Monday, December 31, 2012

Monkey Bread & Menu Panas 2012

 
Entry terakhir untuk tahun ini. Mmmmm, dah berlalu satu tahun lagi, menambahkan angka pada sesuatu yang bakal bertambah. Alhamdulillah, segalanya berlaku seperti yang diinginkan, sudah tentunya dengan izin Yang Esa. Yang masih tidak mampu dicapai, insyaAllah akan diusahakan di tahun hadapan.
 
Cerita monkey bread yang dibuat beberapa hari lalu. Mula-mula plan nak buat CPAB tapi terkonfius pulak tang 'susu' yang digunakan sebab itulah buat roti ni. Alkisahnya nak makan roti manis-manis yang maveless, tu yang buat satu adunan. Yang geramnya bentuk masih kurang menjadi, tak jadik bulat2 macam orang lain buat tu. Masa tengah bakar ni dok sibuk bukak pad pintu kereta, dah terhangit pulak di bahagian atasnya. Guna loyang chiffon kecil, dekat sangat dengan api atas, tu yang terhangit. Tapi apabila makan masa panas-panas tu tak ada kesahnya punnnn...
 
 
Untuk resepinya bolehlah di semak di sini, cheq sue tak ada oter apa2 pun kecuali untuk salutan tu cheq sue guna serbuk badam.
 
  Inilah ghupenye roti yang dikeluarkan sebijik2, dah nampak macam ulas cempedak pulak. Hangit ke, penyek ke, itu tidak penting. Yang pasti resepi ni tetap menjadi pilihan hati.
 
Ok, bersempena dengan hari terakhir 2012 ni, teringin juga cheq sue nak kongsikan entri2 yang menjadi pilihan pembaca sepanjang hampir 2 tahun berblog ni. Kalau ada yang nak tengok apa cerita entri tu bolehlah klik di linknya.. *_*
 
1. Puding Jagung
2. Lamb Chop & The Gang
3. Kacang Dal Goreng Rangup
4. Jadual Campuran Warna
5. Biskut Gajus Rangup
6. Doa Penenang Hati
7. Biskut Cornflakes Crunchy
8. Kek Karamel Resepi II
9. Sizzling Yee Mee
10. Stress Lucky Draw
 
Dan ini pula pilihan pembaca bagi novelog tak seberapa cheq sue. Sesiapa yang belum baca tu, atau ada kelapangan bolehla klik di tabs di bawah header blog.
 
1. Misteri Cinta
2. Kisah Aku & Dia
3. Kasih Zakiah
4. Dan Bunga Pun Berkembang
5. Novelog Tanpa Episod
 
Walaupun entry2 ni tidak la melepasi 4 angka hits tetapi pencapaiannya sungguh membanggakan. Sekurang-kurangnya apa yang dikongsi itu memberi manfaat kepada orang lain. Harapnya semoga di tahun hadapan 2013 ni akan lebih memberi semangat kepada cheq sue untuk terus berkongsi. Terima kasih pada semua yang memberi sokongan dan dorongan kepada cheq sue untuk terus berada di sini. Wassalam..
 
Stylish Thankyou

Friday, December 28, 2012

Biskut Green Peas

 
 
  Kembali dengan entry dari dapur. Projek masa cuti sekolah sebenarnya ni, tak dapat nak dishare masa dok kg dek kerana tertinggal USB kamera. Dah lama nak cuba biskut ni walaupun diluar musim perayaan. Apa salahnya kan, sekadar buat kudapan sesaje sambil tengok tv. Bawa balik kg tak sangka la pula emak den gemar memakannya. Ayahanda pulak ingatlan buah mulur (buah melaka *_*).

