Saturday, March 16, 2013

Oreo Milkshake

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Yes, harini sekolah. Rasanya semua sekolah mengganti cuti CNY baru-baru ini kan... Selamat bersekolahlah pada semua yang terlibat dan pada diri sendiri.

Antara minuman yang dah lama saya nak cuba. Oreo milkshake, minuman berprofil tinggi. Perghhh, tolak tepi tu semua. Ha ha ha...gelak jahat. Bukan apa kan kawan-kawan, tak salah mencuba. Kalau sedap boleh war-warkan pada yang lain pula. Jadi, saya cuba ajelah try and error.

Dengan menggunakan oreo + ais kiub, minuman ni dah jadi macam slurpee, memang pekat sangat dengan rasa oreonya. Saya sangat suka dengan rasanya yang unik dan berlemak-lemak tu. Kalau buat selalu sah-sah akan menambah lagi lemak dalam badan ni.


Kalau ada yang nak cuba tu silakanlah, boleh saja diubah mengikut kesesuaian dan tahap kemanisan yang diinginkan. Saya sekadar memberi panduan saja. Di bawah ni saya lampirkan resepinya...


OREO MILKSHAKE
Resepi : Cheq Sue

Bahan-bahan :
500m L air masak
5 sb susu pekat
1 mangkuk ais kiub
10 keping oreo

Cara membuatnya :
Masukkan semua bahan ke dalam pengisar dan blend hingga halus.
Bolehla  diminum

********** (^__^) ********** 
Terima kasih atas kesudian membaca entree ini hingga ke akhirnya.
 ~ Wassalam ~

5 comments:

  1. nampak sedap..ni bleh jadi salah satu air peberet Adda nih..

    ReplyDelete
  2. em,so yummy..sedap betul kalau minum ketika cuaca panas..

    ReplyDelete
  3. salam kenal Cheq Sue..nyaman terasa di tekak tengok oreo milkshake ni..mesti sedap!

    ReplyDelete
  4. sedapnyaa...tapi kalau guna susu kan, mesti lagi creamy mcm cool blog punya...tp yg ni pon nampak sedap..

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]