Friday, October 19, 2012

Cendawan Goreng Celup Tepung

 
 
Perghhh... ada yang terliur tak dengan  gambar tak seberapa ni? Saja nak propa aje ni. Dah buat lama jugak ni. Maklumlah tokeh cendawan, rasa sekarang ni tiap-tiap hari nak makan cendawan goreng. Bila dapat cendawan fresh, memang nak goreng celup tepung begini sebab rasanya memang sedap dan sangat memuaskan hati. Cicah pulak dengan sos cair yang masam manis pedas tu.
 
Selalu kalau buat cendawan celup tepung ni memang ada je yang tak kena, lembik dan berminyak. Tapi dengan menggunakan resepi ni memang menjadi. Alkisahnya resepi ni dikongsi oleh kaunselor sekolah kami iaitu Kak Lia yang pada masa itu membuat ikan celup tepung. Jadi bila kami-kami ni makan, memang kena betul la hidangan tu untuk digantikan dengan cendawan.
 
Jadi TQ bebanyak pada Kak Lia yang berkongsi resepi ni. Memang maveless dan menjadi sesangat. Mudah pulak tu nak menyediakannya. Kawan-kawan kalau ada kelapangan tu boleh la cuba. Wassalam...
 
 
CENDAWAN GORENG TEPUNG
Resepi : Puan Norlia Bt Abd Hamid
 
Bahan-bahan :
2 bahagian marjerin
3 bahagian gandum
Sedikit pewarna kuning / serbuk kunyit
Secubit garam
Air secukupnya
Cendawan tiram yang telah disiat mengikut saiz dikehendaki
 
Cara-cara :
Campurkan marjerin, gandum, pewarna, garam dan air secukupnya. Biar bancuhan tidak terlalu pekat atau cair
Campurkan ke dalam  cendawan yang telah disiat, gaul hingga rata
Bolehlah digoreng menggunakan api besar supaya tidak menyerap minyak 
 
Stylish Thankyou

6 comments:

  1. Assalamualaikum..
    mmg sedapppp.. saya pun suka cendawan goreng.. tapi kalau nak makan ngan nasi saya prefer cendawan masak tumis.. nyum nyum.. baru je beberapa hari lepas anak sulong ckp.. dah lama tak masak cendawan goreng.. nampak gayanya kena beli gak ni.. wat goreng.. kudap2..

    ReplyDelete
  2. kak sue.. tun mmg hantu cendawan celup tepung ni.. kalau beli sepeket mmg x cukup.. bila goreng cepat jee habis. kdg2 smbil goreng smbil makan. haha

    ReplyDelete
  3. cendawan tak sempat tumbuh kat padang pasir ni kak..ehehe

    ReplyDelete
  4. assalam cheq sue.. sedapnyer klu dapat ratah cendawan goreng ujan ujan ni.

    ReplyDelete
  5. bestnya kalau dpt sepiring ni...hihihi

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]