Mengapa? Mengapa? Hati ini terus tertanya-tanya sendiri…
“Dayang, En.Hazami nak jumpa you selepas waktu sekolah nanti. Dia akan tunggu you di biliknya.”
Miss Ling, ketua kerani SMKS memberitahu Dayang Atikah ketika
dia masuk ke pejabat untuk mendapatkan tandatangan pengetua.
“Kenapa
Miss Ling?”
“Entah.
Tadi sebelum dia ke Pontian dia pesan pada I
untuk bagitahu you.”
Dayang
Atikah hanya mengangguk. Dia ke bilik guru. Kenapa pula Hazami mahu
berjumpanya? Kalau tidak ada yang mustahak, Penolong
Kanan Pentadbiran itu takkan senang-senang mahu berjumpa dengan sesiapa.
Seingatnya,
sewaktu di tingkatan lima dahulu, Cikgu Hazami
adalah guru Fiziknya. Dia adalah antara guru lelaki yang terhensem di sekolah
itu. Dan kerana minat dengan Cikgu Hazami, Dayang Atikah dan Karmilla turut
meminati mata pelajaran Fizik dan akhirnya lulus cemerlang dengan pangkat A1
dalam peperiksaan SPM. Dan kini dia berjumpa kembali dengan Cikgu Hazami. Bukan
lagi sebagai pelajar, tetapi lebih sebagai rakan sejawatan yang saling membantu
di antara satu sama lain. Memikirkan itu semua, dia tersenyum sendiri. Itulah
yang di namakan kuasa Tuhan. Siapa sangka…
Dayang
Atikah menyiapkan kerjanya di bilik guru. Tugasnya sebagai ketua panitia Bahasa
Melayu memerlukan dia membuat itu dan ini kerana wakil daripada Jabatan
Pendidikan Johor akan datang membuat pemantauan.
“Dayang,
jadi tak ke Batu Pahat petang ni?” Kak Rokiah
bertanya. Mereka telah berjanji untuk ke Summit Parade petang nanti. Saja
berjalan-jalan sambil cuci mata.
“Maaflah
Kak Roki. Saya rasa tak dapat ikut sebab En Hazami nak jumpa saya.”
“Kenapa?”
“Saya
pun tak tahu. Miss Ling yang menyampaikan pesanannya.”
“Akak
rasa Hazami tu sukakan kau. Kalau tak takkan dia nak jumpa kau in person.”
“Ish
Kak Roki ni. Ke situ pulak dia. Tentulah dia ada urusan yang hendak di
bincangkan dengan saya.”
“Akak
harap macam tulah. Kalau macam tu akak pergi dengan Jasmi
sajalah.”
Kedengaran
loceng berbunyi menandakan masa ke lapan sudah tamat. Dayang Atikah mencapai
naskah guru untuk mata pelajaran Sejarah dan menuju ke 4
Delima. Itulah masa terakhirnya hari ini setelah sebelah paginya
berterusan selama lima masa.
“Faizul,
bawakan buku latihan ni ke meja saya. Ingat, minggu hadapan kita akan menjalani
peperiksaan bulanan dan saya harap kamu semua sudah bersedia. Sesiapa yang
tidak lulus akan di rotan.”
Pelajarnya
bising mendengarkan kenyataan yang dikeluarkannya. Itulah reaksi mereka bila
menerima ugutan. Memang dia tidak mahu memberi muka kepada pelajar berkenaan
kerana itulah hukuman yang paling setimpal dirasakannya. Beberapa ketika
kemudian, loceng berbunyi lagi menandakan waktunya sudah habis dan tiba masa
untuk pulang. Pelajar mengucapkan terima kasih kepadanya dan masing-masing
meluru keluar. Dayang Atikah mengelengkan kepala. Teringat zaman remajanya
dulu.
