Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera
Sekali lagi, hari ini, saya ke Kuala Lumpur untuk menghadiri mesyuarat, sambungan yang pertama dulu di Hotel Summit Subang Jaya.
Kali ini lokasinya di dalam bandar, di jantung Kuala Lumpur iaitu Hotel
Radius International Bukit Bintang. Salah satu lokasi yang saya tak
mahu jejaki, yang penuh dengan manusia bermacam ragam. Dan sudah
pastinya menimbulkan ketakutan dalam diri...namun kerana tuntutan tugas,
terpaksa.
Sekali lagi juga, kena bertanya di situ di sini bagaimana untuk ke sana. Terjumpa dalam internet tadi, katanya naik LRT dari Plaza Rakyat (Pudu) ke Hang Tuah, kemudian tukar ke monorail dan menuju ke stesen Bukit Bintang. Dari situ, boleh berjalan kali ke hotel, jaraknya dalam 10 minit.
Semoga perjalanan pergi dan balik kali ini berjalan sempurna. Harapnya tiada apa yang berlaku. Doakanlah saya. Dan sepanjang bermesyuarat sehingga 21 Mac ini, saya tinggalkan anda semua dengan n3 autopublish ya... InsyaAllah bertemu nanti .
********** (^__^) **********
Terima kasih atas kesudian membaca entree ini hingga ke akhirnya.
~ Wassalam ~
No comments:
Post a Comment
[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]