Sunday, June 30, 2013

Gomo Kelate Gomo

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Umum mengetahui yang Kelantan telah menjadi juara Piala FA 2013 dengan menewaskan JDT 1-0  di Bukit Jalil malam tadi. Saya sendiri menontonnya di rumah bersama kawan-kawan. Ramai yang berada di Bukit Jalil, tak kira penyokong TRW atau JDT. Saya sudah tentulah menyokong Kelantan. Nak kata minat tak la minat sangat tapi sesekali layan bola, memang kecoh la. Juara menjerit a.k.a bertempik sudah tentunya. '_'


Tahniah pada pasukan Kelantan. Walaupun tak dapat mengekalkan treble 2012 tetapi dengan piala yang pertama ini sekurang-kurangnya memberikan senyuman lebar kepada semua pencinta bola sepak Kelantan. Kelantan dan bola sepak...semua orang tahu!

Jangan tanya saya rentak permainan mereka. Yang saya nampak kedua-dua pasukan memberi persembahan semaksimum mungkin untuk menjadi juara. Beberapa aksi merbahaya yang dilakukan memang nampak menyakitkan terutama insiden Khairul Fahmi yang tersembam...kalau tak kena gaya leh patah hidung mamat tu.

Jadi tahniah sekali lagi. Teruskan usaha pula untuk Piala Malaysia nanti. Gomo Kelate Gomo!

 ********** (^__^) ********** 
 Terima kasih atas kesudian membaca entree ini hingga ke akhirnya. ~ Wassalam ~

Friday, June 28, 2013

Jerebu @ PD

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Lama jugak tak berupdate blog saya ni. Ingatkan semasa bermesyuarat dapatlah keluar n3 autopublish tapi nampaknya line internet di sana tak berapa nak bagus. Dapat tengok n3 kawan2 je sekilas lalu. Jadi n3 ni sebagai pemanas untuk n3 yang seterusnya. Kepala macam dah jem nak mengayat bila lama tak guna. Hi hi hi...

Semasa ke PD tu, saya drive sambil ditemani rakan dari Taiping. Masa tu jerebu memang tengah tebal di highway. Dekat nak masuk KL jarak penglihatan agak kelabu-kelabu asap sikit. Kawan saya tu beriya ambil gambar, saya memandu tengok sajalah. Walaupun kereta bertutup (pasang aircond) tetapi masih juga dapat bau asap (jerebu) yang masam kesan terbakar. Masa jerebu teruk tahun 1997 dulu, saya masih di bangku sekolah, jadi tak la terasa sangat kesannya di Kelantan.
 

Semasa sampai, IPU di PD masih menunjukkan paras sangat tidak sihat iaitu melebihi 300. Inilah pandangan dari balkoni apartmen. Menghadap laut tetapi langsung tak nampak, cuma dengar bunyi ombak je. Memang kelabu sangat. Masa ni pagi, agaknya udara masih belum bergerak dan perolakan masih belum berlaku. Kiranya saya ni macam menyerah diri je bila ke PD tu. Hidung tersumbat, suara serak dan mula batuk-batuk.
 

Matahari petang. Walaupun kelabu jerebu tu macam mendung, tetapi suhu masih panas. Di semua tempat rasanya boleh nampak yang matahari tu kelihatan 'sakit' dengan lingkaran merah di sekeliling.
 

Pada hari terakhir (Khamis) barulah boleh nampak laut dengan jelas dan cahaya matahari mulai memancar ke bumi. Dah ada yang mandi manda serta bermain jet ski atau banana boat. Masa bertolak tu alhamdulillah keadaan lebih baik sikit daripada hari datang. Semoga jerebu ni akan cepat-cepat hilang...
 
