Thursday, October 31, 2013

Red Velvet White Choc Chips Cookies

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Saya sebenarnya plan nak buat cookies ni semasa Aidilfitri lalu. Tapi memandangkan biskut yang dibuat dah ada dalam 10 jenis saya kiv dulu. Lepas pada tu, dari sehari ke sehari nampaknya asyik kiv je memanjang. Sampaikan white choc chip yang sayang beli tu dah hampir nak cair sebab dibiar lama sangat. Jadi pada satu hujung minggu yang saya pun dah lupa bila, saya godeklah satu adunan resepi ni.


Nak membuat biskut ni tak la sesusah mana. Cuma nak memulakannya tu yang tak berapa rajin. Bila dah buat, dah bakar, sekejap sahaja boleh habis. Kira-kira biskut ni sepupu sepapat famos amous la jugak. Dengan kandungan kekacang di dalamnya memang layan habis sampai tak sedar dah habis berkeping-keping. Untuk resepi ni saya hanya masukkan kepingan badam sahaja.

Rasa? Tak perlu saya nak teranglan lagi. Memang sedap. Tambah2 jika dihasilkan sendiri. Bukan kata nak memuji, tetapi masakan apapun jika kita yang buat sendiri memang tak ada yang kita nak komplen kan? Begitu juga kata kawan saya, sedap katanya. Cuma agak pelik jugaklah, yang saya buat ni agaknya terlebih tepung sebab bebola biskutnya tak meleper, terpaksalah saya penyekkan sedikit dengan garfu.

Jadi saya copy dan alih bahasa semula resepi yang dikongsikan untuk rujukan akan datang.


RED VELVET COOKIES CHOCOLATE CHIP
Sumber Resipi : Sajian Istimewa Shahriah Abdullah ( halaman 140)
Sumber : Phong Hong Bakes

Bahan-bahan : 
200g mentega
100g gula perang  
50g gula kastor tak masukkan
1 biji telur
1 sudu teh esen vanila
250g tepung
1 sudu besar susu tepung
20g serbuk koko
Garam secukup rasa
200g cip coklat saya guna white choc chips
200g almond flakes  
100g kismis  tak masukkan
1 sudu teh pewarna makanan merah
Saya tambah 1 sk perisa buttermilk

Cara membuatnya :
1. Ayak tepung , susu tepung dan serbuk koko. Gaul rata dan ketepikan.
2. Pukul mentega dan gula sehingga ringan dan gebu.
3. Tambah pewarna merah, cip coklat , kismis dan badam. Campur sekata.
4. Tambah bahan-bahan yang diayak dan kacau sehingga campuran membentuk doh.
5. Sudu adunan ke dulang pembakar yang alas dengan kertas pembakar saya lenser dengan marjerin je
6. Bakar dalam ketuhar yang bersuhu 170C selama 15-20 minit

Wednesday, October 30, 2013

Asam Pedas Daging Tulang

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Bila lepas raya Qurban, memang banyaklah n3 yang berkaitan dengan daging. Macam2 resepi dikongsikan. Saya pun tak terkecuali. Kalau nak harapkan saya beli daging atau tulang memang jarang2 sebab lambat nak habis. Kebetulan baru2 ni saya ada ambil bahagian jadi saya bawaklah seketul daging dan 3 ketul tulang berisi ke CH. My Mek tu berulang kali dok suruh saya bawa balik, jadi nak tak nak kenalah ambil. Dah ada stok daging tu lepaslah lauk saya seminggu dua. Ha ha ha...


Jadi bila dah ada daging saya carilah resepi di internet untuk mencuba sesuatu yang lain sikit. Biasanya goreng garam kunyit atau buat sup. Tak pun singgang merah tapi kali ni tertarik pulak dengan resepi asam pedas seperti yang dibuat oleh Kak Ita. Kenapa daging tulang? Alkisahnya semua bahan yang saya bawa tu saya rebus menggunakan periuk tekanan. Bila dah guna PC tu tahu2 sajalah, habis lerai tulang dengan daging. Sengaja saya pilih tulang yang ada banyak daging. Seketul tu bila dipotong kecil dapatlah dua kali makan. Cuma macam biasalah, saya ejas sikit bahan-bahannya mengikut kuantiti daging yang saya ada.