Dia
melihat jam di pergelangan tangannya. Hampir dua petang. Tentu En Hazami telah
balik dan sedang menunggunya. Langkahnya di atur ke bilik guru. Tangannya
mencapai apa yang ingin dibawa balik dan dia turun ke pejabat.
“Dayang,
En Hazami sedang tunggu you!”
“Saya
tahu. Tadi saya ada kelas.”
Dia
menuju pula ke bilik En Hazami yang bersebelahan dengan bilik pengetua.
“Assalamualaikum
En Hazami. Miss Ling kata En Hazami nak jumpa saya. Apa halnya?”
“Sila
duduk Dayang. Sebenarnya bukan ada urusan formal tapi saya nak cakap sesuatu.
Sekarang jangan panggil saya En Hazami. Panggil saya Zami
saja. Waktu sekolah sudah habis.”
Dayang
Atikah hanya tersenyum.
“Ibu saya mahu berjumpa dengan Dayang.”
Dayang
Atikah mengerutkan dahi. Betul ke apa yang sedang di dengarnya?
“Ibu
Zami nak jumpa saya? Kenapa?”
“Saya
ada ceritakan pada dia tentang Dayang semasa Dayang di tingkatan lima dulu. Ya
lah… dulu Dayang student saya tapi
sekarang dah jadi cikgu macam saya juga. Entah macam mana dia mahu berjumpa
dengan Dayang. Kalau boleh saya harap Dayang dapat menunaikan harapan dia
kerana sekarang dia ada di hospital. Sakit migrainnya
kronik. Dia beria-ia mahu jumpa Dayang.”
Dayang
Atikah ternyata keliru dengan apa yang didengarnya. Dia memandang ke wajah
Hazami.
“Tapi
saya perlu cari masa yang sesuai. Ibu
saya pun perlu tahu perkara ini.”
“Itu
tiada masalah. Saya akan berjumpa dengan ibu Dayang dan meminta izin darinya.
Kalau Dayang tak percaya Dayang boleh bawa ibu Dayang bersama. Saya hantarkan
Dayang balik?”
Dia
sebenarnya serba salah. Mindanya tidak sempat membuat keputusan. Yang dia tahu,
dia telah menganggukkan kepalanya. Apa pula yang akan berlaku selepas ini?
Kehadiranmu memulakan episod baru dalam hidupku…
“Kalsum? Makcik macam pernah dengar nama tu. Adakah
suaminya bernama Hassan?”
Khadijah
memandang tepat ke muka Hazami. Raut wajah itu mengingatkannya kepada
seseorang.
“Ya
makcik. Bapa saya memang bernama Hassan. Macam mana makcik boleh tahu?”
Sah…
memang betul tekaannya.
“Dari
apa yang kamu ceritakan, makcik dapat mengagak. Sebenarnya sudah lama kami
tidak berjumpa. Dulu kami adalah kawan baik semasa menetap bersama-sama di Kem Batu 10.”
“Kalau
macam tu elok sangatlah. Sekurang-kurangnya kalau dia turut berjumpa makcik,
deritanya akan berkurang. Saya juga dapat memberikan hadiah yang berharga
kepadanya. Sudah lama saya tak lihat ibu gembira. Mungkin dengan kedatangan
makcik dan Dayang dapat merawat hatinya.”
Dayang
Atikah mendengar dari balik daun pintu. Dia kehairanan bagaimana ibunya begitu
mudah mesra dengan lelaki berusia 41 tahun itu.
“Kalau
macam tu apa kata Hazami datang hujung minggu ni? Bolehlah makcik dan Dayang ke
sana. Makcik pun tak sabar nak jumpa dia.”
“Saya
mengikut aje makcik. Ibu saya tu memang dah lama menyebut-nyebut nama Dayang
Atikah sejak saya ceritakan kisah dulu-dulu pada dia. Tak tahulah mengapa.”
“Makcik
faham… Ada kalanya kita keliru dengan apa yang terjadi. Ianya di luar kesedaran
kita.”