Yang kelakar masa buat biskut ni, tengah2 adun tu baru perasa tepung yang dibeli tu tajuknya TEPUNG KACANG HIJAU. Errrr, nak tanya soalan bodoh sikit... tepung kacang hijau tu sama ke tak dengan tepung green peas? Rasa-rasa macam tak sama...tapi dah tersilap beli tu saya adunkan juga. Rasa2nya tepung ni sesuai untuk dijadikan kuih apa tu namanya, yang letak tahu minyak tu... tetibe lak tak ingat :(

Bukan hape, masa adun tu dah perasan, kenapa warnanya macam kelabu keperangan sikit, bukan ala-ala hijau. Tak apalah, silap2 pun semua dah habis masuk ke perut. Untuk resepi ni cheq sue ikut sebijik2 resepi yang di cnp dari Kak Nik Ja. InsyaAllah kalau dah betul2 jumpa TEPUNG GREEN PEAS tu, kita akan buat pulak. TQ pada yang berkongsi resepi ni. Tak hancur! Suka sangat. Wassalam..

 
BISKUT GREEN PEAS
Resepi : Along Roz
Sumber : Kak Nik Ja a.k.a Mokwo

Bahan2:
1 cawan tepung green peas (cheq sue beli kat MAIDIN)
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula icing
1/2 sudu teh baking powder
1 sudu besar tepung jagung (mokwo tambah)
1 sudu besar marjerin( mokwo tambah)
minyak jagung secukupnya

glaze:
kuning telur secukupnya

Cara:
satukan kesemua bahan kecuali minyak jagung
tuang minyak jagung sedikit demi sedikit dalam adunan tepung di atas sehingga adunan boleh di gentel atau di bentukkan
ambilkan 1/2 sudu besar adunan dan bulatkan. buat sampai habis
sebelum di bakar, glis dengan telur kuning di atasnya
mokwo guna oven pada suhu 170 C selama 15-20 minit. biskut nih senang nak hangus, so pepandailah adjust oven masing2

Stylish Thankyou

Thursday, December 27, 2012

Dan Bunga Pun Berkembang # 5

 
 
 
‘Nab, Sabtu ni awak datang ke Taman Tasik ya, saya ada buat jamuan hari jadi anak-anak.’ Cek Mat mengejutkan Zainab yang sedang meneliti angka-angka di layar komputer.
‘Ok, no problem.’
‘Jangan lupa bawak adik awak tu sekali, kita meriahkan majlis. Saya tak ajak ramai pun, staf ofis aje.’
‘Aduh Cek Mat, kena sediakan hadiah untuk tiga orang la ni…’
‘Apa nak buat Nab, rezeki Allah bagi.’
‘Alhamdulillah.. InsyaAllah saya datang.’
Cek Mat berlalu ke bilik. Sesungguhnya sejak kebelakangan ini perasaannya terhadap Zainab amat berlainan sekali. Dia senang melihat Zainab tertawa…senyumnya mempersona.
Duhai hati…

