjad kerana perasaan
rindu itu sudah merimbun dalam hatinya.
“Apa
yang mustahaknya Am nak bagitahu Dayang sampai tak boleh tunggu besok?”
“Dah
lama Am tak keluar dengan Dayang. Ada
aje halangannya kalau kita nak jumpa.”
“Jangan
salahkan keadaan Am. Mungkin ada hikmahnya kalau kita tak bertemu.”
“Sebenarnya
Am nak ucapkan terima kasih kerana Dayang memahami perasaan Am. Takut juga
kalau Am bertepuk sebelah tangan.”
“Apa
yang Am maksudkan ni? Dayang tak faham.”
Amjad
menghulurkan kertas yang dibacanya petang tadi kepada Dayang Atikah dengan
senyuman yang terlakar di bibirnya. Ternyata dia begitu gembira dan bahagia.
Dayang Atikah menyedari perkara itu namun dia benar-benar terkeliru dengan apa
yang Amjad luahkan tadi.
Tangannya
menyambut apa yang dihulurkan. Matanya menatap bait-bait ayat yang bertulisan
tangan itu. Dahinya berkerut. Bukan dia yang tulis. Ini bukan tulisannya!
“Kalaulah
ini yang Am maksudkan, Dayang minta maaf kerana Dayang memang tak tahu menahu
tentang semua ni. Ini bukannya tulisan Dayang. Mana Am dapat ni?”
Amjad
kelihatan terkejut. Air mukanya keruh barangkali malu dengan apa yang
disebutnya tadi tidak seperti yang sepatutnya.
“Kalau
bukan Dayang, siap lagi?”
“Mana
tahu kalau Am ada secret admirer
pulak kat sini. Takkan tak gembira?”
Dayang
Atikah memandang tepat ke wajah Amjad. Lelaki itu kemudiannya menatap kembali
apa yang diterimanya dan selepas itu di menggumpalkan kertas tersebut. Tiada
bicara yang terucap antara mereka. Dalam hati kecil
Dayang Atikah, terbit perasaan cemburu kerada dalam diam dia tahu ada seseorang
yang mendambakan kasih Amjad. Siapakah dia? Dayang Atikah tiada jawapan.
Dan malam itu berlalu dengan hambar dan penuh pertanyaan…
Engkau
mencabar diriku, menolak cintaku namun engkau belum tahu siapa aku…
Tengku
Mukhlis memanggil Adha, budak pejabat SMK Pulau Indah
ke arahnya. Dia menghulurkan RM100 ringgit kepada remaja lelaki yang baru
berusia 20 tahun itu.
“Ada apa cikgu bagi saya
duit ni?”
“Saya
nak minta tolong sikit. Boleh tak awak ke kedai bunga dan belikan saya sejambak mawar merah?”
“Beli
bunga? Boleh tu, boleh cikgu tapi untuk siapa?”
“Untuk
Cikgu Dayang. Tapi kalau boleh saya nak
awak jangan heboh-hebohkan perkara ini. Kalau boleh ini antara kita berdua
sahaja. Ok?”
Adha
hanya tersenyum. RM100 baginya terlalu besar untuk melakukan perkara ‘kacang’
seperti itu. Selagi ada RM yang boleh menutup mulutnya, segala-gala ditanggung
beres. Dia memandang Tengku Mukhlis yang bergaya di sisi kereta HONDA
Preludenya. Agaknya cikgu ni orang kaya, sebab itulah senang-senang aje
hulurkan seratus ringgit tanpa berkira-kira terlebih dahulu. Sewaktu mula-mula
masuk dulupun dia dapat mengagak bahawa Tengku Mukhlis bukannya berada dalam
taraf sepertinya.
Tengku
Mukhlis tersenyum lebar. Dia tahu Adha boleh diharap untuk menjadi perantara
tujuannya. Dua tiga hari lepas dia
ternampak Tania meletakkan sesuatu di meja Amjad. Dalam hatinya ada perasaan
curiga. Dia tahu Tania ada hati terhadap lelaki itu. Walau apa pun, dia tidak
kisah kerana itu bukanlah halnya. Yang penting Dayang Atikah akan jatuh ke
dalam genggamannya nanti.
Dayang… Dayang… Mengapalah susah
sangat kau hendak menerima cintaku? Bukannya tak hansem tapi rasanya takde
dekat sekolah ni yang dapat menandingi aku. Satu hari nanti aku percaya pasti
kau akan datang kepadaku…
Kuntuman bunga yang hadir menambahkan tanda tanya,
mungkinkah dia yang cuba
mencuri hatiku?
Dayang
Atikah memandang sejambak bunga mawar yang berada di atas mejanya. Matanya
melilau mencari sesiapa yang boleh ditanyakan. Bagaimana bunga itu boleh berada
di mejanya? Dua masa berturutan tadi dia ada kelas, jadi dia tidak tahu siapa
yang meletakkannya di situ. Tiada kad yang disertakan bersama gubahan tersebut.
