Wednesday, December 31, 2014

Refleksi 2014

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Hari ini 31.12.2014, hari terakhir dalam kalendar 2014. In Sha Allah jika diberi keizinan allah SWT esok kita semua akan melangkah ke tahun baru 2015. Mengenang kembali apa yang berlaku sepanjang tahun ini, sudah pasti kita semua ada catatan suka dan duka yang akan tersimpan di lipatan memori tersendiri. 

Kisah suram yang melanda negara, yang setelah sekian lama masih belum ada jawapannya... dan tak perlulah saya huraikan panjang lebar. Setiap dari kita ada pandangan tersendiri, yang pastinya setiap apa yang berlaku datang dari Allah yang menguji secuit dari kita supaya tidak leka dan lupa kepadanya.
 

Saya ingin membuat refleksi pada kehidupan saya sendiri, agar lain kali saya dapat membaiki segala kelemahan dan kelebihan diri saya. Nampak tak kt situ, dah rindu sangat nak gi sekolah... refleksi... refleksi... tak sabar nak tulis buku rancangan mengajar barangkali... Sedikit catatan peribadi.


Tuesday, December 30, 2014

Belenggu #16 ~ Ikhwan...

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera



Ikhwan merenung laut yang membiru. Terbayang di matanya wajah-wajah yang tersayang. Dia mengeluh. Hampir seminggu dia berada di situ. Dan sepanjang tempoh itu dia tidak pernah melupai tanggungjawabnya sebagai seorang muslim. Pun jua pada Alia.



Sunday, December 28, 2014

Hujung Tahun Yang Pilu....

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Lama tak update n3...
Semangat telah lama pergi
Meskipun saya tidak terlibat secara langsung dengan banjir Pantai Timur kali ini
Tetapi perikemanusiaan menghalang jari jemari saya untuk menaip di sini

Wahai semua insan yang terlibat dengan ujian kali ini, bertabahlah
Ingatlah bahawa Allah sentiasa bersama kita di dalam susah dan senang
Dia ingin menguji kita, lantas diturunkan sedikit cubaan
Senyumlah dalam kepayahan....

Untuk semua yang join GA saya tu, In Sha Allah bila keadaan dah tenang sikit saya akan mula poskan hadiah. Semua maklumat dah ada, cuma masa kurang sesuai. Maafkan saya ya.....


"Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

Monday, December 22, 2014

Cheesekut

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Kek, atau hendak diklasifikasikan sebagai apa... yang sangat mudah dibuat dan rasaya sangat sedap juga. Saya pasti ramai yang dah buat cheesekut ni, barangkali saya saja yang tertinggal kapal terbang kerana baru saja mencuba. Cheesekut ni lebih kurang adik beradik tiri la dengan kek lapis cheese persona, cuma masing2 ada rasa yang tersendiri. Kalau guna biskut meri lain sikit la rasanya jika dibandingkan dengan biskut krim kraker. Kebetulan stok biskut krim kraker masa pergi kem ada belen lagi, dan CC pun ada jugak, jadi saya on sajalah projek cheesekut ni, sementelah terpandang dekat Google step by stepnya yang sangat senang.



Sunday, December 21, 2014

Belenggu #15 ~ Alia...

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera



Alia memandu keretanya ke sekitar pasaraya yang selalu dikunjungi bersama Ikhwan. Namun dia merasa hampa. Sudah beberapa hari dia mencari Ikhwan namun tidak berjumpa. Rindunya kian mencengkam di dada.
Alia termenung di kusyen keretanya. Dia mengeluh.
Ke mana kau menghilang Wan?



Saturday, December 20, 2014

Seoul, Korea 2014 :: The Frozen Trip : KL - Incheon, Seoul #3

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Nampaknya sesi update mengupdate ni agak slow di penghujung 2014. Barangkali kerana banjir yang melanda, menyebabkan line tenet macam kura2... ataupun psikologi dalam kepala yang agak tak menentu sekarang ini. Apapun, saya cuba kerana bimbang segala maklumat yang masih tersisa hilang begitu sahaja. #skemasiotttt


Penerbangan ke Seoul adalah menggunakan Air Asia X D7506 yang berlepas dari KLIA2 pada jam 1.15 pagi 8 Disember 2014. Sebelum tu dari Ampang saya dan kawan ke TBS dan naik bas JETSTAR ke KLIA2 pukul 8 malam, tiket harga RM10. Pertama kali menjejak kaki di KLIA2, memang nyata la bagai yang semua orang kata, besar gedabak weh.... Masa nak ke tempat menunggu tu, kecoh jugak bila ada artis K-Pop yang nak balik Korea. Nampak la depan mata, fikir2 apa ke kumpulan ni, macam tak pernah tengok tapi ramai jugak dekat situ yang dok bertempik oppa.... oppa... oppa... Rupa2nya kumpulan Topp Dogg. Kau  kenal??? He he he...


