Saturday, September 27, 2014

Ephyra Hilangkan Sakit Senggugut

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Saya dah gunakan Ephyra ni lebih kurang 5 bulan. Masa memula nak beli tu saya tak ingat macam mana boleh decide nak beli. Biasanya kalau tengah tension, jangan la ushar laman web online, memang akan terrrr... punya. Saya rasa masa tu tak la terstress sangat, cuma saya fikir dalam umur semacam saya ni perlu la makan supplemen untuk dalaman, sebab utamanya bukan kecantikan ya... Pada saya kecantikan ni subjektif, jadi saya beli ni bukan semata2 untuk cantik seperti dutanya Memey Suhaiza tu, tapi lebih kepada kesihatan dalaman.

Kalau baca di pamplet yang disediakan bersama di dalam kotak, memang banyak sangat la khasiat Ephyra ni. Maaflah saya memang malas nak taip satu persatu. Kalau nak dapat lebih info masuk je ke FB Oceanlife. Di situ ada pelbagai maklumat yang dikongsi.




Cuma yang ingin saya kongsi di sini adalah kesannya yang menghilangkan sakit senggugut. Saya memang mengalami senggugut, boleh tahan teruk jugaklah sakitnya tu. Kadang2 kena tidur dulu sekali lelap untuk hilangkan kesakitan tu. Sesiapa yang alami, dan sesiapa yang tahu memang akan faham macam mana sakitnya tu.

Bulan pertama ambil Ephyra ni, saya dah rasa kesannya. Masa dekat nak period, saya dah rasa simptomnya seperti terlebih emo dan lapar sokmo. Sakit senggugut tu masih ada cuma rasa gitu2 aje. Tau2 dah period. Saya pun agak terkejut jugak. Nampaknya Allah kurangkan sakit senggugut saya tu dengan meminum Ephyra ni.

Saya tunggu bulan kedua untuk tengok testimoni yang seterusnya. Yalah, baru sekali takleh nak kata produk tu bagus lagi kan... kena tunggu la dua tiga bulan baru tahu kesannya macam mana. Masuk bulan yang kedua, terus saya tak rasa dah senggugut tu. Tau2 dah period. Alhamdulillah... rasa syukur sangat sebab dah tak sakit. Saya tunggu lagi sampai bulan ketiga. Pun sama jugak, saya memang tak rasa sakit senggugut. Syukur pada Allah...

Walau bagai mana pun kesan ni mungkin tak sama untuk orang lain. Harap noted ya!


Mula2 minum dulu, saya amalkan segelas Ephyra ni sebelum tidur. Yang tak tahannya bila minum ni kita akan kerap buang air kecil sebab nak reduce toksik. Dua tiga kali bangun jugaklah nak menyampai ke pagi. Bila toksik dah keluar dari badan ni tubuh kita akan rasa ringan la sikit.

Sekarang saya minum sebelum sarapan, sebab sebelum tidur tu saya makan supplemen lain. Kesannya pun sama jugak. Rasanya berperisa buah, macam limau sesikit. Memang tak puas la minum, kalau ada bajet lebih boleh minum dua kali sehari, tapi cepat la sikit kopak poketnya. Kalau minum 2 sachet sehari baru la boleh cantik macam Memey. He he he...

Selain dari kesan hilang sakit senggugut ni, saya juga mendapati yang black head di hidung sudah semakin berkurang. Pastu kulit pun nampak lebih tegang dan lebih bermaya.  Ini bukanlah perasaan saya semata tapi kawan2 pun ada mention macam tu. Kiranya agak berkesan jugaklah produk ni  pada saya.

Kawan2 kalau ada yang nak cuba tu, bolehlah riki2 FB di atas tu ya... Saya tak paksa, cuma bagitahu saja.. *_*

"Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

3 comments:

  1. terujanya baca pengalaman cheq sue minum produk ephyra ni boleh hilangkan sakit sengugut sebab saya pun ada masalah ni juga..kena tidur dulu untuk hilangkan sakit..insyaallah nak juga try minum ni bila ada rezeki..

    ReplyDelete
  2. Ephyra...terbaik..baru nk cuba kotak kedua...ni pun sbb tgk perubahan pd cheq sue

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]