 ********** (^__^) ********** 
 Terima kasih atas kesudian membaca entree ini hingga ke akhirnya. ~ Wassalam ~

Monday, June 24, 2013

The Ragency Tanjung Tuan Beach Resort, PD

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Seminggu lagi saya terpaksa meninggalkan sekolah kemenuhi tuntutan kerja luar yang di adakan di PD. Tak pernah lagi ke PB, zaman U dulu ada la sekali bercamping dengan kawan2. Kali ni nak drive, tak tahulah camana, harap2 dapat sampai dengan selamat dan tak la sesat. Kalau belah2 KL atau dalam bandar ni saya selesa naik bas aje, tapi dari CH nak ke PD boleh tahan banyak jugak la yang kena. Dari Pudu ke Bandar Tasik Selatan, pastu baru ambil bas, dan kemudian baru teksi. Nak heret beg pun dah satu hal...


Apa kisah dengan jerebu di PD tu ya? InsyaAllah saya akan kongsikan kemudian. Nak gerak dulu.

********** (^__^) ********** 
Terima kasih atas kesudian membaca entree ini hingga ke akhirnya. ~ Wassalam ~

Sunday, June 23, 2013

Order : Kek Pelangi Hafiz

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Order segera dari kawan sekerja untuk sambutan ulangtahun anaknya. Bagitahu petang, malam buat dan deco, besoknya makan.  Alhamdulillah bebudak suka. Dengan rasa dan deco..


Mula2 katanya nak ke Upin dan Ipin tapi tak dapatlah saya nak buat sebab nak kena belajar dulu. Kalau kata ada banyak masa, boleh la saya uli dengan fondant. Pikir2 saya buatlah kek ala2 ceria sikit, untuk kanak2 4 tahun. Jadi ada pelangi dan matahari kononnya.


Kek span coklat dengan filling peach dan FC. TQ kerana sudi order.

********** (^__^) ********** 
Terima kasih atas kesudian membaca entree ini hingga ke akhirnya. ~ Wassalam ~

Saturday, June 22, 2013

Korean Red Pepper Paste - Gochujang (고추장)

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Hai, apa khabar semua? Hari ini sekolah ganti. Jadi saya tinggalkan CTS dengan n3 autopublish. Saya dedikasikan buah tangan kali ini buat semua penggemar drama Korea dan masakan Korea tentunya. Rasanya ramai dari kita yang memasang angan-angan untuk menjejakkan kaki ke Korea. Saya sendiri pun hanya mampu menyulam mimpi kerana realitinya masih jauh lagi.

Buat penggemar makanan Korea, gochujang adalah sesuatu yang patut dipelajari penghasilannya.Ia banyak digunakan dalam kebanyakan masakan Korea. Jika mahu beli yang dah siap, kita was-was sama ada ianya halal atau tidak. Dan alternatif terbaik adalah cuba menghasilkannya sendiri. Rasanya mungkin tidak sama tetapi hampir serupa.

Kebetulan saya menjumpai satu blog yang sangat menyukai segalanya tentang Korea yang mana beliau ada berkongsikan cara membuat gochujang. Saya cuba buat dan rasanya tak la pelik sangat. Daripada dua adunan yang saya buat, dapatlah saya gunakan dua kali untuk membuat masakan Korea yang lain. Jadi saya kongsikan di sini pula jika ada yang ingin mencuba.




KOREAN RED PEPPER PASTE - GOCHUJANG (고추장
Resepi : Myilgi

Bahan- bahan 
1 tbs tauchu 
2 ts serbuk cili ( kalau nak pedas, lebihkan)
1 ts gula
sedikit air

Cara- cara
1. Lumatkan tauchu dan tapis untuk mendapatkan tekstur yang halus.
2. Masukkan serbuk cili dan gula.
3. Gaul sehingga sebati. Kalau masin sangat tambah gula.
4. Tambah air sedikit untuk dapatkan rupa macam sos.
 
********** (^__^) ********** 
Terima kasih atas kesudian membaca entree ini hingga ke akhirnya. ~ Wassalam ~

Friday, June 21, 2013

Kek Lapis Alwani (Kukus)

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Salam Jumaat semua. Buat apa tu? Barangkali sedang menunggu kepulangan ahli keluarga lelaki untuk makan tengah hari bersama-sama. Agaknya apalah menu istimewa hari ini ya? Tentu seronok menikmatinya bersama-sama.