Sesekali buat asam pedas daging memang sedap. Layan jugak dimakan dengan nasi panas. Kalau nak cicah roti pun boleh jugak ni. Separuh saya makan di rumah dan selebihnya saya bawa bekal ke sekolah. Nak cerita bila bawa bekal benda berkuah ni memang mudah sejuk sikit. Walaupun guna termos tapi tak tahan panas. Jadi saya bungkus dalam plastik dan rendam sekejap dalam air panas. Mujur jugak dalam bilik saya tu ada kettle.

Tapi yang silap haribulannya dengan resepi ni, bila saya terbubuh lebih asam jawa. Saya gunakan paste asam jawa, jadi agaknya terbanyak dah jadi termasam pulak. Jenuh jugak nak balancekan dengan gula dan garam. Notenya lain kali agak-agak sikit bila guna jenis paste ni.

Kepada Kak Ita dan Kak Lieza, terima kasih banyak-banyak dengan perkongsian resepi ni. Saya copy semula untuk rujukan akan datang.


ASAM PEDAS DAGING
by : Chef Hanieliza

Sumber : Kak Ita (Masam Manis)

500 gm daging - dipotong kecil (ita guna batang pinang)
7 helai daun limau purut
1 pokok daun ketumbar
2 biji tomato - dipotong baji
1 kuntum bunga kantan - ita tambah  saya gantikan dengan daun kesum
2 cwn air
1 cwn air asam jawa
3 sudu makan minyak masak
garam secukup rasa
1 kiub daging - ita tambah

Bahan Kisar

10 tangkai cili kering
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 1/2 inc lengkuas
1 1/2 inc halia
3 btg serai
3 biji buah keras
1 inc belacan
4 helai daun limau perut - ita tambah
1 pokok daun ketumbar - ita tambah


Ita kisar sekali daun limau perut dan daun ketumbar bersama2 bahan kisar dan tinggalkan 3 helai daun limau perut untuk disiat2 dalam lauk.
Sekiranyer tidak menggunakan daging batang pinang, seeloknyer daging itu di rebus terlebih dahulu. Dan 2 cwn air tu gantikan dgn 2 cwn air rebusan daging.
Panaskan minyak, tumis bahan yg dikisar hingga garing dan naik bau.
masukkan daging dan biarkan sehingga pecah minyak semula.
Masukkan air asam jawa, ita masukkan sekali kiub daging dan biarkan seketika sehingga daging masak dan empuk.
Kemudian masukkan daun limau perut, tomato dan bunga kantan. Biarkan reheh sehingga pekat dan pecah minyak.
Angkat dan hidangkan dgn taburan daun ketumbar.

Tuesday, October 29, 2013

Daging Merah

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Lagi n3 tertangguh perihal daging korban. Seketul daging yang ada nampaknya dah berjaya saya jadikan daging merah, Rasanya tak ada yang tak suka makan daging merah ni, kalau pekena dengan nasi goreng pun sedap. Kalau gandingkan dengan telur mata jadilah nasi goreng USA, pendek kata bila dah buat ni macam2 boleh jadi. Saya makan dengan nasi biasa je, separuh dinner separuh bawa ke sekolah. Kalau tengok nasi tu, itulah periuknya untuk masak 1 pot. Bila guna claypot ni rasa mudah sikit berbanding periuk biasa. Kalau periuk elektrik alamat bahagian bawahnya pun tak tertutup. ^_^


Sebenarnya daging yang saya dah rebus tu terlalu empuk sampaikan bila hiris dia dah tak berbentuk. Hancur la senang kata. Tapi tak apa, bila dah empuk senang sikit nak makan. Kalau tengok dalam gambar tu, kena kuis dulu baru jumpa dagingnya. Saya masukkan lebih sayur supaya jadi hidangan lengkap. Sayurnya cuma brocoli dengan capsicum aje pun. Kuah pulak saya sengaja lebihkan untuk kasih lembab sikit bila makan dengan nasi. Rasanya resepi ni kalau ditambahkan dengan serai atau daun limau purut lagi sedap, ala-ala Thai gitu. Cuma masa buat ni terlupa nak masukkan cili, jadi tak berapa pedas, macam tak kick la pulakkkk.

