Thursday, August 9, 2012

Coco Fingers Cookies

 
 
Biskut ketiga. Cair di mulut dan tersangatlah peroi. Memang sesuai sangatlah bagi sesiapa yang sukakan biskut tanpa tekanan untuk mengunyahnya. Rasanya pun agak klasik dengan ciri tradisional, agak sama juga dengan kuih bangkit. Resepi ni masih juga dengan koleksi biskut dari blog Citarasawan. Biskut ni adalah yang pertama kali cheq sue gunakan loyang dan cutter. Aduhhhh, memang berair mulut nak memasang benda cutter tu ya? Nampak macam senang aje tapi jenuh jugak baru menjadi.
 
 
Istimewanya biskut ni sebab ianya menggunakan tepung beras dan kelapa kering. Pastu ada pulak dimasukkan santan (walaupun cheq sue tak masukkan sebab x ada), dan ianya masih tak mengubah rasa biskut ni. Satu adunan tu tak berapa banyak jugak, kalau kata buat nak dibahagi-bahagikan kenalah gandakan bahan-bahannya. Bila pk biskut yang cair di mulut ni mulalah nak ingatkan Mokwo yang sangat sukakan biskut pesen ni.
 
  Untuk hiasannya pula, cheq sue cuma letakkan coklat cip dan di lorek dengan coklat hitam. Cuma yelah, dalam bulan puasa ni tak dapat nak rasa lebih-lebih, bila lepas berbuka tu takde nak hadap biskutnya, tambah-tambah pula dok berbuka kat rumah kawan. Harap-harapnya biskut ni laku la raya nanti. Kawan-kawan boleh la cuba ya. Wassalam...
 
COCO FINGERS COOKIES
Resepi : Citarasawan

Bahan-bahan
230gm mentega
200gm tepung ubi
100gm tepung jagung
100gm tepung gandum
80gm gula ising
1 biji kuning telur
1/2 tsp esen vanila
50gm kelapa kering - di kisar halus
4 Tbsp santan KARA

Hiasan :  Coklat masakan hitam dan putih - dicairkan

Cara-cara
1. Pukul mentega, gula dan esen vanila, masukkan telur dan pukul hingga kembang.
2.  Masukkan tepung jagung, tepung ubi, tepung gandum dan kelapa kering di ikuti dengan santan, gaul hingga sebati dan uli hingga menjadi doh yang lembut.
3.  Gunakan nozzle bergerigi dan paip di atas dulang yang di leser dengan majerin/shortening.  Boleh juga di terap dengan acuan yang di sukai.
4.  Panaskan oven, bakar pada suhu 140C selama 25 - 30 minit.
5.  Sejukkan dan paip coklat hitam dan putih untuk hiasan.

*** Jika adunan menjadi keras, tambahkan sedikit mentega dan uli semula.
*** Biskut ini mesti di terap dengan segera  kerana dohnya mudah mengeras selepas sejam atau lebih.  Terap lebih tebal kerana teksturnya agak lembut.

Stylish Thankyou

4 comments:

  1. salam Cheq Sue, akk memang sukee beskot2 yg cair di mulut.. kemam je x pyh kunyah. mklumlah dh meniti senja.. gigi mudah letih jika asyek diguna mengunyah sje..hee..

    ReplyDelete
  2. igtkan biskut coklat td sbb COCO kan..tp tengok biskut nih nampak sedap lak..nampak mcm lembut jer..gebu2 gitu nampaknya..

    ReplyDelete
  3. Rajin Cheq Sue buat kuki...kalau dekat leh mieza order sebalang :)

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]