Friday, August 17, 2012

Minal Aidil Wal Faidzin

 
 
Pastinya saat ini masing2 sudah sibuk membuat persiapan akhir menjelang hari raya yang InsyaAllah akan menjelma tidak lama lagi. Cheq sue  sendiri pun sudah selamat sampai ke kampung petang hari Rabu, 15 Ogos lalu.  Kawan-kawan yang baru nak memulakan perjalanan tu diharapkan dapat berhati-hati. Jadilah pemandu yang berhemah. Sepanjang jalan balik Gua-Musang ke Pasir Puteh, memang banyak sungguh PDRM, JPJ dan traffik yang membuat pemantauan. Jadi beringatlah kalau tak mahu kena saman.
 
Bila dah dekat raya ni, memang banyak yang perlu dibuat Oleh yang demikian aktiviti berblog ni bercuti seketika. Segala gambar2 yang masih belum diupload tu akan diletakkan kemudian. Cheq sue dah tengok tadi ada banyak e-kad raya kawan2 yang cantik2 tu. InsyaAllah lepas raya ni baru cheq sue nak ambil ya, sebagai kenang-kenangan. Dan kalau sudi silalah ambil e-kad dari cheq sue yang tak seberapa ni ya!

 
Kepada semua teman blogger, cheq sue memohon maaf seandainya ada terkasar komen atau terlebih kata di dalam n3, mana yang kurang tu datangnya dari cheq sue sendiri dan yang lebihnya itu dari Allah jua. Seandainya diizinkan kita akan berjumpa semula selepas hari raya nanti. Semoga Aidilfitri kali ini membuahkan kebahagiaan pada kita semua.

Selamat Hari Raya
Maaf Zahir Batin

Wassalam

Stylish Thankyou

8 comments:

  1. Selamat hari raya Cheq Sue... maaf zahir batin, andai ada yang menyinggung selama persahabatan maya kita.

    ReplyDelete
  2. selamat hari raya cheq sue..maaf zahir dan batin :)happy eid mubarak..

    ReplyDelete
  3. salam eidulfitri che sue...taqabbalallahu minna wa minkum

    ReplyDelete
  4. SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN :D

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum CheqSu
    Salam Aidilfitri, maaf zahir batin

    ReplyDelete
  6. Salam Kak Cheq Su, Selamat Hari Raya.. maaf zahir dan batin..

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]