Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera
Bila sebut je kek batik biskut marie ni, saya ada satu kenangan manis mengenainya. Masa muda2 dulu, masa baru2 kenal senduk kuali, kek ni la yang menjadi pilihan untuk di buat. Seingat saya, masa di tingkatan 5 dulu, ada seorang kawan yang sangat pandai buat kek batik ni. Bila di bawa ke sekolah, kami semua mintak resepi, camana nak membuatnya. Jadi bila ada majlis ataupun hari raya, kek ni memang ada lah di rumah geng2 saya. Cuma sayang, resepinya tu dah tak tahu catat di mana. Yang saya ingat ianya tidak menggunakan serbuk koko. Iyalah, masa tu mana nak kenal serbuk2 koko ni dik oiiii...

Jadi sebagai memenuhi keinginan, saya cuba cari resepi di internet yang agak-agak serupa serta 'senang'. Kebetulan pulak ada sepeket biskut marie balance dari buat base cheesecake dulu. Jadi bila buat kek batik ni tak perlu la nak fikir camana nak habiskan biskut tu. Cari punya cari, terberkenan la pulak dengan resepi sumbangan Mrsdayat di MyR. Cuma macam biasalah, saya oter la sikit mengikut bahan-bahan yang ada di rumah. Saya tak nak rasa coklat sangat, jadi saya lebihkan milo dan masukkan sedikit sahaja serbuk koko.
Cuma saya terguna loyang agak besar, menyebabkan kek jadi agak nipis dan tak nampak sangat susunan biskutnya. Warnanya juga agak pucat kerana penggunaan serbuk milo. Kalau guna serbuk koko jadi gelap sikit la warnanya.
Jadi, terima kasih pada penyumbang resepi. Saya C&P sahaja di bawah ni untuk dirujuk di masa akan datang.
KEK BATIK
BISKUT MARIE
Resepi : mrsdayat@myresipi.com
1 bungkus (350g) biskut marie
Setengah buku butter
2 biji telur
1 cwn serbuk koko letak dalam 2 sudu besar je
1/2 cwn milo saya guna 1 cawan
1 cwn air
3/4 cwn gula
** milo dan koko tu terpulang pd citarasa. nak rase cokelat yg kuat..gune 1 cwn koko+1/2 cwn milo.nak rase yg agak mild,gune 1cwn milo+1/2 cwn koko

Cara-cara
patah2kan biskut
dalam periuk, campurkan
koko,milo,air,gula. Dengan api sederhana, kacaukan sampai semua dah larut
masukkan butter,kacau sampai
butter cair
kecilkan api, masukkan
telur..kacau sampai agak2 pekat (lbh kurang 30 saat).padamkan api
masukkan pula biskut yg dah
dipatahkan tadi.kacaukan sampai semua biskut dh di selaputi
cokelat.(sukatan biskut terpulang pd citarasa. kalo nak byk cokelat gune
sket ajer...)
masukkan dlm loyang..tekan2
sket bg padat.simpan dlm peti sejuk sebelum dipotong dan dihidang
**********************************************************************
Terima kasih atas kesudian membaca entree ini hingga ke akirnya.
~ Wassalam ~
kek batik tu betul2 menggoda jiwaku..
ReplyDeletesedap nyer
ReplyDelete