Tuesday, August 5, 2014

Ikan Bawal Emas Kukus Halia

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Cerita punya cerita, tak ingat dah ini menu untuk iftar bila. Saya jarang benar beli ikan bawal emas, selalu beli bawal hitam. Cuma masa ke TECSO tu saya beli la sekor, dalam RM6 harganya sebab nampak macam segar pulak ikan tu. Rupa2nya berbeza jugak rasanya antara ikan bawal emas dengan bawal hitam. Pastu pada pandangan saya ikan bawal emas ni lagi tahan kesegarannya. Saya simpan dua tiga hari jugak dalam esbok, pastu bila masak isinya masih lagi segar.

Nak masak ni saya tak fikir panjang, sebab sebelum tu dah tengok dalam 5 Rencah 5 Rasa. Bila Chef Shearson masak ikan stim halia, saya fikir best jugak kalau boleh buat. Masa tu takde nak salin resepi, cuma bila nak buat tu saya bajet2 la sendiri sesuka hati.


Saya sebenarnya agak jarang masak ikan (atau lauk lain secara kukus) tapi masa puasa kan macam2lah yang kita rasa nak makan. Tambah2 pulak nak masak yang ringkas dalam masa yang sama nak rasa sedap. Acaner tu? Kemain tinggi demand!

Untungnya bila masak cara kukus ni kita dapat jimat masa. Masukkan je semua bahan2 dan kukus, tunggu dah siap. Kadang2 boleh sampai lupa ada benda dalam periuk kukusan. Masa masak ni... ikan tu saya guna sebelah saja sebab saiznya agak besar. Memang puas la dapat makan, siap boleh ratah lagi.

Hasilnya? Memang sedap. Sebenarnya guna resepi campak2 pun ok... Janji kena dengan selera kita. Kalau nak tengok resepinya saya ada tuliskan di bawah ni.


BAWAL EMAS KUKUS HALIA
Resepi : Cheq Sue

Bahan-bahan :
Ikan bawal emas - bersihkan dan kelar
Bawang besar
Bawang putih
Halia
Cili merah - hiris
Garam
Lada sulah
Daun ketumbar
Sedikit minyak bijan
Minyak masak - panaskan

Sediakan bekas tahan panas
Tabur sedikit bawang besar dan halia
Lumur ikan dengan sedikit garam dan lada sulah, masukkan ke dalam bekas
Tabur lagi cili merah, bawang besar dan halia serta bawang putih
Masukkan sedikit minyak bijan, kukus hingga masak
Setelah masak, tabur daun ketumbar dan tuangkan minyak panas ke atasnya

4 comments:

  1. Kalau rumah kakak boleh katakan tiap seminggu 2-3 kali ikan stim tak kiralah stim nyonya, stim halia, stim lemon. Sebab senang tak payah tunggu...

    ReplyDelete
  2. Eh...lupa pulak nak wish selamat hari raya dari kakak:)

    ReplyDelete
  3. wah, sedap menu tu..memang best makan..

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]