Monday, March 11, 2013

Blueberry Oreo Cheese Cake

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Kembali semula... Selamat berkerja. Hari Isnin ni pastinya menjanjikan satu permulaan yang bermacam-macam buat yang berkerja. Harapnya semoga segalanya baik-baik belaka.

Sebenarnya rasa nak makan cheesecake belum berakhir lagi. Kali ni cheq sue cuba pulak cheesecake dengan base, yang mana ini adalah kali pertama membuat CC yang menggunakan whip cream, biasa cheq sue guna yogurt dan susu saja. Ini kiranya nak test la camana rasanya, ada ke tak perbezaan dengan yang selalu dibuat tu.

Bila sekali makan, rasa macam tak ada beza pun, cuma barangkali gebu dengan tidak tu ajelah. Untuk basenya pula, cheq sue agak butter cair tu tak cukup, next time kena lebihkan sikit.



Kali ni jugak cheq sue menggunakan loyang yang boleh diejas diameternya. Apa ke namanya tah. Ingatkan saiz dah ok, tapi rupa2nya kek tu masih lagi agak besar, dan akhirnya kek ni jadi agak nipis.



Sedikit ubah suai dilakukan pada resepi yang mana cheq sue tambahkan cincangan oreo dan menggantikan jus lemon dengan filling blueberry. Cuma rasanya terlebih manis sikit sebab lupa nak kurangkan gula. Dok fikir nak ganti jus lemon dengan filling blueberry  sampai lupa yang filling tu sendiri dah sedia manis. Next time kena note ni okeh.

Jadi cheq sue copy resepinya di sini buat rujukan akan datang. TQ


CHEESE CAKE

Bahan-bahan ( 18 cm )
250g cream cheese
200cc/ml fresh cream/plain yogurt
2 sudu besar jus lemon
3 sudu besar tepung gandum
2 biji telur
90g gula

Cara-cara
Panaskan oven 170 degree. Sapukan loyang dgn butter atau alas dgn kertas minyak pun ok (oven paper)
Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mixer atau blander. Mix biar sampai jadi cream
Masukkan ke dalam loyang dan bakar selama 40-45 minit
Setelah hampir masak atau selepas 30 minit bolehlah letak aluminium foil untuk mengelakkan permukaan hangus.
Bila sejuk, simpan dalam peti ais semalaman untuk mendapatkan rasa cheese cake yang sedap.

Terima kasih atas kesudian membaca entree ini hingga ke akirnya. 
 ~ Wassalam ~

7 comments:

  1. resepi chez kek ni sangat simple dan mudah diikuti..

    ReplyDelete
  2. salam Cheqsue..Apa kabar?Lama tak singgah ke sini.Emm..rajin Cheqsue baking ya..sebok brkeje pon ada masa nk buat kek bagai...isteri mithali nih:)

    ReplyDelete
  3. kena cuba jugak ni sbb semua bahan2 dah ada cuma nak tunggu mood rajin je lagi cheqsu hee

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum..emmmm buat minum petang best gak ni...

    ReplyDelete
  5. kiter dh lama tak mkn ciskek tau cheq su...meh la sikit..hehehe

    ReplyDelete
  6. Wah...bestnya..Ada oreo da bluberi...

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]