Zainab dan Dayang sampai awal ke Taman Tasik. Kebanyakan tetamu lain belum tiba. Sempatlah dia menolong mana yang patut. Sedang dia membuat persiapan, Qasseh datang memeluknya dari belakang.
‘Makcik Nab dah datang. Hoorey…’ Makcik Nab? Terasa lebih tua la pulak. Budak-budak, apalah yang diorang tahu..
‘Ala cayang…. Happy birthday Qasseh. Mmuaahh. Nah, ini hadiah untuk Qasseh. Mana abang Qayyum dan abang Qaishh?’
‘Abang Oyum ngan abang Ash pergi main.’ Dengan pelat Qasseh memberitahu Zainab. Memandang ke kiri ke kanan, dua beradik itu sedang bermain buaian.
‘Qayyum! Qaishh! Jom datang sini, makcik nak pakaikan topi ni.’ Zainab melaung. Dia tidak Nampak pulak Cek Mat di mana-mana.
Sesampainya Qayyum dan Qaishh, Zainab menghulurkan hadiah yang telah dibelinya. Topi kertas yang ada dimeja turut dipakaikan. Dia dan Dayang sejak tadi memakai topi itu. Memandangkan tetamu sudah datang, dia meminta Kamal menyalakan lilin.
Tapi, di mana Cek Mat? Zainab mengeluarkan telefon dan mendail nombor bosnya. Di saat-sat penting begini dia harus ada di sisi anak-anaknya.
‘Cek Mat ada di mana ni…budak-budak dah tak sabar nak tiup lilin ni.’
‘Ye ye..saya on the way ni. Dua minit…’
Zainab tidak tahu..Cek Mat memerhati segala gerak laku nya tadi. Layanan Zainab terhadap anak-anaknya begitu ikhlas dirasakan. Dia nampak kegembiraan di raut wajah anak-anak. Sebanyak manapun kasih sayang Cek Mat, tak akan sama dengan kasih sayang seorang ibu…seperti yang diberikan Zainab setelah sekian lama pemergian arwah isterinya…
‘Mat, Zainab tu baik budaknya. Cucu-cucu mak semua rasi dengan dia.’ Makcik Salmah berkias. Dia terperasan perubahan Cek Mat kebelakangan ini.
‘Ish mak ni…’ Cek Mat cepat-cepat menuju ke meja jamuan diikuti makcik Salmah…
*****
Dayang membawa dulang berisi jus limau dan milo panas ke ruang menonton. Satu untuknya, dan satu untuk Zainab. Malam-malam begini mereka selalu lepak bersama sambil menonton tv.
‘Macam mana dengan along Kak Nab?’ Dayang bertanya sambil menghulurkan jus limau kepada Zainab.
‘Macam mana macam mana maksud Dayang?’ Zainab membalas sambil matanya masih tertancap di televisyen.
‘Along ok tak?’ Dayang berbisik.
‘Apa yang Dayang cuba nak bagitahu Kak Nab ni?’ Zainab berpusing menghadap Dayang.
‘Mmmm…aaaaaa…Kak Nab cuba-cuba la berkawan dengan along tu. Dia baik tau.’ Akhirnya…seperti yang diagak Zainab. Itulah yang bersarang di kepala Dayang.
Uhuk…uhuk… Main redah aje budak ni. Macam nak suruh aku jadi kakak ipar dia je…
‘Kenapa Dayang cakap macam tu?’
‘Bukan apa kak..Dayang tengok along tu macam sukakan akak je…’
Hah??? Sejak balik dari Johor dua bulan lepas, sejak kenduri Darlina, Zainab terperasan Daus selalu juga menghubunginya. Mereka selalu bersembang walau tanpa bersua muka. Dia akui, Daus seorang yang pandai berbicara, katanya tersusun dan pandai mengambil hati. Zainab senang berteman dengannya.
‘Kak Nab pun sukakan along ye?’ Dayang menduga.
‘Hish…pandai je kau ni Dayang.’ Zainab menepis. Cuba menyorok rona-rona merah di pipi.
‘Umi pernah cakap dengan along, dia suka kalau along dan Kak Nab berkahwin.’
Alamak? Ye ke Dayang ni? Ke dia saja nak ngetes aku?
Zainab menjojolkan matanya kepada Dayang tetapi Dayang hanya tersenyum. Senyumnya lebar dari biasa…
Rasa macam segan pulak…kalaupun Zainab ada apa-apa dengan Daus, haruskan Dayang dan keluarga mengetahui? Haruskah dia menyoal itu dan ini kepada Dayang? Zainab pun tidak tahu sejauh mana keikhlasan Daus terhadapnya. Entah apa yang difikirkan Daus terhadapnya dia juga tidak tahu. Apa status perhubungan mereka pun dia tidak tahu. Yang Zainab tahu…hidupnya semakin ceria dengan adanya teman baru, Daus yang  telah menguak kembali pintu cinta dalam hatinya.
‘Hai Kak Nab, ingatkan along ke tu?’ Dayang mencucuk pinggang Zainab.
Opocot! Adus…macam mana boleh terbabas ni…
‘Malas akak nak layan kau Dayang.’ Zainab segera menuju ke bilik. Malunya…