“Kalau
macam tu saya balik dulu makcik.”
“Iyalah.
Bawa kereta baik-baik ya. Dayang, Hazami dah nak balik ni.”
Dia
bergegas keluar. Masih berpakaian dari sekolah tadi.
“Terima
kasih Zami. InsyaAllah hujung minggu ni Dayang bawa ibu ke sana.”
“Tak
apa. Nanti saya datang jemput. Susah juga Dayang nak ke hospital jika
menggunakan teksi. Saya yang mengajak, tak manis pula membiarkan Dayang ke sana
sendirian. Saya balik dulu. Assalamualaikum.”
Kedua
beranak itu memandang dari jauh kepulangan Hazami. Dayang memandang ibunya.
Manakala ibunya pula merenung mukanya. Ada sesuatu yang lain dalam pandangannya
itu…
Engkau di depan mataku, terlihatlah gembira di antara kita…
“Ika,
ibu rasa senang hati melihat Ika gembira begini. Tak perlu ibu risau, tak macam Ika di Selangor dulu. Tak tenang
hati ibu memikirkan apa yang sedang Ika lalui sendirian.”
Khadijah
membuka bicara ketika dia dan Dayang Atikah sedang menyiapkan makan malam.
“Ibu,
Ika kan dah besar. Tahulah Ika jaga diri dan nama baik keluarga. Ibu janganlah
risau. Sekarang Ika dah kembali ke sisi ibu, puas hati?”
Khadijah
memeluk anaknya. Sesungguhnya saat-saat beginilah yang sering dinantikannya.
Satu ciuman dihadiahkan di pipi Dayang Atikah.
“Bagaimana
hubungan Ika dengan Amjad? Dah lama ibu tak dengar apa-apa cerita daripadanya.
Macam mana pak ngah dan mak ngahnya?”
Dayang
Atikah melepaskan satu keluhan panjang. Dia membalas pertanyaan ibunya.
“Sebenarnya
ibu, banyak yang telah berlaku antara Ika dan Amjad. Sukar untuk Ika terangkan
pada ibu. Jadi, Ika tak mahu mengungkit kembali kisah lama. Sekarang ni kita
cerita tentang hal di Batu Pahat pula.”
Ternyata
ibu memahaminya. Dia tidak lagi menimbulkan persoalan yang tak terjawab olehnya
itu. Dia tahu ada sesuatu yang terjadi di antara mereka. Namun demi menghormati
perasaan anaknya, dia membuat keputusan untuk mendiamkan diri saja. Bila tiba
masanya anak itu sendiri yang akan mencari dirinya untuk meluahkan segala. Dia
sangat faham akan perangai anak bongsunya yang satu itu.
“Macam
mana pula dengan Hazami? Ika setuju nak berjumpa dengan ibunya hujung minggu
ni?”
“Ika
mengikut ibu. Kalau ibu pergi Ika akan ikut.”
“Sebenarnya
ibu dah lama tak berjumpa dengan ibu Hazami. Sejak kita berpindah, sejak itulah
ibu terpisah hubungan dengannya. Kalau boleh ibu memang teringin nak berjumpa
dengan dia. Hubungan kami sudah seperti adik-beradik.”
“Kalau
macam tu nanti Ika bagitahu Zami agar ambil kita kat sini. Dia pun dah janji
nak bawa Ika dan ibu berjumpa ibunya.”
“Baiknya
Hazami tu. Sekarang ni susah nak cari lelaki sepertinya. Maklumlah anak-anak
zaman sekarang…”
“Ibu,
tak kira sesiapapun mestilah sayangkan ibu mereka. Ika pun sayangkan ibu dan
sanggup buat apa saja untuk kebahagiaan ibu.”
“Ibu
tahu. Dah lah, bawa makanan ni ke depan. Sekejap lagi Kak Sari balik, boleh
kita makan bersama.”
Emmmm...bestnya baca..best citernyaaa.
ReplyDelete