Wednesday, August 8, 2012

Biskut Strawberi Cornflakes

 
Biskut raya yang kedua. Sumbernya masih dari blog Kak Wan. Dah kata tahun ni nak buat biskut yang belum dicuba, jadi inilah hasilnya. Cheq sue buat dua adunan, terap guna acuan tat, tu yang jadi besar. Lagipun bila dah besar tu cepat la sikit siapnya. ^-^ Kan? Biskut ni sebenarnya menggunakan lemon, dan namanya pun biskut lemon cornflakes, tapi xde la pulak lemon kat rumah tu. So cheq sue ganti dengan paste strawberi, tu yang kena tukar nama tu. Mintak ampun ye kak...
Bila digandingkan biskut tu dengan aising kat atasnya (cheq sue buat aising vanila) memang melengkapkan rasanya. Biskutnya tu tak berapa manis sangat, agak gebu jugak. Sesuai gittew. Kalau siapa yang belum ada idea nak buat biskut tu boleh la cuba yang ini pulak. Wassalam...
* Nape tetiba speechless lak rasanya pagi ni? Hurmmm...
 

BISKUT STRAWBERI CORNFLAKES
Resepi : Citarasawan

Bahan-bahan
160gm mentega
125gm gula icing
180gm tepung gandum
120gm tepung beras
30gm cornflakes di kisar halus
1 biji telur
1 sudu besar parutan kulit lemon
1 sudu teh lemon emulco / esen lemon

Hiasan : Aising Lemon
1 biji putih telur
100gm gula icing
1 sudu besar tepung jagung
1/8 sudu teh jus lemon / esen lemon
pewarna yang disukai

Cara-cara :
1. Pukul mentega dan gula hingga berkrim. Masukkan telur dan lemon emulco, pukul hingga sebati.
2. Satukan tepung yang telah diayak bersama parutan kulit lemon dan cornflakes kisar. Masukkan ke dalam adunan mentega dan uli menjadi doh.
3. Canai dan terap, susun di dalam dulang pembakar yang telah digris dan bakar selama 25-30 minit pada suhu 150C.
4. Sejukkan dahulu sebelum di hias dengan icing.
5. Aising Lemon : Satukan bahan aising, pukul dengan kelajuan tinggi hingga pekat. Paipkan ke atas biskut hingga habis kemudian bakar semula selama 10 minit untuk mengeringkan aising.

Stylish Thankyou

5 comments:

  1. Salam kak! byk betul resepi dr kak wan, sume sedap2 belaka sampai tak tahu nk buat yg mana ehehe.. tgk sekut yg ni pun sedap! eeeee...byk betul list test2 kita nii :D

    ReplyDelete
  2. cornflakes madu rijek.. biskut cornflakes asben pertimbangkan... hehe.. so boleh cuba resipi ni... kena ikut taste dia sebab dia susah suka kat biskut raya

    ReplyDelete
  3. wahhh chq sue, dah start buat sekut raya ye, meh antar sini sebalang...hihihii

    ReplyDelete
  4. Buat kukis banyak banyak ye.... nanti kita datang raya sambil makan kukis tu.

    ReplyDelete
  5. cantiknyee.. biskut ni.. rase dia tntu rangup sbb bubuh cornflakes kn..

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]