Ahmad Qadeer
dan Nour Qalish. Begitulah nama anak-anak Zainab
seperti yang diinginkan oleh arwah suaminya. Di pangkuannya kiri dan kanan,
anak-anak itu hanya diam. Setelah hampir tiga minggu dalam inkubator, Ahmad
Qadeer dan Nour Qalish sudah boleh keluar. Zainab pula masih perlukan penjagaan
rapi dan membuat terapi untuk menguatkan kakinya.
Zainab
memandang Qadeer. Anak itu saling tak tumpah seperti Daus. Dia lebih banyak
mewarisi wajah Daus berbanding Qalish.
Ya
Allah… Engkau kuatkanlah hatiku…lapangkanlah dadaku dan tabahkanlah diriku
untuk membimbing dan menjaga benih cinta kami ini…
Kalaulah
ketika ini Daus ada bersama, merekalah orang yang paling gembira. Tetapi
apabila Doktor Naemah membuka rahsia kematian Daus, Zainab tidak tahu berapa
banyak airmatanya tumpah. Dia ingin menjerit sekuat hati tetapi suaranya bagai
terkunci. Dia hanya mampu mengongoi di pudak doktor muda itu. Dua kali Daus
hadir semasa dia koma…rupa-rupa itu adalah suatu tanda Daus telah pergi
meninggalkannya.
Dan
bagaikan telah tahu takdirnya, Daus telah memberikan tanda-tanda awal dia akan
pergi dulu. Zainab masih ingat apa yang dikatakan Daus sebelum peristiwa itu
meragut nyawanya. Subhanallah… Maha Suci Allah yang mencipta dan menghentikan…
Siapalah
yang tidak sedih…tetapi siapa pula yang mampu melawan takdir. Sesungguhnya
sebagai insan biasa yang penuh kelemahan, Zainab masih lagi bersedih walaupun
sedaya upaya dia menyorok dari pandangan keluarganya. Zainab terkilah kerana
tidak dapat menatap wajah terakhir Daus. Dia ralat kerana tidak sempat mengucup
tangan dan dahi Daus di saat perpisahan abadi mereka.
Pun
begitu dia berterima kasih kerana Allah masih sayang padanya dan tidak
mengambil semua darinya. Dengan kehadiran Ahmad Qadeer dan Nour Qalish di depan
mata, Zainab pasti semangat Daus juga ada bersama-sama. Sekudus ciuman dihadiahkan
buat anak-anaknya.
‘Sayang
akan jaga amanah abang….’ Azamnya.
*****
Azura
memandang Kamal yang sedang menyedut minuman.
‘Kesian
Kak Nab kan…’
‘Qada’
dan qadar Allah begitulah, kena terima.’
‘Kalaulah
I di tempat dia, I tak tahu bagaimana hendak menghadapinya.’
‘Itu
urusan Allah Zura, janganlah you fikir bukan-bukan.’
‘I
tahu Mal. Cuma I tak pasti kalaulah benda tu terjadi dekat I, mampu atau tak I
nak hadapinya. Kita kena bantu Kak Nab, dia tentu perlukan sokongan.’
‘I
rasa Kak Nab tu tabah orangnya.’
‘Mestilah.
Eh jadi tau keluarga I datang rumah you hujung minggu ni.’
‘I
dah bagitahu mama, dia ok je.’
‘I
rasa inilah masa yang paling sesuai untuk mengukuhkan hubungan kita ni. I dah
tak sanggup nak tunggu lagi.’
Azura
tersenyum lebar.
*****
Jauhari
datang memberikan dokumen yang di minta Cek Mat. Dia tergerak hati hendak
bertanya tentang keadaan Zainab.
‘Bos
ada tengok Zainab?’
‘Kenapa?’
‘Saya
ingat petang ni nak ajak isteri ke hospital. Sambil melawat saudara saya
kemalangan.’
‘Siapa?
Teruk ke? Saya risau betul kalau orang kemalangan ni. Macam dah fobia aje.’
‘Patah
kaki jugak bos. Tapi Zainab tu saya percaya dia seorang yang tabah.’
‘Harapnya
begitu lah Jauhari. Semalam saya pergi dia kata tak lama lagi dah boleh keluar.
Cuma dia kena selalu buat rawatan susulan lah.’
‘Saya
simpati betul apa yang dialami Zainab tu bos.’
‘Saya
dah merasainya Jauhari. Saya tahu apa yang Zainab tanggung sekarang. Kita
sebagai teman-teman rapat dia perlu memberi sokongan. Jangan asyik nak mengata
aje.’
‘Aiiii
bos…menyindir saya ke? Saya dah insaf bos…dah tobat!’
*****
Zainab
bersalaman dengan Dr Naemah dan beberapa jururawat yang ada. Hari ini dia sudah
boleh pulang ke rumah setelah berkampung di HUKM hampir dua bulan. Emak dan
ayah ada bersamanya. Abang Zamani akan datang membawanya pulang. Kak Aisyah dan
keluarga mertuanya menunggu di rumah bersama anak-anak. Dia sesungguhnya tidak
mahu berada di situ lebih lama. Dia terlalu rindukan Qadeer dan Qalish. Dia
tidak sabar untuk bertemu mereka. Dia mahu memegang, membelai dan menyusukan
buah cintanya. Sepanjang dia di wad, emak ada beberapa kali membawa
anak-anaknya ke hospital.
