Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera
Biskut raya 3...
Ini kali kedua saya buat biskut kacang peas. Kalau tahun lepas saya tersilap beli tepung, tahun ni saya cuba cari lagi tepung kacang peas tapi sayangnya masih tak jumpa. Last sekali saya beli je kacang peas yang kaler hijau tu dan saya blend hingga halus. Serbuk tepung itulah yang saya gunakan untuk membuat biskut ni. Alhamdulillah terbentuk jugaklah tepung kacang peas tu cuma tak la serupa seperti yang dibeli di kedai bakery.
Untuk biskut ni saya tak gunakan resepi tahun lepas tapi saya guna yang baru setelah terskodeng di blog Citarasawan. Biasanya kalau resepi kat blog Kak Wa tu memang menjadi. Saya rasa ramai yang bersetuju dengan kenyataan ni kan...
Cuma saya nak mengaku la, mungkin silap dari saya sendiri. Bila buat je biskut mazola, atau yang seangkatan dengannya, samada yang menggunakan kacang tanah atau kacang peas, belum ada lagi hasil yang betul2 memuaskan. Kadang2 rasa give up jugak bila fikir...
Macam biskut ni bukan kata tak jadi, cuma saya yang tak berapa puas hati dengan kejadiannya. Oleh kerana dalam resepi ni ada menggunakan santan serbuk, jadi ada bau macam tengik sikit walaupun rasanya boleh tahan sedap. Next time kalau nak buat lagi biskut ni mungkin boleh skip santan serbuk tu, kurang la sikit baunya.
Apapun TQ pada Kak Wan atas perkongsian resepi ni.
BISKUT KACANG HIJAU
/ GREEN PEAS COOKIES
Sumber : Citarasawan
Bahan-bahan
120gm serbuk kacang hijau - disangai
20gm santan serbuk
180gm tepung gandum
100gm gula icing
1/4 sudu teh garam halus
120ml minyak jagung
120gm serbuk kacang hijau - disangai
20gm santan serbuk
180gm tepung gandum
100gm gula icing
1/4 sudu teh garam halus
120ml minyak jagung
Sapuan :
Kuning telur + sedikit air (pukul sedikit)
Cara-cara :
1. Campurkan semua bahan kecuali minyak jagung. Gaul hingga rata kemudian masukkan minyak jagung sedikit demi sedikit hingga bergaul rata dan menjadi doh yang boleh dikepal.
1. Campurkan semua bahan kecuali minyak jagung. Gaul hingga rata kemudian masukkan minyak jagung sedikit demi sedikit hingga bergaul rata dan menjadi doh yang boleh dikepal.
2. Ambil 1/2 sudu besar doh dan gentel bulat-bulat, tekan
bahagian atasnya dengan nozzle yang disukai untuk membentuk corak. Doh
juga boleh diterap dengan acuan disukai.
3. Sapu biskut dengan kuning telur dan atur di dalam loyang
pembakar yang telah digris terlebih dahulu.
4. Bakar pada suhu 160C selama 20 minit atau hingga atasnya keperangan.
4. Bakar pada suhu 160C selama 20 minit atau hingga atasnya keperangan.
Salam cheq sue..
ReplyDeleteTerima kasih.. hadiah dah sampai pada hari sabtu..
Tengok biskut tu macam sedap jer cheq sue.. kat kemeran susah nak cari tepung kacang peas tu kot..
dah lepas raya teringin pulak tengok biskut tu cheqsu cam sedap je kan
ReplyDeletenmpak sedap n msti sedap rasa lemak2 gitu kan... dana mmg tak penah bermimpi nk bt bskut sendiri hahahha... bt pun yg paling simple dlm dunia
ReplyDeletewah sedap nampak..
ReplyDeletenampak menarik biskut tu..
ReplyDelete