Wednesday, August 13, 2014

Jom Shopping Inner Best Di Rubie Gallery

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Kali ni nak share dengan kengkawan satu page yang hot di sekolah. Maklumlah sekarang ni musim pakai shawl, pakai halfmoon jadi pemakaian inner melengkapkan lagi penampilan. Kata pun cikgu, imej mesti la kena jaga. Saya secara peribadinya agak sukar untuk mendapat inner yang selesa. Sebelum ni pernah juga beli inner yang melekap di dahi dan juga inner silang tapi hasilnya agak kurang memuaskan.


Antara contoh inner Anizon di Rubie Gallery

Berlainan bila mencuba inner dari Rubie Gallery ni, saya memang sangat selesa. Walaupun harganya agak mahal (boleh tahan la jugak) tapi percayalah ianya sepadan dengan hasil yang diperoleh. Satu yang saya suka dengan inner Anizon ni adalah ianya mempunya lidah @ kekek @ dagu sebab saya ni kalau pakai tudung atau shawl mesti nak tarik ke depan sikit. Jadi bila ada dagu tu nampak lagi terletak dan selesa. Itu secara peribadi pandangan saya lah. Kalau korang nak tahu boleh je cuba dapatkan satu.

Inner ni kalau tak pakai dengan halfmoon pun boleh dipakai dengan tudung bawal yang agak nipis tu. Ianya akan menutup bahagian leher. Bahagian kembang di bahagian bawah inner ni agak besar jugak.

Selain dari inner ni, ada juga dijual inner jenis lain dan juga halfmoon. Korang boleh la skodeng di FB RUBIE GALLERY... di situ ada ditunjukkan bermacam jenis produk yang dijual. Tapi saya tak beli la benda lain tu, hanya inner ni saja.

Jadi, apalagi. Jom la terjah page Rubie Galley!!!

3 comments:

  1. saya suka inner yang tak licin sangat nk terletak di muka...:-)

    ReplyDelete
  2. Aku pun ada satu inner Anizon ni.. Meme selesa sgt pakai..

    ReplyDelete
  3. Aku pun ada satu inner Anizon ni.. Meme selesa sgt pakai..

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]