Tuesday, August 7, 2012

Biskut Peanut Butter

 
Setiap kali tibanya musim raya, memang mek dah warning siap-siap supaya tak buat banyak sangat biskut raya. Kita ni sebagai anak tidaklah suka nak membeli aje atau membuat biskut tunjuk-tunjuk, tapi lebih suka membuat sendiri. Disamping dapat buat banyak jenis, tentunya lebih puas hati sambil mencuba resepi terbaru. Dan untuk koleksi biskut raya 2012 ni, cheq sue banyak mencuba resepi biskut yang berlainan dari tahun-tahun sebelumnya. Memang puas hati sungguh.
Biskut peanut butter ni merupakan biskut raya pertama yang dibuat, sebagai pemanas enjin tentunya sehingga satu dulang pertama tu hangit jadinya. Cheq sue memang suka biskut yang ada kacang-kacang ni, bila ternampak di blog Kak Siti Delima tu, terus je cheq sue beli bahan-bahan. Satu adunan tu tak la dapat banyak sangat.

Cuma tak tahulah agaknya ada silap adunan biskut ni agak kurang gebu sikit. Mungkin sebab cheq sue guna mentega kacang yang kasar tu kot. Pastu cheq sue tercanai agak nipis sebab dok ingatkan biskut ni mengembang. Rasanya sedap tapi bagi golongan veteran memang tak digalakkan makan la sebab macam keras aje. Untuk yang muda-mudi ni takde masalah. Cheq sue memang no hal, dah benda kita suka kan.

Biskut ni secara peribadinya kalaupun tidak dibuat pada musim raya, sangat sesuai dibuat untuk kudapan seharian, memang seronok mengunyahnya. Lain kali boleh la buat lagi. TQ Kak Ct yang sudi berkongsi resepi ni. Wassalam...

 
BISKUT PEANUT BUTTER
Sumber : Che CT

Bahan-bahan :
125 gm butter - suhu bilik
1/2 cawan gula kastor
1/2 cawan gula perang
1/2 sudu teh esen vanila
1 biji telur A - pukul sebentar
1/2 cawan mentega kacang
 2 cawan tepung gandum - tambah jika perlu
1 sudu teh baking soda
1/2 sudu teh garam halus
1 biji kuning telur - sapu atas biskut

Hiasan :
kacang bergaram - secukupnya

Cara-cara :
1. Panaskan oven suhu 180 C. Guna api bawah sahaja
2. Putar butter, gula kastor, gula perang dan esen vanila hingga berkrim.
3. Tambahkan telur dan pukul lagi. Masukkan mentega kacang putar rata.
4. Masukkan tepung, baking soda dan garam yang diayak kedalam adunan butter tadi. Gaul sebati hingga jadi doh yang lembut.
5. Ambil doh dan bentukkan ikut pilihan. Susun dalam loyang yang dialas kertas minyak dan jarakkan antara satu 1 1/2 inci.
6. Sapu kuning telur atasnya dan letak sebelah saja kacang bergaram. Sapu lagi kuning telur diatasnya. Buat hingga habis.
7. Bakar selama 12-15 minit hingga perang kemasan. Ikut oven masing-masing. Sejukan 2 minit atas loyang dan sejukkan sepenuhnya atas rak dawai. Simpan dalam bekas kedap udara.

Stylish Thankyou

10 comments:

  1. dulu kat skolah kalo ada jual konfem beli sekut ni :D

    ReplyDelete
  2. Salam Cheqsue...kukis pemanas enjin mmg nampak sedap.

    K.atie pon sama...xbyk buat biskut,tu pon biskut yg anak2 suka jer

    Selbhnya beli kerepek2..kacang2 & asam2.
    Klu diikutkn suami akak xbagi buat kukis ni...suh beli jer:D

    Tp yalah nk gak kukis dr airtgn kita kan...

    ReplyDelete
  3. Hehe cheq sue dah start mngukis eks..ct dah wat 4jenis..igt klo rajin nk wat lagi 1,tapi xtau ler bila,cam mls lak..yerla wat sendri lagi puas hati dari yg beli kan,jimat pon jimat.

    ReplyDelete
  4. erkk keras kerrr..mokwo baru nak try sekuk nih...mokwo suka sekuk yg tak yah kunyah pakai main kemam jek dah ilang...tak pa nanti kita modifai!:))

    ReplyDelete
  5. Cikgu....sedapnya nampak biskut tu....hehehe.....mood nak mengkukies sudah mari....saya pun baru start je projek kukies hari ahad...buat yg mana reti je....hehehe......

    ReplyDelete
  6. uiii dah start buat biskut dah....sedapnya suka biskut ada kacang..senang le resepi ni pakai peanut butter je..takyah susah payah nak goreng kacang...hehhehe

    ReplyDelete
  7. Salam Cheqsue... meriahnye mood buat kuih raya sekarang kat mia... saya tak teraa nk buat kuih raya... hmmmm... gini le raya di perantauan... kalau buat nnt setakat utk kudap2an anak2 je ;)

    ReplyDelete
  8. salam chqsue..tu baru pemanas enjin..he ehe lps nie lg hebat2 la kukisnya..akk x pernah try lagi wt kukis nie..keep resepi dulu..nnt boleh dicuba jgk nie:)

    ReplyDelete
  9. salam Cheq Sue, buat kuih raya ni ade kesronokan trsndiri, lg2 yg punya ank ramai. walaupun mungkin biskut kuih tunjuk dh bersusun, tp x sama ngn kesronokn mmbuat sndiri. suasana huru hara hiruk pikuk tu memang akn jd kenangn terindah buat smua org...

    ReplyDelete
  10. salam cheqsue,klu biskut makmur nak cari mana yer

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]