Friday, August 10, 2012

Biskut Cappucino / Coffee Slices

 
 
Biskut keempat. Biskut cappucino slice (cheq sue guna kopi so jadi coffee slice), memang dah lama cheq sue nak cuba. Daripada tak ada cutter, sampai ke ada cutter, simpan 2 3 bulan baru boleh guna. Memang nak sangat rasa biskut ni.  Cumanya... memang berfikir sungguh nak cunakan cutter tu. Kalau untuk satu lapisan tak apa, bila dah masuk 2 lapisan ni memang lagi susah nak memasangnya. Itupun cheq sue guna saiz besar, kalau guna ikut saiz cutter tu memang hancus la rasanya biskut ni.
 
Biskut ni memang sedap sungguh dengan bau kopinya. Sebenarnya nak guna cappucino tapi tak jumpa pula pastenya. Bila guna kopi pun rasanya tak berbeza sangat. Harum sungguh semerbak satu rumah. Yang lucunya bila masuk bahagian coklat, rasa macam sikit pulak adunan yang diberikan tu. Cheq sue pun apa lagi, dengan kepandaian yang ada tambahkan pulak coklat sedikit lagi. Bila dituang ke atas cookies tu, tak nampak la pulak jalurannya. Memang cheq sue dah tanda siap-siap di loyang tapi terhilang pulak. Memang bercinta sungguh la nak mencari jalurannya tu. He he he...
 
Pada siapa yang ada cutter tu, boleh la cuba biskut ni. Bila buat memang kita akan belajar macamana nak dapatkan cara yang betul dan termudah untuk memasangnya. Dalam blog Kak Wan tu ada ditunjukkan cara-cara yang jelas step by step. Linknya ada kat bawah tu kalau nak buat rujukan. InsyaAllah kalau ada kelapangan nanti boleh la dibuat semula, insyaAllah boleh tambah ilmu lagi. ^^ Selamat mencuba. Wassalam.
 
 
BISKUT CAPPUCINO / COFFEE SLICE
Resepi : Kak Wan

Bahan A
210gm mentega
100gm gula perang
1 sudu teh cappucino emulco

Bahan B (di ayak bersama)
250gm tepung gandum
90gm tepung jagung
50gm susu tepung
60gm serbuk kacang tanah

Topping coklat
230gm coklat masakan
10gm cocoa butter
(di cairkan secara double boiler)

Hiasan :  Jumbo Heart, Croquant
Loyang 10' x 10' x 2 dengan cutter - Cara Memasang Cutter

Cara-cara :
1.  Pukul bahan A hingga berkrim, masukkan bahan B, uli hingga menjadi doh yang lembut.
2.  Alas loyang 10 x 10'  dan alas dengan kertas minyak, biarkan lebihan kertas 1" keluar dari loyang.
3.  Ambil doh seberat 600gm dan canaikan doh ke dalam acuan dan ratakan. Masukkan pemotong (cutter) dan tekan padat ke dasar loyang.  Cucuk permukaan doh dengan garpu.
4. Panaskan ketuhar. Bakar pada suhu 140c selama 40minit atau sampai kekuningan.
5. Setelah biskut sejuk bukakan cutter dan tuangkan coklat masakan hitam yang dicairkan, ratakan.Nampak tak jaluran yang terbentuk dari cutter, letak kembali cutter ke tempat asalnya berpandu kepada jalurannya.  (jika nak buat corak marble, lakukan ketika coklat masih cair baru di letakkan cutter.
6. Masukkan balik cutter kedalam loyang, letak jumbo heart dan croquant dan biar coklat membeku.
7. Setelah coklat beku bolehlah dibuka cutter.





3 comments:

  1. mesti sedapnie bila gigit tersa2 cupcino..masuk list nie chqsue..thun depan bole cuba:)

    ReplyDelete
  2. sue barang dah sampai..alahai internet kita line tak elok kalau dak semalam dah nak kasi tau...terima kasih ye...tak sempat nak buat entry pasal hadiah tu sebab line punya pasal...apa pun tak update kat blog..hehhehe..terima kasih byk2....:)

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]