Monday, September 3, 2012

Samperit Dwiwarna Onni Q

 
 
Hujung minggu semalam blogger ada masalah ye? Kemain la semangat nak mengupdate tapi nak log in pun tak leh. Bila dapat nak upload pics pun tak dapat. Geram sungguh,. Terus rasa down nak berblog. Ni cheq sue nak habiskan saki baki biskut raya lepas. Punyalah dok menunggu giliran...
 
Cheq sue ni sebenarnya tak la suka sangat kuih samperit. Tiap kali kalau buat mesti penyek. Alhamdulillah kali ni dia tak runtuh cuma agak berderai adunannya. Tapi biskut ni la yang paling cepat habis. Heran jugak rupa-rupanya bebudak suka biskut ni. Lepas ni boleh la buat dua adunan sebab satu adunan ni macam tak banyak je dapat.

Mula-mula nak buat kaler merah dengan hijau tapi hupenye dah habis la pewarna. Jadi hantam sajalah apa yang ada. Tu yang tak menyerlah sangat rupanya. TQ pada Q dan juga Rabis atas perkongsian resepi ni, juga sumber2 dari FB tu. InsyaAllah next time boleh cuba lagi untuk menambahkan koleksi resepi samperit. Wassalam...

 
BISKUT SAMPERIT
Resepi asal: Fb Nazian Nazir dan kak Busu Shamsiah
Sumber :Rabia Azhar
Copy : quinnie

Bahan2
1 buku buttercup 
3/4 @ 1 cawan gula halus boleh juga gula aising
1 bji telur kuning,
1 sudu teh esen vanila.
1 cawan tepung ubi,*
2 cawan tepung kastad,*
2 cwan tpg gandum *( ayak semua tepung*)
ceri utk hiasan
sedikit pewarna hijau dan merah

Cara2
1. mula2 pukul gula dan planta hingga kembang...kemudian masukkan telor kuning dan esen vanila...pukul sekejap je..janji sebati.....
2. kemudian masukkan tepung2 yg telah diayak....gaul sebati guna tangan...buat hingga menjadi doh. doh tak terlalu lembik dan tak keras...pandai2 la agakye....kalau doh lembik tambah tepung gandum lagi...kalau doh berderai..tambah lagi planta...kemudian bahagi 2 doh dan letak satu pewarna hijau dan satu pewarna merah. uli hingga warna rata. rehatkan doh dlm 15 minit kemudian baru leh terap.
3. panaskan oven suhu150c...kemudian terapkan doh atas dulang..saya guna non-stick nya dulang..so tak yah sapu planta kat dulang tu...tapi kalau guna dulang biasa..sapu rata planta atas dulang.
4. paip doh guna acu samperit....yg bhgn bawah tu saya guna acu samperit....yg atas tu guna nozle tuk buat icing so saiz dia kecik skit la yg kat atas tu....ikutla nak letak warna mana yg kat atas dan mana yg bawah....nak buat sebelah merah sebelah hijau cam rabia buat pun cantik jugak.
5. dah siap paip penuh dulang....letakkan ceri kat atas dia....kemudian bakar...biar oven tu panas 20m dulu then baru leh bakar....saya bakar lebih kurang 15-20 minit....biskut ni sedap kalau bahagian bawah dia tak hangus sgt...pandai2 la adjust ikut oven masing..:)

(nota: biskut lebih rangup kalau guna planta atau margerin dari guna butter...tapi kalau suka butter apa salahnya kan..ikut selera....masa saya buat ni..stok tepung kastard saya hanya ada 1/2 cawan jek..jadiknya saya tambahkan lagi 1 1/2 cawan tu guna tepung jagung...dia kalau guna tepung kastard sepenuhnya lagi wangi la biskut nih sebab bau tepung kastard tu...tapi kalau nak ganti dgn tepung jagung pun boleh..sama je sedapnya...)

Stylish Thankyou

6 comments:

  1. Rajin betul buat kuih raya. Ada lagi ke? Kita nak datang beraya ni...

    ReplyDelete
  2. makin best plk tgk semperit warna-warni ni..ramai betul dok tayang semperit warna warni ni..

    ReplyDelete
  3. salam,

    cantik dah tu kaler dia. sweet ja...

    ReplyDelete
  4. salam kenal. tak pernah try lagi buat semperit dwi warna ni, cantik lak nampaknya.

    ReplyDelete
  5. oo buat yg guna tepung kastard ni ye...hehehe..memang elok resepi ni..kita pun suka..:)

    ReplyDelete
  6. Salam lebaran cheq Sue.
    Tahun lepas sis ada buat bentuk bunga dahlia ni...mmg budak2 suka sgt.

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]