Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera
Jom jom kita join ramai2 1st GA yang di anjurkan oleh Tun Telani. Temanya adalah MY FAVOURITES FOOD. Alahai...memasing ada kan makanan kesukaan... jom, kita bagi sokongan dekat Tun. Cheq sue pun macam terliur je dengan buku2 hadiahnya tu, boleh tambah buku resepi. Mana tahu ada rezeki kan...tak gitu Tun? Haaaa.. GA ni akan berlangsung sehingga 17 Mac 2013
Hadiahnya seperti kat dalam gambar di bawah ni, iaitu buku Cupcakes, Cookies, and Coffee Cakes dan Blissful Brownies. Memang owesome sangat lah. Tak terliur ke korang?
Jadi cheq sue nak kongsikan lah di sini makanan faveret...sebenarnya ada banyak sangat, cuma rasanya yang terpilih adalah SIZZLING YEE MEE. Memang selalu dah buat SYM ni, memang tak pernah jemu, dulu kini dan selamanya. Rasanya tu tak payah la nak describe, kena buat dulu baru tahu. Korang semua pun mesti dah pernah buat kan? Tun pun mesti dah pernah buat ni... Resepini asalnya di dapati dari My Resepi, sangat2 membantu bila nak makan sizzling... Jadi cheq sue copy resepinya untuk dikongsikan dengan korang semua.
Resepi : Lilydvalley @ MyR
Bahan-bahan ( 2-3 org makan )
2-3 sanggul (gulung) yee mee
5 ulas bawang putih
5 biji cendawan shitake (cendawan
kering)- rendam sehingga agak lembut dan potong 4
1 keping dada ayam- potong mengikut
citarasa
3 biji cili kering- potong 2
2 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap cair
1 sudu besar kicap pekat
1/2 in halia- hiris nipis
Serbuk lada hitam
garam- secukup rasa
Beberapa titik Minyak bijan
1 sudu besar Tepung jagung- dibancuh
dgn sedikit air
sedikit minyak utk menumis
Cara-cara
Tumis bawang putih, cili kering dan
halia sehingga naik baunya.
Masukkan ayam yg telah potong
sehingga agak empuk.
Masukkan 2 cawan air.
Masukkan pula sos tiram, kicap cair
dan kicap pekat. Masukkan pula serbuk lada hitam. Biarkan mendidih.
masukkan cendawan serta sayur2 lain-
tunggu 2-3 min.
Masukkan campuran tepung jagung dan
kacau.
Titikkan minyak bijan beberapa
titik-jgn banyak2...
Akhir sekali, masukkan yee mee-
biarkan sebentar & hidangkan panas2.
Terima kasih atas kesudian membaca entree ini hingga ke akirnya.
~ Wassalam ~
fevret faa jugak ni....nyumnyum
ReplyDeletebestnyaaa....
ReplyDelete