Sunday, March 3, 2013

Lagi Tool Bundle

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Gajet lama, tapi baru beli. Alkisahnya terjumpa di jualan lelong. Memula dok angkat letak aje, tapi ada pulak sorang kakak ni nampak macam minat aje nak beli. Last2 cheq sue cecepat ambik. Pastu dia tanya, dah tak ada ke? Haaaaa nasib baik cepat ambik.

Ramekin berbunga ni saiznya 10 cm. Masih elok lagi walaupun dah jatuh taraf bundle. Bukan kata suka sangat nak beli barang terpakai yang murah ni, tapi bila dah terjumpa dan terberkenan, memang ralat la kalau tak beli. Tiga bijik ni RM10, mahal ke tak? Yang beli dulu pun jarang2 je guna, tambah lagi yang ni, memang betullah kan nafsu wanita ni...tau hendak aje

Sebenarnya bila beli barang bundle ni, aspek kebersihan tu memang kita kena ambil berat lah. Macam cheq sue sendiri, selain dibasuh dengan sabun, peralatan ni akan disteril dulu dengan air mendidih. Tak adalah was-was nak gunanya. Dah terbayang2 ni chicken pot pie... Macam nak buat aje guna ramekin ni. InsyaAllah one day kita cuba okeh...

~ Wassalam ~

1 comment:

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]