Cerita tentag n3 kali ini, sebenarnya yang saya buat minggu lepas. Rasa macam nak makan kek lapis, tapi sedaya upaya cari kek yang tak berapa besar dan tak guna telur yang banyak. Alhamdulillah kek ini nampaknya menepati apa yang saya mahukan. Saiznya pula loyang 6 inci. Jadi tak la banyak sangat yang kena habiskan.
 
 

Kek lapis selalunya menggunakan warna-warna terang yang ceria untuk menarik perhatian. Saya kurang suka dengan kek lapis yang dibeli kerana kadang kala rasanya tidak menepati piawaian. Kadangkala penggunaan pewarna secara berlebihan untuk mendapatkan warna yang menarik.


Di dalam setiap lapisan kek saya taburkan dengan coklat chip. Rasanya agak sedap jugak pahit2 coklat dengan manis kek. Tapi kek ni sebenarnya tak la manis sangat. Mungkin sebab saya dah kurangkan sedikit susu pekat dan menggantikan horliks dengan nestum original. Mungkin jugak sebab itu kek ni jadi agak padat. Nampak sedikit berminyak kerana masa tengah kukus tu tak sedar gas terhabis. "_" Tapi keseluruhannya saya suka dengan kek ni. Iyalah, kek lapis yang guna horlicks pastinya ada rasa yang berbeza. Tapi nak buat samana, saya ni bukannya suka horlicks. Nak buat minuman pun saya tak berapa. Tapi InsyaAllah kalau ada kemahuan tu boleh la di buat semula.
 

TQ pada Kak Dayang yang berkongsi resepi ini. Saya copy semula untuk rujukan akan datang.

KEK LAPIS ALWANI (KUKUS)
Resepi : dayang_jack@MyR

Bahan-bahan ( loyang 6 inci / 5" x 9" inci )
1 cawan tepung gandum
1/3 cawan horlicks (original) saya ganti dengan nestum original
5 biji telur gred A
1/2 cawan gula halus
200 gm marjerin
1/3 cawan susu pekat manis
1/3 cawan kismis hitam saya gunakan coklat chips
1 sdt esen vanilla
sedikit pewarna oren, hijau dan merah

Cara-cara
Sediakan pengukus. Jerangkan airnya. Sediakan loyang. Lengserkan dgn mentega dan taburkan sedikit tepung.
Gaulkan kismis bersama sedikit tepung (1 sudu makan). Ketepikan.
Ayak tepung bersama horlicks di dlm satu bekas yang agak besar. Ketepikan seketika.
Pukul marjerin dgn gula sehingga kembang dan putih. Masukkan telur satu demi satu sambil diputar.
Masukkan susu pekat dan putar lagi. Masukkan tepung dan putar hingga sebati.
Masukkan esen vanilla. Kacau rata. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Warnakan merah, oren dan hijau.
Tuangkan adunan merah ke dlm loyang terlebih dahulu, dan taburkan kismis di atasnya. Kemudian, tutuplah loyang dgn kertas foil atau plastik. Kukus selama 7 minit.
Ulangi langkah 7 utk lapisan hijau. Kukus selama 15 minit.
Akhir sekali tuangkan lapisan oren dan taburkan kismis. Kukus lama sedikit (kira2 1 jam) atau sehingga ia masak. Setelah masak, sejukkan sebelum dipotong. 
***pastikan air di dlm pengukus diperiksa semasa proses mengukus. Jika hampir kering, tambah dgn air panas. 

********** (^__^) ********** 
Terima kasih atas kesudian membaca entree ini hingga ke akhirnya. ~ Wassalam ~

Thursday, June 20, 2013

Kacang Panjang Renek

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Malam... baru nak keluar n3. Sibuk sikit lately sebab menyiapkan tugasan sempena kejohanan sukan tahunan yang akan berlangsung hujung minggu ini. Ada banyak yang perlu dibereskan.