Thursday, December 18, 2014

Seoul, Korea 2014 :: The Frozen Trip : Machang - TBS, KL #2

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Siapa yang terlibat banjir di Kelantan sekarang? Saya semalam dalam perjalanan balik dari KB nyaris2 sangkut di Machang. Laluan dekat kampung pun hampir2 tak boleh lalu. Tapi Alhamdulillah semuanya selamat.

Jadi saya teruskan pulak dengan penceritaan trip baru2 ni. Perjalanan The Frozen Trip bermula 6 Disember, tapi masa tu belum frozen lagi sebab cuaca masih hangat panas membara di Malaysia. He he he... Kalau diikutkan saya nak drive je ke KL tapi fikir2 sorang diri pulak, jadi yang paling senang saya beli je tiket bas ekspress perjalanan waktu siang. Kalau waktu malam ni saya tak berapa sikit sebab berperasaan takut. Sampai pepagi di KL tu macam seram sikit la. Saya memilih bas Mutiara dengan kadar tambang dewasa RM 44 dan naik di Machang.



Tuesday, December 16, 2014

Seoul, Korea 2014 :: The Frozen Trip : Pre Trip #1

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Alhamdulillah akhirnya Allah makbulkan doa saya untuk menjejak kaki ke Korea. Saya ke sana pada 8 - 12 Disember yang lalu, melalui perjalanan sejuk beku pada musim sejuk di sana. Pertama kali juga percutian pada suhu lingkungan -2 hingga -7 darjah. Satu pengalaman yang sangat menarik, yang penuh dengan suka dan duka. In Sha Allah saya akan kongsikan dalam n3 seterusnya selepas ini.




Monday, December 15, 2014

Sate Ayam Rempah Terengganu

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Saya ni kalau buat sate, jarang sangat nak dapat yang perfect, yang sedap dimakan seperti sate kajang atau sate yang sewaktu dengannya. Bukanlah takleh makan langsung, cuma kadang tu tak sesedap yang dibeli la. Masa gi Terengganu baru2 ni, saya beli peket rempah sate, kebetulan teman member nak beli rempah nasi dagang. Dah nampak tu saya ambil la 2 peket, konon nak buat masa Aidiladha tapi tak sempat, jadi bawa balik ke CH untuk cuba sendiri.


Untuk buat sate tu, saya beli daging ayam yang disediakan untuk chicken chop, iaitu bahagian paha tanpa tulang tapi masih ada kulit. Ada 8 keping semuanya berharga RM26. Balik rumah terus saya potong ikut saiz sesuai dan perap dengan rempah ni. Resepinya ada disediakan di paket pembungkus. 


Sunday, December 14, 2014

CTS 1 Million Pageviews Giveaway : Peserta & Makluman

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 


Maaf... baru berkesempatan online dengan lappy. Online dengan tepon tak puas nak create n3. Pertamanya saya ucapkan bebanyak terima kasih kerana sudi menyertai GA yang saya anjurkan baru2 ini. Dan oleh sebab hanya 8 orang yang komen dekat n3 tu, maka saya decide nak bagi je hadiah pada semua... hadiah kecik aje, sebagai tanda ingatan dan persahabatan. Saya segan nak gitau kat sini...tunggulah bila korang dah terima nanti ya.

Senarai peserta :

1. Yana Shaiful
2. Cheq Da
3. Azra
4. Wana
5. Yun
6. HJ
7. Tun Telani
8. Iera

Dan untuk makluman jugak, sila reply email saya untuk urusan penghantaran hadiah. Untuk yang dah pernah sertai GA saya sebelum ni, especially yang saya dah ada alamat macam Cheq Da, Azra, dan Wana, alamat you alls masih ada dalam simpanan saya. Jadi tak perlu email. Tapi saya nak maklumkan awal2 ni, hadiah tu mungkin saya pos lambat sikit ya, bila dah dapat details semua orang... Kalau kata tak dapat email saya, boleh je emailkan details tu ke kemren0104@yahoo.com dengan seberapa segera. Harap maklum ^_^


