Thursday, March 7, 2013

Jus Cintaku

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Jus cinta? Amboi.... tengok tajuknya pun dah ala-ala gitu. Betullah, jus cinta. Cheq sue pun tak pasti apa sebenarnya jus cinta ni. Selalu jugak minum dekat kedai, harga dalam RM2.50 gitu, tapi warnanya bukan la macam ni. Rasanya masam2 manis. Memang suka sangat la minuman yang sebegitu.

Jadi, mengambil inisiatif sendiri, cheq sue cuba la buat. Jus ni ada limau kasturi dan asam, cuma kalau yang dekat kedai tu warnanya macam keperangan sedikit, tak tahulah asam apa yang digunakan. Jadi, cheq sue beli je sembarangan asam untuk buat jus ni. Kira2 oter sendiri ajelah.


Uniknya jus ni walaupun dihidangkan sejuk, ianya perlu direbus (dididihkan) terlebih dahulu. Rasanya tak boleh nak describe. Cheq sue guna dua jenis asam, iaitu asam kulit limau dan asam apa entah, ada gambarnya kat bawah ni. Gabungan asam dengan limau kasturi ada rasa-pahit-pahit, masam manis gitu.


Kalau sesiapa yang gemarkan jus masam, cheq sue sarankan untuk mencuba jus ni. Memang syok sangat diminum dingin. Rugi tau kalau tak rasa. Resepinya ada cheq sue sertakan di bawah ni. Kalau nak ubah ikut kesesuaian pun boleh. Daaaa......

~ Wassalam ~

Update : Sepatutnya autopublish tengah hari tadi...tapi tersilap le pulop...so publish semula...
 
JUS CINTAKU
Resepi : Cheq Sue

Bahan-bahannya :
1L air
8 biji limau kasturi (potong sedikit di bahagian atas)
8 biji asam boi
2 sb asam kulit limau
3 sb gula (boleh kurang / lebih)

Cara-caranya :
Rebus air hingga mendidih
Kemudian tambahkan gula, limau kasturi, asam boi dan asam kulit limau
Masak sehingga asam dan limau kasturi agak layu
Bolehlah dihidangkan bersama ais ketul

5 comments:

  1. adda suker jgk minum jus masam2 cmni..best..nanti nk cuba buat jgk la.,..

    ReplyDelete
  2. oooo... macam minuman kicai ni Cheq Sue ye... tapi ada tambahan asam kulit limau, suka sukaaa... panas atau sejuk dua2 suka!

    ReplyDelete
  3. kecur sudah bila tgk pic Sue ni..unik sekali namanya..

    ReplyDelete
  4. Wah...lain banget nama jus ni...hihihi..

    ReplyDelete
  5. telan air liur tgk jus sejuk nih..nnt nk cuba lah..teringin jgk nk bercinta hihiii

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]