Entah-entah bukan untuknya tak?
“Hai
Dayang, ada peminat misteri ke? Cantik bunga tu. Siapa yang bagi?” Kak Mazuin
menyapanya.
“Saya
pun tak tahu siapa yang meletakkan bunga ni.” Balasnya sambil membelek-belek
jambangan tersebut.
“Akak
nampak Adha yang letakkan kat meja kau tadi.” Kak Zaiton menyampuk.
Adha?
Dayang
Atikah segera ke pejabat untuk mencari Adha bagi menghuraikan kekusutan di
hatinya.
“Adha,
boleh akak tanya sesuatu?”
“Apa
dia kak? Nak suruh saya hantar surat
ke?” Ish budak Adha ni, aku tahu le kerja kau tu menghantar surat…
“Akak
nak tanya ni, siapa yang kirimkan bunga tu untuk akak? Kak Ton kata Adha yang
letakkan atas meja kakak.”
“Kali
ni memang saya tak dapat bagitahu kakak siapa pengirimnya kerana saya dah
janji. Tapi kalau akak nak tahu, pengirimnya ada di sini-sini jugak. Dia minta
saya rahsiakan siapa dirinya sebenar. Dia ikhlas nak berkawan dengan kakak.”
“Kalau
nak berkawan pun, takkan tak ada clue
langsung. Macam mana?”
Adha
hanya mengangkat bahunya sambil tersenyum. Dayang Atikah kembali semula ke
bilik guru.
“Cantik
bunga ni Dayang. Bertuah kau, dapat bunga. Abang Halim kau tu, jangankan kata
bunga mawar macam ni, bunga tahi ayam pun tak pernah bagi pada akak.” Kak
Azmira menegurnya membuat yang lain mendengar tertawa. Suaminya yang juga kebetulan
guru di situ hanya tersenyum disindir isterinya.
“Tak
sangka ada secret admirer rupanya kau
kat sini.” Tania bersebelahannya turut gembira melihat teman barunya itu
menerima jambangan bunga yang indah dan harum mewangi.
“Dalam
hidup aku tak pernah menerima bunga macam ni. Jauh di sudut hati ada juga rasa
bahagianya namun sayang, aku bukannya suka bunga mawar.”
“Sayangnya.
Kalau macam tu bagi ajelah kat aku. Biar aku letak atas meja ni.” Tania
meminta.
Sememangnya
dia amat gemarkan bunga mawar. Memikirkan Dayang Atikah yang tidak gemarkan
bunga itu, dia terlihat ada sekuntum tulip kristal di mejanya. Hampir sama
dengan bunga yang ada di meja Amjad. Adakah ini menandakan sesuatu yang belum
diketahuinya?
Heboh
seketika bilik guru pada waktu tengah hari itu kerana bunga yang diterima
Dayang Atikah. Ramai yang membuat spekulasi bahawa Amjad yang menghantar bunga
itu kerana sejak kebelakangan ini mereka berdua kelihatan akrab. Namun
seandainya benar Amjad yang menghantar bunga ini, kenapa tiada kad yang tertulis?
Sekurang-kurangnya dia tahu. Tetapi dia rasa Amjad tahu bahawa bunga
kegemarannya adalah tulip. Rasanya tak mungkin Amjad yang menghadiahkan dia
jambangan itu.
Dia
mengeluarkan kuntuman bunga yang diterimanya satu persatu dan memberikan kepada
semua yang ada di situ.
“Saya
tak suka bunga mawar.” Itulah jawabnya bila ditanya.
Tengku
Mukhlis yang memandang mengetap bibir. Tak sangka Dayang Atikah mempermainkan
pemberiannya. Dia segera keluar dari bilik guru dan ke kantin.
Amjad
yang baru masuk ke bilik guru turut terkena biasan daripada apa yang Dayang
Atikah terima. Cikgu Sudin memperlinya kerana jambangan bunga itu. Begitu juga
dengan Cikgu Kamarul yang berkata bermacam-macam dan tersenyum sinis kepadanya.
Dia yang tidak tahu apa-apa hanya diam. Dari mejanya dia dapat melihat Dayang
Atikah sedang membahagikan bunga mawar untuk guru-guru di situ. Gadis itu
tersenyum menawan. Bahagia barangkali menerima jambangan itu. Perempuan dan
bunga tidak dapat dipisahkan. Di matanya ada sinar cemburu melihatkan Dayang
Atikah menerima pemberian itu.
Siapa
pula yang sama meminati gadis yang dipujanya dalam diam itu? Matanya terganggu
dengan apa yang dilihat. Telinganya pedih mendengar kata-kata teman sekeliling.
Bibirnya pula tergerak untuk bertanya sesuatu namun tidak terkeluar. Yang pasti
dia sedang berperang dengan perasaannya sendiri…
Namun
barangkali dia lupa bahawa Dayang Atikah itu bukan rasmi miliknya, bukan hak
mutlaknya…