Wednesday, October 30, 2013

Asam Pedas Daging Tulang

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Bila lepas raya Qurban, memang banyaklah n3 yang berkaitan dengan daging. Macam2 resepi dikongsikan. Saya pun tak terkecuali. Kalau nak harapkan saya beli daging atau tulang memang jarang2 sebab lambat nak habis. Kebetulan baru2 ni saya ada ambil bahagian jadi saya bawaklah seketul daging dan 3 ketul tulang berisi ke CH. My Mek tu berulang kali dok suruh saya bawa balik, jadi nak tak nak kenalah ambil. Dah ada stok daging tu lepaslah lauk saya seminggu dua. Ha ha ha...


Jadi bila dah ada daging saya carilah resepi di internet untuk mencuba sesuatu yang lain sikit. Biasanya goreng garam kunyit atau buat sup. Tak pun singgang merah tapi kali ni tertarik pulak dengan resepi asam pedas seperti yang dibuat oleh Kak Ita. Kenapa daging tulang? Alkisahnya semua bahan yang saya bawa tu saya rebus menggunakan periuk tekanan. Bila dah guna PC tu tahu2 sajalah, habis lerai tulang dengan daging. Sengaja saya pilih tulang yang ada banyak daging. Seketul tu bila dipotong kecil dapatlah dua kali makan. Cuma macam biasalah, saya ejas sikit bahan-bahannya mengikut kuantiti daging yang saya ada.

Sesekali buat asam pedas daging memang sedap. Layan jugak dimakan dengan nasi panas. Kalau nak cicah roti pun boleh jugak ni. Separuh saya makan di rumah dan selebihnya saya bawa bekal ke sekolah. Nak cerita bila bawa bekal benda berkuah ni memang mudah sejuk sikit. Walaupun guna termos tapi tak tahan panas. Jadi saya bungkus dalam plastik dan rendam sekejap dalam air panas. Mujur jugak dalam bilik saya tu ada kettle.

Tapi yang silap haribulannya dengan resepi ni, bila saya terbubuh lebih asam jawa. Saya gunakan paste asam jawa, jadi agaknya terbanyak dah jadi termasam pulak. Jenuh jugak nak balancekan dengan gula dan garam. Notenya lain kali agak-agak sikit bila guna jenis paste ni.

Kepada Kak Ita dan Kak Lieza, terima kasih banyak-banyak dengan perkongsian resepi ni. Saya copy semula untuk rujukan akan datang.


ASAM PEDAS DAGING
by : Chef Hanieliza

Sumber : Kak Ita (Masam Manis)

500 gm daging - dipotong kecil (ita guna batang pinang)
7 helai daun limau purut
1 pokok daun ketumbar
2 biji tomato - dipotong baji
1 kuntum bunga kantan - ita tambah  saya gantikan dengan daun kesum
2 cwn air
1 cwn air asam jawa
3 sudu makan minyak masak
garam secukup rasa
1 kiub daging - ita tambah

Bahan Kisar

10 tangkai cili kering
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 1/2 inc lengkuas
1 1/2 inc halia
3 btg serai
3 biji buah keras
1 inc belacan
4 helai daun limau perut - ita tambah
1 pokok daun ketumbar - ita tambah


Ita kisar sekali daun limau perut dan daun ketumbar bersama2 bahan kisar dan tinggalkan 3 helai daun limau perut untuk disiat2 dalam lauk.
Sekiranyer tidak menggunakan daging batang pinang, seeloknyer daging itu di rebus terlebih dahulu. Dan 2 cwn air tu gantikan dgn 2 cwn air rebusan daging.
Panaskan minyak, tumis bahan yg dikisar hingga garing dan naik bau.
masukkan daging dan biarkan sehingga pecah minyak semula.
Masukkan air asam jawa, ita masukkan sekali kiub daging dan biarkan seketika sehingga daging masak dan empuk.
Kemudian masukkan daun limau perut, tomato dan bunga kantan. Biarkan reheh sehingga pekat dan pecah minyak.
Angkat dan hidangkan dgn taburan daun ketumbar.

5 comments:

  1. tgk pun dah tau sedap, cicah pulak dgn roti, perghhhh...

    ReplyDelete
  2. menariknya..mesti best rasa asam pedas daging ni kan..

    ReplyDelete
  3. Lama tak masak asam pedas daging ni.. nak cubs resepi ni pulak.. nmpk sedap ;)

    ReplyDelete
  4. Tak pernah lagi try asam pedas daging. mcm menarik lah :)

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]