*****
‘Amboi Kak Nab…berseri-seri hari ni.’ Tegur Azura sebaik Zainab masuk ke pejabat.
‘Kau ni ada-ada je Zura.’ Zainab tertawa.
‘Betul la Kak Nab. Kamal tengok pun lain macam serinya. Macam seri nak kahwin je.’ Kamal di hujung meja menyampuk.
‘Ye ke… tapi akak lebih nampak seri pengantin tu pada Kamal dan Azura. Cepat-cepat la Mal…karang melepas terlopong.’ Zainab memulangkan paku buah keras kepada Kamal. Hubungan kedua mereka sudah dapat dihidu Zainab. Sudah beberapa kali dia melihat pasangan itu makan berdua. Mesra sekali. Zainab  tumpang  bahagia.
Azura segera memandang Kamal. Dia tersipu-sipu. Nampaknya selepas ini dia tidak boleh berahsia lagi.
‘Apa yang kecoh-kecoh ni? Siapa yang nak kahwin? Kau ke Nab?’ Jauhari yang baru datang tiba-tiba bertanya.
‘Ha la…Bukan ke kau selalu bising aku tak kahwin-kahwin?’ Zainab tergelak sambil bergerak ke mejanya.
Jauhari kehairanan melihat Azura dan Kamal turut tertawa.
 Setengah jam di bilik, Cek Mat memanggil Zainab ke bilik.
‘Ni invois Jati Holdings Nab, awak tolong semak dengan order kita. Kemudian, awak tolong siasat status kewangan syarikat ni ya.’ Cek Mat menghulurkan dua helai kertas kepada Zainab. Dia kelihatan agak sibuk meneliti fail di hadapannya.
‘Cek Mat ke yang approvekan statement ni?’ Zainab bertanya. Dia hanya ingin memastikan.
Cek Mat memandangnya sekilas. Matanya membulat.
‘Eh Nab…lain macam je saya tengok awak hari ni.’
Aikkk…diorang ni semua berpakat ke? Apa yang lain macamnya? Agaknya ini penangan sut baru kot. Sebab itulah Zainab suka dengan jenama Guess…sentiasa menjadikan dirinya lebih sempurna.
‘Apa yang lain macamnya Cek Mat?’
‘Awak cantik Nab, lain sungguh saya tengok.’
‘Saya pakai baju baru ni Cek Mat…sebab tu la nampak lain.’ Zainab tergelak. Nampaknya Cek Mat tidak dengar apa yang ditanyanya tadi.
Zainab meninggalkan bilik Cek Mat. Dia segera meneliti dokumen yang diberi dan menyemaknya teliti.
Lima minit kemudian, Blackberrynya berbunyi.
‘Assalamualaikum Nab.’
Daus dihujung talian.
‘Waalaikumussalam.’
‘Sibuk?’
‘Tak jugak. Sibuk biasa je. Nape Daus?’
‘Takde la..saya cuma nak bagitahu, minggu ni saya turun ke KL. Boleh tak kalau saya nak jumpa Nab?’
Ke KL? Nak jumpa? Dag dig dug…dag dig dug…
‘Awak ada urusan apa?’
‘Saya nak settlekan kereta customer di Pejabat Kastam. Kalau dah selesai saya ingat nak jumpa awak.’
‘Kenapa tak selasaikan di Johor je?’
‘Kes ni di KL Nab, tak dapat buat di Johor.’
‘Ooooo…’
‘Boleh ye Nab? Bila saya selesai, saya call awak.’ Daus sekali lagi meminta.
Hati Zainab berbunga-bunga. Dia juga sebenarnya ingin bertemu Daus.
‘Lagipun saya rindu lah dekat awak Nab…rindu sangat.’
Hah? Daus rindukan aku? Aku pun rindukan dia. Tapi Zainab hanya mengiyakan dalam hati.
‘Mengadalah awak ni…’
‘Betul Nab…saya betul-betul rindukan awak. Sampai mengigau tidur saya tau.’
‘He he he… Itu saya tak nak tanggungjawab.’
‘Boleh ya Nab?’
‘Boleh…apa pulak tak bolehnya.’
‘Alhamdulillah. Ok lah Nab, saya ada klien ni. Jangan lupa tau.’
Zainab hanya tersenyum.
‘Iya. Assalamualaikum.’
‘Nab…’
‘Apa lagi Daus?’
‘I miss you…’ Suara Daus bagaikan berbisik di telinganya. Halus dan tenang menyusup ke jiwa.
I miss you too. Jawab Zainab, tapi hanya dihati.
Setelah talian diputuskan, Zainab tersenyum lebar. Sepuluh minit bercakap dengan Daus sudah cukup menceriakan dirinya. Tambahan pulak di akhir-akhir perbualan Daus menyatakan dia merindui Zainab…terasa dunia ini dia yang punya. Bunga-bunga cinta kian berkembang. Zainab melihat jam di tangan. Sudah lunch hour. Dia menggapai beg tangannya dan bergerak keluar.
‘Jom… jom. Siapa nak lunch…akak belanja harini.’
Cek Mat yang memandang dari kejauhan hanya mampu menahan nafas di dada. Ternyata kelainan Zainab bukanlah disebabkan baju barunya…tetapi ada sinar cinta yang menyala di mata. Cek Mat percaya Zainab sedang dilamun cinta. Tiba-tiba ada perasaan hampa di hatinya…