 "Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

Saturday, December 13, 2014

Belenggu #14 ~ Leesa

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera



“Leesa… Farouk datang ni. Leesa, turun sayang.” Laung Datin Syabillah kepada anak tunggalnya.
Farouk Isqandar bertandang ke rumahnya pada satu hari minggu. Mama dan papanya melayan ‘setan’ itu dengan baik sekali. Sesungguhnya mata mereka sudah kabur, kabur oleh pangkat dan harta.
Alia melangkah turun. Di tangannya tergenggam satu roll gambar. Dia cuma memakai T-shirt dan bermuda aneka warna. Datuk Quzair merenung tajam ke arah Leesa namun gadis itu berlagak selamba. Dia melabuhkan punggung di sofa dan bersila di atasnya.
“Leesa, kenapa dengan kau ni?” Datin Syabillah menegur keadaan Alia.
Datuk Quzair memandang Datin Syabillah. Dia mengangguk.
“Duduklah dulu Farouk. Uncle dan auntie nak ke atas. Berbual-buallah dulu dengan Leesa.”
Pasangan suami isteri itu berlalu pergi meninggalkan Alia bersama Farouk.
Inilah masanya Farouk!
Bisik Alia dalam hati.


CTS 1 Million Pageviews Giveaway

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Lama dah tak buat GA... tapi sebab rasa special kerana CTS dah jejak 1 juta pageviews baru2 ni, rasa seronok pulak nak share kegembiraan dengan kengkawan. Lagi pulak saya bercuti blog ni seketika... jadi tinggalkan CTS dengan GA dan BELENGGU. Yang ada masa tu... jom la join eh.. Jangan lupa baca novelog tu jugak tau.


Tak ada syarat khusus pun GA ni. Saya belum putuskan lagi nak sedia berapa hadiah, tapi pemilihan pemenang adalah melalui cabutan. Cuma saya nak bagitahu awal2, hadiahnya biasa2 aje. Kalau ada hadiah yang dibawa balik dengan kapal terbang... yang bersesuaian nanti saya update kemudian.

Untuk menyertai GA ni, senang aje..

Hanya komen pada entry ni... SAYA NAK...  dan sertakan dengan alamat email untuk memudahkan urusan jika terpilih sebagai pemenang.

GA ni akan berlangsung bermula 8 Disember - 12 Disember 2014 ya. Jadi sebarang penyertaan sebelum dan selepas tidak akan diambil kira. Jika nak follow blog ni atau tak mahu terpulanglah.

Jangan lupa join...


"Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

Friday, December 12, 2014

Teaser : End Year 2014 Trip

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera


Agak2 nak bagi nama apa trip kali ni...


 "Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

Belenggu #13 ~ Suasana...

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera



Suasana di villa dua tingkat berwarna putih dan biru itu lengang seperti tiada insan yang menghuninya. Tetapi dalam villa itulah terisinya sekujur tubuh yang kian lemah. Tiada muzik yang berkumandang hanya kedengaran lagu dendangan Allahyarham Sudirman yang berkumandang perlahan…
Sampaikan salam… buat semua… salam terakhir… salam teristimewa…
Itulah bait-bait lagu yang amat memilukan. Airmata berjuraian di pipi seorang pria yang dulunya ego. Inilah kali pertama di alam remajanya dia menangis tersedu-sedu. Begitulah Ikhwan, lakunya bagaikan seorang perwira yang telah kalah di medan perang.
Ikhwan memandang sekeliling. Matanya tertumpu pada Quran yang terletak di sisi meja. Dia mencapai kita suci itu dan membacanya dengan syahdu dan menyentuh hati. Seribu kedamaian diperolehinya…
Ahh…
Dia bersyukur kerana dipertemukan dengan Islam.


Thursday, December 11, 2014

Belenggu #12 ~ Ikhwan...

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera



Ikhwan sedang berada di klinik Dr Faris Afzar, kenalan papanya. Kebetulan hari itu pelanggan agak ramai, jadi dia terpaksa menunggu. Dia bingung memikirkan apakah penyakit yang di deritainya.
“Muhammad Ikhwan Hafiz?”
Kedengaran namanya dipanggil. Dia mengatur langkah ke bilik rawatan.



Wednesday, December 10, 2014

Belenggu #11 ~ Alia...

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera



Alia merenung wajahnya di cermin. Dia bertuah kerana dikurniakan raut muka yang cantik dan menarik. Tangannya membuka kotak muzik yang dihadiahkan oleh Wan pada harijadinya yang lalu.
Muzik yang romantik berkumandang perlahan. Dengan serta-merta wajah Wan melayang di birai matanya. Tiba-tiba dia jadi rindu. Lantas dia ke bawah dan menelefon Wan.