Apapun, terima kasih pada As yang sudi berkongsi resepi ni. Saya copy di bawah untuk rujukan akan datang.


DAGING MERAH

Bahan-bahan ( 6 orang )
500 gm daging -rebus & ambil airnya (sekiranya suka berkuah)
2 labu bawang besar- di hiris kasar
5 ulas bawang putih -di tumbuk halus
2 inci halia - di tumbuk halus
4 sdb sos tiram
2 sdb kicap- ikut suka
4 sdb sos tomato
2 sdb cili kisar
Lada bengala/lada besar merah @ hijau -dihiris
Garam secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis
1 sdb perwarna merah- ikut suka nak merah macamana

Cara-cara
Tumis bawang putih dan halia, masukkan lada kering, setelah naik minyak, masukkan sos,sos tiram,kicap dan pewarna merah. Masukkan daging dan garam. Gaul rata.
Tambahkan air rebusan daging tadi jika inginkan sedikit kuah.
Masukkan carrot, lada bengala dan bawang besar.
Sedap di makan dengan sambal belacan. Selamat mencuba...

Monday, October 28, 2013

Kek Lapis Horlick

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Dah lama jugak tak buat kek lapis. Selalunya bila nak buat kena betul-betul rajin, pada tahap maksima. Pernah jugak buat dulu, memang petang sampai ke malam. Itu yang tak buat-buat sampai sekarang. Kawan sekolah saya ada meng'SMS' resepi kek lapis yang dibuat sempena hari ulangtahun anaknya. Dan saya rasa eloklah dicuba sempena dengan Aidiladha baru-baru ini. Biasanya nak menyediakan adunan kek lapis tak la serumit mana. Kandungan telurnya memang agak banyak dan itu biasa. Cuma bila sampai bab melapis itu yang lemah sikit.


Saya sebenarnya hanya membawa balik loyang bulat bersaiz 9". Fikir-fikir memang ambil masa nak siap. Jadi saya suruh adik pi pinjam loyang besar sikit di rumah Chik. Nasib baik ada loyang empat segi yang ngam-ngam dengan oven. Bila di tanya berapa saiz, katanya sekaki. Haishh...penih saya nak fikir berapa ukuran sebenar loyang tersebut.

Bila kita buat kek lapis, masa membakar tu dah semerbak baunya kerana penggunaan horlicks. Saya menyukat menggunakan senduk nasi bagi setiap adunan tetapi nampaknya jadi tak sama jugak, ada yang tebal dan ada yang nipis. Nampaknya pemilihan warna tu adak tak ngam, jadi pucat je gabungan hijau dan kuning.

Apapun, TQ pada Kak Lia yang sudi berkongsikan resepi ini dengan saya, dan insyaAllah kalau ada kelapangan dan kerajinan, saya akan cuba pula di lain kali. Resepinya saya dah salinkan di bawah ini jika ada yang mahu mencuba

KEK LAPIS HORLICKS
Resepi : Puan Noorlia Bt Abdul Hamid

Bahan-bahan :
455g butter
100g gul halus
10 biji telur
200g horlicks
240 tepung gandum
325g susu pekat

Cara membuatnya :
Pukul butter dan gula
Tambah telur satu per satu
Masukkan horlick dan susu
Kemudian masukkan tepung
Bahagi pada 3 warna (hijau, kuning, coklat) - saya hanya guna dua iaitu hijau dan kuning
Bolehlah bakar suhu 180'C berselang seli 5 minit setiap lapisan dan suhu 150'C 30-45 minit bila dah habis semua lapisan

Sunday, October 27, 2013

C@AC 3 : Apam Polkadot





Ø  Dh tido ke Loyah?
o   Blm lg Kak Lin. Knp?
Ø  Akk lupa nk bagitahu tadi. Esok jab nk buat potluck meraikan KJ baru.
o   Wah, dpt bos baru la kita. Sy nk kena buat apa kak?
Ø  Kau buat la apa2. Akak bagitahu ni tak la nak memaksa kau buat, kang kau cakap kami lupakan kau pulak.
o   He he he… akk nak buat apa?
Ø  Entah la, akk buat air aje kot. Dah ada kat pantry
o   Ok la kak, sy buat la apa2 yang patut. Sempat lagi ni kalau nk p cr kt kdi.
Ø  Jgn lupa tau, esk ltk dekat pantry
o   Ok

