Friday, March 1, 2013

Corelle Oh Corelle

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Dah lama nak kongsikan dengan korang semua tentang alkisah membeli set Corelle ni secara online. Memang kaw-kaw sungguh citer ni, korang kena baca hingga akhir rancangan taw...

Gini citernya. Hujung tahun lepas cheq sue and the gang bersepakat untuk membeli set Corelle daripada sebuah laman web ni. Ianya didatangkan dalam set 4 dengan harga yang agak bagus juga, yang mana ianya bermula dengan RM2XX. Kami semuanya 4 orang bersetuju untuk membeli 7 set Corelle tersebut dengan pelbagai design yang diinginkan. Cheq sue sendiri memilih 2 set Winter Frost, plain tanpa corak.


Oleh sebab cheq sue tak ada FB maka segala urusan dibuat menggunakan email. Masa hujung tahun tu cheq sue masih menggunakan broadband Celcom, jadi linenya ala-ala semput gitu. Masa tu tempoh untuk pre order dah nak tamat, kiranya tak menyempat nak tengok FB, cheq sue terus je bayar deposit untuk tempahan yang berjumlah RM 1XXX ++. Haaaa, masa tu tak fikir apa pun, fikir nak beli Corelle aje, memang dah standby duit untuknya. Tapi kan sebulan lepas bagi deposit tu mulalah datang perasaan tak senang. Sebabnya langsung tak ada apa-apa berita tentang pembelian ataupun post di FB. Cheq sue dah tak senang duduk. Bukan hanya fikirkan duit sendiri yang dikeluarkan untuk deposit tu tetapi juga mengingatkan kawan-kawan yang berharap.

Hinggalah pada penghujung Januari cheq sue mendapat sms untuk menjelaskan baki bayaran dan mengesahkan alamat penghantaran. Allahuakbar, masa tu barulah boleh bernafas dengan lega. Baru boleh senyum. Kawan-kawan yang sama order pun dok gelak kat cheq sue. Hampeh betul derang neh...

Ceritanya tak berakhir di situ. Bila barang tu dah di pos, cheq sue mendapat panggilan daripada pihak penghantaran, yang mengatakan barang tu akan dihantar pada hari Jumaat. Kebetulan pulak masa tu nak balik kampung, tak ada pulak telefon pasal penghantaran tu. Bila cheq sue telefon semula, katanya tak boleh hantar, sebab cuti la, tak sihat la, apa la, bila kita bangkitkan dia dah janji, dimarahnya kita pulak. Hish rasa nak sumpah seranah je apek tu. Jadi, janji semula untuk hantar barang tu pada hari Isnin berikutnya.

Pada hari Isnin yang dijanjikan tu, dari pagi sampai ke petang tak ada panggilan yang diterima. Memang sakit hati la sangat, sampai malas nak buat apa-apa. Pihak yang mengepos dah pun bertanya di mana status barang, lagi la tambah sakit hati. Keesokan harinya, kami menelefon beberapa kali tetapi tiada jawapan. Kalau korang kan, tak sakit hati ke bila jadi macam tu? Tension tau bila fikir kot-kot la barang tu rosak dalam simpanan diorang, kita pulak yang susah nanti.

Hari Rabunya barulah ada panggilan daripada pihak penghantar. Katanya barang akan dihantar pagi tu. Oklah, tunggu je. Ingatkan nak suruh terus hantar ke rumah. Iyalah, 7 set kau, mana aku nak angkat sensorang. Yang tambah menggeramkan lagi, si penghantar barang mengong tu letak aje di pondok jaga. Masa tu diorang hantar barang bersekali dengan bungkusan member dan baju yang diorder pihak sekolah. Semuanya diorang lambakkan di situ. Geram kan. Puas la kami cakap nak suruh bawa masuk dalam sekolah tapi 1000 alasan diorang beri. Sudahnya cheq sue balik ambil kereta dan punggah semua masuk dalam bonet.

Sebenarnya yang bagi masalah dalam pembelian ni bukannya dari pihak penjual, tetapi dari pihak penghantar yang entah apa-apa. Lepas ni kalau beli terus nak buat alamat kakak di KL. Masa order barang dari UK tu tak ada masalah pulak, terus je hantar ke Tanah Rata.

Itulah sedikit perkongsian, sekadar nak bercerita kalau-kalau ada yang pernah terjadi kisahnya begini. Bukan kata nak burukkan sesiapa, tetapi itulah kisahnya kita sebagai pengguna.
~ Wassalam ~

1 comment:

  1. Assalamualaikum...Alhamdulillah hanya berdepan masalah penghantaran bukan kerosakan barang2..Kadang2 bila membeli secara on line..inilah risikonya kan...

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]