Tuesday, December 9, 2014

Belenggu #10 ~ Gary...

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

J

Gary pasrah menerima apa yang berlaku ke atasnya. Namun begitu dia tidak percaya Alia sanggup curang padanya. Inilah dugaan dalam cintanya dengan Alia.
Dia mendapat tahu bahawa Riki telah pulang dari Chicago. Rindu rasanya pada kawan rapatnya itu. Maklumlah hampir dua bulan tidak berjumpa. Segera dia menelefon Riki. Lagipun ada satu rahsia besar yang ingin diberitahunya. Harapan yang tinggi dan impian yang luas.



Sunday, December 7, 2014

Belenggu #9 ~ Di Rumah...

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera



Di rumah Alia...
Jam antik di dinding berdenting 8 kali. Datuk Quzair dan Datin Syabillah sudah bersiap sedia untuk ke rumah bakal mentuanya Datuk Aiman.  Kenalah berbaik-baik, lagipun Datuk Aiman tu seorang menteri yang tidak berportfolio. Datin Maria pun punya kedudukan yang kukuh sebagai ahli lembaga sebuah firma saham di ibu kota. Bolehlah tumpang semangkuk nanti...



Saturday, December 6, 2014

Belenggu #8 ~ 24 Disember...

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera



24 Disember… suasana tenang dan indah. Embun di dedaun masih kebasahan. Gary mengintai dari balik langsir beropol kuning. Matanya merayap dari satu pohon bunga ke satu yang lain. Dulu… tangan lembut mamanya yang menanam bunga-bunga itu. Tapi kini dia jauh. Papanya pun sama. Maklumlah dah jadi jutawan di Singapura.
Gary mengeluh.



Friday, December 5, 2014

Border Lace, Dulu Pada Baju Kini Pada Tudung

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Kalau sebelum ni saya ada tunjukkan contoh2 manik yang boleh dijahit pada tudung, kali ni saya nak kongsi pulak tudung yang dijahit dengan lebihan border lace. Kalau kita nak jahit dengan border lace jenis patch tu pun boleh jugak.

Masa musim2 border lace dulu, saya ada la beli dekat 4 meter jugak untuk diletakkan pada baju (lengan dan bawah baju). Bila ada yang tak habis sayang nak buang sebab kosnya saja dah dekat RM100. Jadi simpan punya simpan, saya cuba jahit dekat tudung (bahagian atas kepala) setelah melihat rakan sekolah menggayakannya. Sila ingat ya yang hasilnya tak la secomey tudung lace yang dijual dipasaran, tapi setakat nak pakai sendiri tu lepas laaaa... *_*



Wednesday, December 3, 2014

Trip Kem Bersepadu '14 - Rumah Seri Kenangan Taiping #8

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Rumah Seri Kenangan Taiping merupakan destinasi terakhir Trip Kem Bersepadu 2014 baru2 ini. Setelah selesai mengemas segala barang dan kelengkapan di tapak perkhemahan, kami menuju ke RSKT yang berada di bandar Taiping. Hati saya agak libang libu untuk ke sana... kerana bermacam2 benda saya fikir terutama bagaimana untuk bersemuka dengan ibu dan ayah yang telah menghuni rumah itu setelah sekian lama. Air mata saya memang mudah saja mengalir apabila melihat dan mendengar kisah mereka.


Papan tanda berdekatan pintu masuk, hampir usang sebenarnya. Saya fikir kalau dicat atau dibaik pulih itu akan lebih menarik dan ceria.


Tuesday, December 2, 2014

Trip Kem Bersepadu '14 - Mak Teh Mee Banjir Udang #7

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Kuala Sepetang dan mee udang memang tidak boleh dipisahkan. Masa datang pertama kali dulu tak sempat rasa, konon masa tu nak cari mee udang Mak Jah, tapi x jumpa2... jadi kali ni rupa2nya memang dah siap tempah satu slot untuk pekena mee udang. Mula2 pelik jugak... saya ingatkan mee udang banjir Mak Teh.... tapi yang sebenarnya adalah mee banjir udang.... Oooooo...


Ukiran pada dinding kedai... Mak Teh Mee Banjir Udang, tapi terlindung dek pokok2. Lense pulak saya guna yang 55mm... memang x puas nak gambar. -_-