Bersms dengan Kak Lin, pembantu bahagian kewangan pejabat membantutkan hasrat Aloyah untuk menghabiskan drama Boys Over Flower yang sedang dilihat. Potluck pulak daaah! Dah pukul 9 malam, nak buat apa ya? Dia memang jarang benar tak buat apa-apa kalau ada makan-makan di pejabat. Rasa macam bersalah aje kalau orang bujang sepertinya yang tiada komitmen apa-apa tidak membuat sesuatu. Setelah difikir-fikir dia mengambil keputusan untuk mencuba membuat apam polkadot yang tengah menjadi kegilaan. Syafiza pula tak ada, tidur di perkhemahan sekolah, kalau tak boleh la dia tolong dot-dotkan apam. Nak harapkan Bada tak dapat la, tengah menyanyi-nyanyi kat dalam biliknya tu.
Aloyah bergegas ke dapur. Nasib baiklah susu dan telur memang dah ada dalam peti sejuk. Kalau melihatkan resepi tu memerlukan susu dan telur sejuk untuk membantu menggebukan adunan.  Dulu pernah juga Aloyah mencuba buat apam ni tapi tak menjadi. Kali ni tak tahu la pulak apa kejadiannya. Aduhh..kalau tak jadi macam mana ya? Agak-agak kembang macam dulu jugak tak? Ish, takut Aloyah memikirkannya. Apapun dia tawakkal aje. Kalaupun tak jadi apam polkadot, jadi apam kembang masih juga boleh di makan. ^_^
Adunan yang telah siap dimasukkan ke dalam bekas kecil kuih kaswi yang telah di alaskan dengan paperliner. Alang-alang dah buat tu, Aloyah mengambil keputusan untuk membuat apam dengan corak strawberry. Entah bagaimana tiba-tiba saja dia mendapat idea itu. Mesti cantik. Cameron Highlands. Strawberry. Mmmmm… Selalu sangat apam tu dicorakkan dengan polkadot, atau angrybird, atau bee,biarlah dia cuba yang lain sikit. Padahal dia sedar yang bentuk mana sekalipun dia tidak pernah sukses lagi. -_-
Hampir pukul 11 jugak barulah siap apam strawberry Aloyah. Gabungan warna merah dan hijau, serta dot-dot hitam daripada bijan hitam memang sangat menarik. Itu sebelum dikukus. Dah lepas kukus entah camana pula bentuknya. Oleh sebab apamnya versi strawberry, maka Aloyah meletakkan jem strawberry sebagai inti.
Api kecil? Mmmm rasanya dah kecil dah ni. Bismillah.. Aloyah segera memasukkan bekas apam ke dalam kukusan. Di hatinya memang berdebar bila mengingat akan hasilnya. Ya Allah, harap-harap la apam ni tak mengecewakan. Dah la buat potluck untuk bos baru. Kalau tak jadi malu lah dia sebagai pembantu. Hampir 15 minit di kukus, Aloyah seperti mahu menjerit bila melihat tutup periuk kukusan dibuka. Hmmmm, dah agak dah!
 


Ø  Weh, kecewa! Sedih ni
o   Asal plk?
Ø  Aku buat apam polkadot tp kembang jgk
o   Apam apa mlm2 ni. Org dh nk tdo kau dok mengapam lagi
Ø  Esk ada potluck. Dpt bos baru
o   Pastu cmn?
Ø  Entah. Bwk ajelah ke opis. Penat je aku design s’beri
o   Nk buat cane, xde jodoh kau dgn apam tu lg
Ø  Rasa mcm nk buang aje
o   Eh jgn, tak baik mmbazir. Org afrika tu mati x cukup mkn tau
Ø  Nasib baik kau xde, kalo x mampus aku kena gelak
o   Ha ha ha…kau x tahu aku gelak kat dlm khemah ni
Ø  Sampai hati kau…