Stylish Thankyou

Wednesday, December 26, 2012

Orkid Merpati (Liar)

 
 
Sehari berlalu...masih sesuaikan diri. Eleh...macam la duduk London nak sesuai-sesuai bagai. Eh, balik ke tempat asal pun kena sesuai jugak. 3 minggu dok kampung tentu suasananya tak sama. Masuk rumah pun dah rasa lain, rasa sangat sunyi sepinya. Harap-harap lepas ni semuanya akan kembali seperti sediakala untuk meneruskan sesi 2013.
 
Cheq sue nak kongsikan gambar yang diambil semasa di kampung iaitu gambar orkid merpati yang tumbuh liar di pokok mangga belakang rumah. Orkid ni adalah orkid asli tanpa kacukan dengan jenis yang lain. Nostalgia jugak orkid ni sebab ianya sungguh misteri. Selain warnanya yang putih dan sedikit kekuningan, warnanya juga sungguh lembut dan harum. Biasanya kalau waktu pagi bau bunga ni memang mengasyikkan.
 
Saya tak tahu kenapa orkid ni dinamakan orkid merpati, mungkin juga kerana bentuk bunganya seprti burung. Tak tahu la pulak ya sama ada orkid ni dibiakkan secara komersil atau tidak. Kalau ada tu memang sesuai sungguh, beli untuk hiasan taman rumah. 
 
Kepada pencinta orkid, silalah menjamu mata. Wassalam..
Stylish Thankyou

Monday, December 24, 2012

Musim Hujan Kali Ini

 
 
 Sumber gambar di sini
 
Sekarang tengah musim hujan di Kelantan. Ianya bermula agak lewat, hampir di penghujung Disember dan dijangka berlarutan sehingga awal Januari 2013. Di kampung saya sendiri sudah berhari-hari hujan tanpa henti. Bila dah hujan ni faham-faham sajalah, beras cepat saja habis. Ubi badak dan kawan-kawan kerap menjadi mangsa. Makan nasi dengan ikan goreng pun lalu. Seksa sungguh macam ni. Tak makan, rugi! -_-
Pagi tadi saya ke bandar Pasir Puteh. Dalam hujan lebat tu tak sangka banyak tempat di jalan raya dah dilimpahi air. Rata-ratanya di kawasan sawah sudah bertukar menjadi lautan. Agak takut jugak bila nak lalu, kereta kita dah la lowered, mintak-mintak jauh jangan mati tengah jalan. Antaranya tempat-tempat biasa seperti di depan SMK Jeram, di baruh Telipot & baruh Jeram, di baruh Wakaf Tukop dan di Saring.
Hala baliknya saya ikut jalan Padang Pak Amat - Jeram setelah mengisi minyak di Caltex Kampung Wakaf. Kata pakcik yang sama ada di situ, 'berat la tahun depe budok nak skoloh, dua la sari baju skoloh ni. Hok keno gi hata jauh tu gak payoh la...' (Nak transete ke? Takyah laaaa...). Dalam radio sudah menyatakan pemindahan berlaku di Terengganu manakala penduduk Kelantan khasnya yang tinggal berdekatan Sungai Golok sudah mula berjaga-jaga dan membuat persediaan awal untuk menerima arahan perpindahan.
Dok fikir jugak ni, macam mana laluan Sungai Durian? Harap-harap masih boleh dilalui. Sekian dikongsikan.
 Wassalam...
Stylish Thankyou