Pernah tengok tak kacang panjang renek ni? Saya sendiri baru pertama kali menanam kacang ini di sekolah. Walaupun ada satu silibus di tingkatan 4 berkaitan kacang panjang renek, tetapi saya belum pernah menanamnya  kerana tidak pernah bertemu kedai yang menjual benih. Tetapi kebetulan saya ke Pasir Puteh, terjumpa ada benih yang dijual di kedai plastik berdekatan Masjid Ibrahimi. Manakala di Gua Musang pula ada dijual di kedai plastik berhadapan Balai Polis (satu deret dengan AVON).


Bezanya kacang panjang renek dengan kacang panjang panjang biasa adalah pokoknya yang renek (setinggi lutut)  jangka hayatnya yang pendek, panjang lengai kacangnya yang pendek dan pengeluaran buah di bahagian atas kanopi pokok. Sesuai sangat jika ditanam di dalam pasu atau sebagai tanaman hiasan.


Ini adalah yang ditanam oleh pelajar tingkatan 4, yang pelajar saya tanam pokoknya masih kecil lagi, belum ada buah. Saya curi2 ambil la ni... ^^ Dalam satu lubang yang kawan saya tanam tu, diletakkan dua pokok (dua benih), sebab itu nampak pokoknya agak rimbun dan banyak daun. Dari segi penjagaan, sama seperti kacang panjang biasa kecuali meletakkan sokongan / kayu pancang tidak perlu dilakukan.


InsyaAllah kalau dapat rasa buah ni, saya akan update  apa pulak rasanya.

********** (^__^) ********** 
Terima kasih atas kesudian membaca entree ini hingga ke akhirnya. ~ Wassalam ~

Wednesday, June 19, 2013

Resepi Tempe Goreng Berempah

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Saya merupakan seorang penggemar tempe. Apa salahnya mek Kelate makan tempe, sama je jugak dengan budu yang dah sampai ke international. Kalau dulu tak berapa jugak, tetapi setahun di JB, dan setahun di Batu Pahat, pastu geng pulak dengan kengkawan yang hantu tempe, apa lagi, naik tocang la saya. Saya memang suka kalau tempe digoreng garing, ratah gitu pun sedap. Pernah juga semasa di Yong Peng, kawan menggoreng tempe secara celup tepung dan dicicah dengan sambal kicap. Perghhhh... pelik tapi sedap!

Tetapi apa yang istimewa dengan tempe ni? Of course lah sebab ianya didatangkan dari daerah Jantho, Banda Acheh, yang mana ini juga merupakan hasil yang dibawa balik dari sana. Macam produk IKS la yang diusahakan oleh golongan wanita. Ianya dibuat dalam plastik memanjang. Tempe di sana tak ada bau macam tempe kita, saya simpan dekat seminggu dalam peti ais masih elok dan ok lagi.

Fikir2, teringat pulak member selalu masam macam ni, jadi saya pun cuba la buat. Mungkin jugak agak sama atau lebih kurang dengan yang korang pernah buat. Kalau nak cuba silalah...


TEMPE GORENG BEREMPAH
Resepi : Cheq Sue

Bahan - bahan :
1 bungkus tempe - hiris nipis
Ketumbar, bawang putih, jintan manis, jintan putih, serbuk kunyit, garam - tumbuk kasar

Cara membuatnya :
Gaulkan tempe dengan bahan yang telah ditumbuk kasar. Perap seketika
Goreng sehingga garing

********** (^__^) ********** 
 Terima kasih atas kesudian membaca entree ini hingga ke akhirnya. ~ Wassalam ~

Tuesday, June 18, 2013

Strawberry Ice Blended & Vanilla Blue Ice

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Nak kongsikan antara hasil ole-ole yang saya bawa balik dari Acheh. Minuman daripada peket POP ICE. Semasa ke Kapal Apung, saya lihat ada satu gerai yang jual air ni. Serius, dengan paket2 yang bergantung pelbagai warna, saya ingatkan sabun Thai. Nak pergi tengok dekat macam tak berapa berani.
 

