Thursday, August 7, 2014

Kari Kepala Ikan Bawal Emas

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Eh, lambat pulak keluar n3 hari ni. He he he... tak menyempat nak up n3 la kalau dah bizi ni ha. Kali ni keluar n3 tertundak lagi. N3 tertinggal masa puasa lagi kekdahnya.

Kari ikan ni saya buat untuk habiskan separuh lagi ikan bawal emas yang dikukus sebelum ni. Ini kari tak pure, hanya lite-lite je sebab masak sikit aje pun. Masak pun main campak je sebab tak berapa reti sangat pun. Tak reti pun nafsu nak makan tu hado! Resepinya saya merujuk kepada satu blog ni, cuma saya kurangkan sikit minyak.

TQ pada yang berkongsi resepi ni.

** eh, pendek nau.... -_-

 

RESEPI KARI KEPALA IKAN
Resepi : Nazmie

1/2 kepala ikan merah
1 ketul isi ikan merah
5 biji kacang bendi
2 mangkuk santan
2 biji bawang merah - dihiris halus
2 biji bawang putih - dihiris halus
2 inci halia - dihiris halus
2 tangkai daun kari pulei
1 bungkus serbuk kari ikan babas (dibancuh dgn sedikit air)
sedikit air asam jawa
sedikit minyak untuk menumis
garam&gula secukup rasa

CARA MEMASAK
tumis kan bawang merah, bawang putih dan halia sehingga naik bau, kemudian tumiskan serbuk kari yang telah dibancuh dengan sedikit air hingga garing, masukkan daun kari dan air asam jawa, selepas garing masukkan santan dan gaul pelahan2 sehingga mendidih...masukkan garam&gula secukup rasa, akhir sekali masukkan ikan dan bendi dan birkan sehingga mendidih dan masak dan bolehlah dihidangkan...

4 comments:

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Lepas raya lauk ni yg paling sedap cheq sue.. :)

Bicara Kak Noor said...

teringin nak makan bendi lah dlam kari tu cheqsuuu

Bbwana adienia said...

sedapnya makan kari kepala ikan..em, lapar la pula tiba2..huhu..

Muhammad Khairuddin Lim said...

Sedap tu.. Pandai masak...