Sunday, December 23, 2012

Dan Bunga Pun Berkembang # 4

 
 
 
Cek Mat memandang Zainab dari biliknya yang hanya dipisahkan dengan kepingan kaca. Hari ini wanita itu mengenakan baju kurung Sutera Thai berwarna hijau pucuk pisang, digayakan denga tudung krim berbelang hijau. Dia tidak pernah menafikan Zainab agak bijak dalam berpakaian, sesuai dengan imejnya ketua akauntan. Wajahnya sentiasa bersih dan dibayangi mekap nipis, tanpa menghilangkan kecantikan aslinya. Sepanjang dua tahun bekerja bersama, Zainab tidak pernah berbeza pendapat dengannya. Segala arahan diikut sempurna.
Peristiwa di PD beberapa minggu lepas masih berbekas di lubuk hatinya. Ingatannya melayang. Dia melihat bagaimana Zainab memujuk dan menenangkan Qasseh. Sifat keibuan Zainab terserlah. Selalunya Qasseh jarang tunduk pada orang lain, agak degil budaknya tetapi dengan Zainab, anaknya bagai hilang taring. Sifat yang ditunjukkan Zainab mengimbau kembali kenangan dengan arwah isterinya… sejak itu Qasseh tak pernah berhenti menyebut nama Makcib Nab. Malah pernah disuruh Cek Mat membawa Makcik Nab pulang ke rumah. Aduhai anak, bagaimana harus aku terangkan kepadamu?
 Dan apabila tiba-tiba Zainab berpaling memandangnya sambil tersenyum, Cek Mat membalasnya. Dia tidak mahu Zainab berprasangka bukan-bukan. Segera dia menunjukkan tanda ‘peace’ dan Zainab membalasnya.
Nab… oh Zainab!
 *****
‘Assalamualaikum mak.’
‘Haaa Nab. Waalaikumussalam.’
‘Mak, Nab nak bagitahu ni. Nab nak ke Johor pagi esok, kakak Dayang kahwin. Hari tu umi dia ada datang ke rumah, dia ajak Nab pergi.’
‘Kalau mak ada di sana boleh mak ikut sama, boleh mak kenal-kenal dengan emak Dayang.’
‘Nab pergi semalaman je mak. Nab nak balik ambil mak pun tak sempat. Maaf ye mak..’
‘Tak apa la Nab…nanti lain kali Nab bawa mak ke sana. Sampaikan salam mak pada keluarga Dayang ye…’
‘InsyaAllah. Nab minta maaf ye mak. Nanti kalau Nab ada masa Nab bawa mak ke sana.’