Zainab
juga ingin menyedut udara luar. Dia mahu melihat mentari. Dia mahu melihat
bulan dan bintang. Dia ingin merasa dinginnya bayu malam. Siapa yang ingin
berlama-lama di dalam wad. Terasa seperti di dalam penjara. Dan yang paling
penting dia mahu melihat di mana pusara suaminya. Dia ingin mengalunkan bacaan
Yaasin hadiah untuk arwah suaminya.
Dan
ketika Dr Naemah mengingatkan tentang rawatan susulan yang perlu dijalani,
Zainab hanya tersenyum… Sekarang walaupun tanpa rawatan susulan, Zainab harus
menjaga kesihatan demi putera dan puteri yang menantinya di rumah….
*****
Mak
Jah ligat di dapur. Besannya Puan Kamsiah pun sama membantu. Pada hari ini
mereka mengadakan kenduri doa selamat bersempena dengan kepulangan Zainab ke
rumah minggu lepas. Alhamdulillah…segala-galanya berjalan lancar. Qadeer dan
Qalish menerima Zainab tanpa paksaan walaupun mereka berdua berjauhan sejak lahir
dari ibunya. Alhamdulillah juga susuan Zainab diterima. Pada hari pertama
kepulangan Zainab, Mak Jah menitiskan airmata kesayuan mengenangkan nasib
Zainab dan dua cucunya. Tetapi dia pasti yang Zainab mampu mengharungi semua
ini…
‘Rehat-rehat
la mak…’ Zainab memeluk emaknya. Dia lihat dari tadi emaknya tidak duduk diam.
Mak
Jah hanya tersenyum.
‘Qadeer
dan Qalish tidur?’
‘Ha
ah mak…’
‘Cuba
kau ajak mertua kau tu Nab, mak nak minum la…boleh minum sama.’
Zainab
bangun dan menuju ke arah Puan Kamsiah
‘Mama…jom
rehat dulu, mak ajak minum.’
‘Laaaaa…mama
pun belum sarapan lagi ni. Haaaa jomlah..’
Zainab
menyendukkan nasi lemak dan menuangkan air kopi. Dia duduk bersama bersarapan.
‘Assalamualaikum
makcik..’ Baru sesuap dua dia menyuap, kedengaran suara kanak-kanak memberi
salam dan bergerak ke arahnya. Dia dapat mengagak.
‘Waalaikumussalam
Qasseh.’ Seperti biasa, Qasseh menyalami dan mencium kedua-dua pipinya. Qayyum
dan Qaishh di belakang turut sama berbuat demikian. Malah emak dan mama turut
sama disalam dan diciumnya.
‘Duduk
Mat, Kak Mah, kita sarapan bersama.’ Puan Kamsiah mempelawa dan menarik kerusi
untuk Cek Mat dan ibunya yang baru sampai.
‘Ha
ah Cek Mat…duduklah.’ Zainab turut mengajak bosnya.
‘Mmmmm
takpe la makcik, Nab, saya dah sarapan di rumah tadi. Saya keluar dulu ya…’ Cek
Mat menolak sopan. Dia sempat mengingatkan anak-anaknya supaya menjaga diri dan
kelakuan.
Mak
Jah hanya mengangguk. Dia tahu Cek Mat segan. Al maklumlah semuanya perempuan.
‘Kami
sebenarnya dah sarapan dirumah tadi Jah, Kamsiah.’ Makcik Salmah berkata.
‘Baby
makcik mana?’ Qasseh bertanya.
‘Baby
makcik tidur.. Qasseh dah makan? Nak nasi lemak tak?’
‘Nak….’
‘Qasseh
panggil abang Qayyum dan abang Qaishh ye…kita makan sama-sama.’
Zainab
cukup tersentuh dengan perlakuan Qasseh yang teramat manja dengannya. Dia tahu,
Qasseh tidak sempat bermanja dengan mamanya. Dan dia tidak malu mengakui dia
sudah menganggap 3 beradik itu seperti anaknya sendiri.
Seusai
solat hajat malam itu, Zainab dan Mak Jah masing-masing mendukung Qadeer dan
Qalish yang baru terjaga. Setelah disusukan, mereka terdiam dan mula
bermain-main sambil bergerak2 untuk belajar meniarap. Qasseh apatah lagi. Dia
sejak tadi menanti untuk bermain dengan baby… Seronok melihat dia mengagah dan
melayan Qadeer dan Qalish bercakap, walaupun tanpa mereka fahami.
‘Kak
Mah tidur la di sini malam ni ya…’ Puan Kamsiah mengajak Makcik Salmah
sementelah dia melihat Qayyum sudah tertidur dan Qaishh sudah mula meminta
susu. Hanya Qasseh yang masih cerah mata.
‘Allah…menyusahkan
kamu je Jah… Kamsiah.’ Makcik Salmah menolak.
‘Apa
nak disusahkan Kak Mah. Kami berbesar hati menerima Kak Mah di sini. Cek Mat
tidur di sini ya malam ni..’ Mak Jah segera
memberitahu Cek Mat yang leka bersembang dengan suaminya..
‘Eh…takpe
lah makcik. Susah-susah je..’
‘Jangan
la begitu Cek Mat, kesian budak-budak ni.’
‘Macam
mana mak?’
‘Kamu
balik ke rumah, biar mak dengan budak-budak aje tidur di sini ya Mat..’
‘Takpe
ke mak?’
‘Boleh?’
‘Takpe
ke makcik? Nab?’
‘Jangan
la Cek Mat risau, saya akan jaga budak-budak ni. insyaAllah mereka ok..’
suka tulis novel/cerpen ya?
ReplyDelete