‘Apa ke peliknya akak tengok apam kau ni Loyah?’
‘Kak Zetty, jangan dok pelik-pelik la, diam-diam aje. Kalau nak makan ambil satu pi jauh-jauh.’
‘Ha ah la Loyah. Akak nampak pun macam ada gaya strawberry ni. Apam apa ni?’
‘Ish Kak Lin ni…’
‘Apa masalahnya Kak Lin, Kak Zetty? Mus rasa ok aje ni. Sedap apa.’
‘Kau memang sahabat aku Mus. Kak Lin dengan Kak Zetty ni tak sporting betul. Memang la Loyah buat apam, tapi apam tu kembang mambang macam pipi Loyah ni nak buat camana.’
‘Tak kisahlah kembang ke mambang ke Loyah oi, janji boleh Abang Isa makan.’
Itulah sembang kawan-kawan sepejabat semasa makan. Memang Aloyah agak tension dengan kegagalannya sekali lagi, eh bukan, dah berkali-kali dia gagal membuat apam polkadot. Entah di mana silapnya dia tidak tahu. Sebab api besar ke api kecil ke? Atau sebab ovalette? Atau sebab tak cukup whisk? Tak dapat dia nak fikirkan kenapa.
Tapi sekurang-kurangnya dia bangga kerana dalam banyak-banyak juadah di pantry, dia tahu siapa yang buat siapa yang beli. Haaaaaa…. Yang paling dia suka kuih vadei yang dibawa oleh Sanju. Dia memang hantu kuih vadei tetapi membuatnya dia tidak tahu. Takpe, selagu Sanju ada di sana, anytime dia boleh request. Emak Sanju memang pakar membuat kuih muih tradisional India.
Dah hampir habis waktu rehat, kelibat yang dinanti masih belum tiba. Makanan yang tersedia sudah semakin bersisa. Ketua jabatan baru yang datang mengisi kekosongan ditinggalkan Tuan Haji Mahmud bulan lepas nampaknya tidak dapat datang hari ini. Kata Kak Zetty, beliau ada urusan yang tak dapat dielakkan. Nampaknya selamatlah Aloyah dari dimalukan dari bos baru. Alhamdulillah… Setakat kawan-kawan yang perasan akan kegagalannya tu dia tak kisah. Lepas ni dia tobat dah. NO MORE APAM POLKADOT!

Ahmad Fareez bin Haji Fauzi. Harap-harap perangainya lebih kurang dengan Tuan Haji Mahmud yang sangat bertimbang rasa serta terlalu baik dengan anak-anak buahnya. Segala kelemahan ditegur dengan berhemah ibarat bapa memberi panduan kepada anak-anak. Dua tahun berkerja di bawah tunjuk ajar Tuan haji Mahmud memang sangat menyenangkan.
What? 29 tahun? Muda lagi? Aloyah ternganga seketika membaca helaian kertas yang diberikan Kak Zetty. Dia ingatkan yang datang ni dengan songkok hitam. Spek tebal. Pakai bush jaket. Rupa-rupanya mamat yang masih muda belia. Hanya 3 tahun beza dengan umurnya. Tiba-tiba Aloyah kecut perut. Dia tiada pengalaman berkerja dengan bos yang muda-muda ni. Astaghfirullahal’azim…tak baik berburuk sangka. Aloyah mendoakan yang baik-baik sahaja.
Menjadi tugas Aloyah untuk menyiapkan bilik KJ yang baru. Oleh sebab umurnya yang agak muda, sukar juga bagi Aloyah untuk mendekorasi bilik tersebut. Macam mana nak susun meja dan kerusi? Nak letak hiasan apa? Citarasanya dengan Tuan Haji Mahmud tentulah jauh berbeza. Aloyah tidak mengubah banyak. Kerusi dan meja tetamu dibawa berdekatan tingkap manakala meja kerja ditarik ke belakang sedikit. Dia atasnya pula diletakkan jambangan bunga carla lily yang sedang mekar. Di kabinet pula dibiarkan kosong kalau-kalau ada bahan tambahan yang dibawa oleh bos baru ni. Sekilas pandang, Aloyah berpuas hati dengan perubahan kecil yang dilakukan. Bilik itu bebas habuk dan debu, sedia menerima ketua jabatan pentadbiran dan korporat  yang baharu!