Monday, March 4, 2013

Red Velvet Cake In Jar

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Inilah hasil cake in 'jar' yang pertama. Memang teringin sangat nak buat bila tengok ramai yang buat. Alkisahnya jar tu cheq sue dapat semasa kenduri sepupu baru-baru ini (di Perak). Goodies yang diberikan oleh tuan rumah tu, siapa yang dapat, anak-anak buah, kakak, semuanya cheq sue ambil sampaikan abang ipar pun dok gelak melihatkan sikap entah apa-apa cheq sue. Iyalah, kalau nak beli payah nak dapat, ini kira untung lah dapat percuma.


Untuk kek ni, cheq sue menggunakan adunan yang sama kek red velvet, kiranya ambil sedikit adunan tu dan dimasukkan ke dalam jar dan dibakar secara water bath. Risau jugak masa tengah bakar tu. Iyalah, kaca dengan api weh, kang tak pasal2 meletup ke hapa. Kaca jar tu tak la berapa tebal. Nasib baik la semuanya berjalan lancar. Alhamdulillah....


Seperti biasa, penampilan pertama masih kurang memuaskan, agak comot merata riti. Masih belum puas hati, nampak sememeh sangat-sangat. Agaknya sebab jar tu bersegi-segi, tu yang payah sikit... Tapi tak apalah, nanti kita cuba lain kali untuk hasil yang lebih baik


~ Wassalam ~

4 comments:

  1. suka buat cake in jar.. kagum bila ia sedang membakar tu, hehehe

    ReplyDelete
  2. salam kenalan cheq sue..

    kat rumah pun ada beberapa butir jar tu hasil dari kenduri kawin.. hehe.. mmg tak tebal sgt kan.. rasa mcm seriau je nak letak dlm oven.. lenkali leh try tgk yg cheq sue buat ni ok je.. menarik..

    ReplyDelete
  3. salam...

    cantik ni susun2 atas dulang hantaran....ikat2 reben...hoho..

    bley praktik ni...

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]