Masa nak balik tu sempat la saya beli lima peket. Patutnya cari jugak perasa yang lain, tapi di kedai runcit yang saya singgah tu ada 2 jenis je iaitu strawberry dan vanilla (blue). Satu peket harganya Rp10,00. Yang strawberry tu saya buatkan blended manakala yang vanila blue tu saya jadikan minuman sejuk. Kalau nak diminum panas pun boleh. Rasa air ni macam air blended kita jugak la sebab di dalamnya ada susu. Kesemua langkah menyediakan minuman ni dinyatakan dibelakang peket tersebut. Saya nak zoomkan gambar, tapi entah di mana pulak peketnya.


Pelanggan tetap la ni. Balik masa cuti sekolah baru2 ni.


Inilah ropenye pop ice yang ada. Bermacam2 perisa jugak. Saya teringin betul nak rasa yang masam2 sikit macam lime ke. Ishhhhh...entah bila la lagi nak cuba benda ni.

********** (^__^) ********** 
Terima kasih atas kesudian membaca entree ini hingga ke akhirnya. ~ Wassalam ~

Monday, June 17, 2013

Kuih Ketayap a.k.a Coconut Crepe

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Hari pertama saya nak masuk kelas setelah hampir sebulan tak jumpa anak-anak pelajar. Bermula dengan peperiksaan pertengahan tahun, cuti sekolah dan mesyuarat di Klang, rasa kekok pulak nak mengajar. Ewahhh, boleh pulak macam ni ya. Apapun saya tinggalkan CTS dengan n3 autpublish ni.

Cop nak ingat, entah bila saya buat ketayap ni. Aiseymannn, sampai dah lupa dalam kurun mana tah. N3 tertunggak la katakan. Seingat saya, ada bawak 2 biji kelapa muda (kulit hidup) dari kampung, jadi nak habiskan saya pun buat la kuih ketayap ni. Ala-ala crepe la katakan.


Saya sebenarnya jarang2 buat kuih tradisional ni. Bukan apa, kadang2 buat tapi tak makan. Cuma ada masa2 je rasa sangat nak makan kuih tu kuih ni. Sama jugak bila masak ketayap ni, dapat banyak jugak la walaupun saiz XL (saya guna pan agak besar). Banyak jugak la yang saya makan ^^


Gabungan kelapa dengan kulit ketayap tu memang ngam sangat. Tambah dengan wangi2 daun pandan dan santan. Intinya tu saya tak masukkan durian, buat yang biasa je. InsyaAllah lain kali nak buat lagi kalau kata ada kelapa muda. Kawan2 yang lain silalah cuba. Saya copy semula resepinya. TQ Kak Yatie.




KUIH KETAYAP
Resepi : Kak Yatie

Bahan-bahan.
2 cwn tepung gandum
1 biji telur
1 sk pewarna hijau/ kuning
2 cwn air
3/4 cwn susu segar/santan
1 sudu kecil garam
1 sudu besar minyak masak
minyak utk oles pada kuali/non stick pan

Utk Inti
1 biji kelapa parut putih je
1/2 cwn gula merah/gula melaka (manis ikut suka)
2 sudu besar gula pasir
3 sudu besar lempuk durian
2 helai daun pandan di simpul
sedikit air utk masak gula merah/melaka dan gula pasir- tapiskan

Cara-cara
Untuk inti; Masak air gula & daun pandan, (jika berhabuk tapiskan dulu) Masukkan kelapa parut.. gaul rata, sehingga inti kelapa tadi bercampur dengan gula merah selama 10-15 minit. Inti akan menjadi warna keperangan. Angkat. Buang daun pandan tadi.

Untuk kulit; Gaul tepung,susu/santan,air,telur dan garam. Letak 1 sb minyak masak dan gaul sebati menggunakan whisk atau senang di blend terus.
Panaskan pan, letakkan sedikit minyak dan sendukkan 1 senduk adunan tadi dan layangkan pan agar adunan tadi bulat. Masak sehingga 2-3 minit, angkat jangan terlalu lama. Setelah angkat terus masukkan inti dan gulung. (Cara gulung; , lipat kedua dua tepi sedikit dan gulung melentang. Ulangi sehingga adunan tadi habis. Siap untuk dihidang.

********** (^__^) ********** 
Terima kasih atas kesudian membaca entree ini hingga ke akhirnya. ~ Wassalam ~