Saturday, March 2, 2013

Lempeng Bawang Lada Hitam

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Sebelum kita teruskan dengan n3 hari ni cheq sue nak ucapkan takziah pada keluarga yang kehilangan ahli keluarga dalam peristiwa berdarah di Lahad Datu. Marilah sama-sama kita doakan agar segalanya akan berakhir tanpa membabitkan lebih banyak lagi pertumpahan darah dan kehilangan nyawa. Buat Kak Amie sekeluarga di Lahad Datu semoga tabah menghadapi apa yang berlaku dan jangan lupa jagalah keselamatan keluarga.


Lempeng...memang nostalgia sangat bagi anak kampung seperti cheq sue yang masih lagi kekampungan walaupun di bandar mana dia berada. Heeeee.. Sebelum ni memang belasah je bila nak buat lempeng. Kalau kat kampung tu air tangan ibunda yang tak boleh lawan. Teringat balik kampung cuti baru-baru ini. Ayahanda tiba2 demam, dimintanya lempeng kelapa sebab tak ada selera makan. Sambil2 membebel siap jugak sepinggan lempeng kelapa air tangan isteri tersayang. Dapatlah anak menumpang makan sama.

Cuma kali ni cheq sue merujuk pada resepi dari DTS yang memasukkan baking powder ke dalam adunannya. Memang lembut aje lempeng ni. Nak jadikan lain sikit, cheq sue masukkan juga hirisan bawang besar dan serbuk lada hitam. Sejak dua menjak ni macam suka aje nak makan benda2 yang ada lada hitam, kejap2 aja sendawa, keluar segala angin dalam badan.

Dalam satu adunan tu dapat 5 biji. 3 cheq sue gulung dengan salad dan sambal ikan bilik untuk bekal ke sekolah dan selebihnya gambar di atas itulah, di makan-makan gitu saja. Jadi, terima kasih pada Che Mat yang berkongsi resepi. Cheq sue C&P sahaja di bawah ni.
 
LEMPENG
Resepi : Mat Gebu
 
BAHAN-BAHANNYA :-)
1 1/2 cawan tepung gandum
2 cawan air atau secukupnya
1/2 camca teh baking powder
2 camca besar mentega, cair dan sejukkan
Garam secukup rasa
1 camca teh serbuk bawang besar(optional)
Sos atau kuah gulai sebagai pencicih
CARA MEMBUATNYA :-)
Satukan tepung, baking powder, serbuk bawang besar dan sedikit garam. Tuang air dan kacau rata hingga tidak berbintil2. Tuang mentega cair, kacau rata dan rasa, jika perlu tambah sedikit lagi garam. Kacau hingga rata dan ketepikan sekejap.
Panaskan non-stick pan bersaiz 8 inci, lenser dengan sedikit minyak. Tuang 1/3 cawan adunan lempeng tadi dan ratakan. Bila permukaan lepeng nampak pucat. Titikkan beberapa titik minyak dan terbalikkan.
Masak dengan api kecil hingga sedikit garing. Angat dan buat kaedah sama untuk baki adunan hingga siap. Hidangkan bersama sos atau kuah gulai pilihan anda....

~ Wassalam ~

No comments:

Post a Comment

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]