Zainab dikelilingi keluarga Dayang di saat kakaknya Darlina ingin diijabkabulkan. Bertemakan warna ungu dan putih, Darlina kelihatan sungguh cantik dan berseri-seri. Ahli keluarga yang lain turut mengenakan pakaian senada warna. Nasib baik Zainab ada sepasang baju kurung ungu, disesuaikan dengan tudung putih, maka jadilah dia diantara ahli keluarga Dayang. Sungguh asing rasanya berada di majlis begini. Ini adalah kali pertama Zainab menyertai majlis perkahwinan. Semasa perkahwinan abang Zamani dulu, dia masih di UK.
Zainab begitu berdebar, perasaannya tidak dapat digambarkan. Apa agaknya perasaan Darlina kini? Adakah Darlina berdebar seperti yang dirasainya? Eh…kenapa pula aku hendak berdebar? Yang kahwinnya Darlina, aku hanya menyaksikan sahaja. Zainab berusaha mengawal perasaannya. Dia tak mahu berlebih lebih.
‘Akak tahu tak?’ Dayang yang setia di sisi mengajukan soalan kepadanya.
‘Apa?’ Zainab berbisik sambil matanya melihat Darlina menerima satu persalinan barang kemas ketika membatalkan air sembahyang.
‘Akak cantik sangat malam ni. Macam pengantin pulak Dayang tengok.’ Ish…mengampu betul budak Dayang ni.
‘Jangan nak mengada ok…’ Zainab mencucuk pinggang Dayang dan mereka sama bergelak berdua tanpa menyedari ada sepasang mata memandang sejak tadi.

Zainab membawa diri ke dapur semasa kaum keluarga yang lain berada di ruang tamu bersama-sama pengantin baru. Tiba-tiba tekaknya berasa haus. Saat dia ingin meneguk air, satu suara garau menegur dari belakang.
‘Hai…’ Dek kerana terkejut, gelas yang dipegang terlepas dari tangan lalu berderai di lantai.
Zainab memandang gerangan empunya suara. Di dadanya penuh debar yang hebat. Dup dap dup dap tiada henti.
Siapa ni?
Seisi keluarga Dayang berkumpul di dapur, barangkali terkejut mendengar bunyi gemerincing kaca terhempas.
‘Kenapa ni Nab? Apa yang kau dah buat ni long?’ Puan Kamsiah bergegas menuju Zainab yang jelas terkejut. Dia mengusap bahu Zainab dan mendorongnya duduk di kerusi.
‘Haaaaaaaaaaaaa, apa yang abang long dah buat pada Kak Nab ha… semua orang ada kat luar, abang dengan Kak Nab ada kat dapur…’ Dayang cuba menyerkap jarang. Dia sememangnya gadis yang suka mengusik.
‘Nab minta maaf makcik…Nab cuma terkejut saja. Dah pecah dah gelas makcik.’
‘Janganlah kau susahkan gelas makcik tu Nab. Yang penting kau tak apa-apa. Jom-jom kita keluar.’ Puan Kamsiah menarik tangan Zainab.
‘Nab nak kemaskan kaca-kaca ni dulu makcik.’
‘Tak payah Nab. Biar Mak Non je uruskan.’
Zainab hanya menurut. Semangatnya belum kembali…

Keeseokan harinya, Zainab bersendirian balik ke Kuala Lumpur. Dayang akan balik beberapa hari lagi. Dan sebelum dia bergerak, Dayang menghulurkan sekeping namecard kepadanya.


Mohd Daus Bin Daud
Pengarah Urusan DD Auto, Pasir Gudang.
019-7766554


Ooooo….. Zainab hanya tersenyum. Dia segera bersalaman, malah berpelukan dengan keluarga Dayang, kecuali Encik Daud, he he he… dan Encik Daus, yang menyergahnya malam semalam…
Sampai jumpa lagi semuanya….
 *****
Deringan telefon berbunyi di saat Zainab selesai mengaminkan doa sembahyang Isyak.
Dia melihat nombor yang tertera. Asing. Tiada dalam phonebooknya. Dia tidak mahu melayan. Segera dia ke dapur membancuh susu, rutin malamnya. Sekali lagi Maher Zain memanggilnya. Nombor yang sama… Siapa ni? Zainab cuba mengingat. Ini nombor selatan, siapa ya… Alamak, ini nombor abang Dayang… tiba-tiba jantung Zainab berdegup kencang. Dengan lafaz Bismillah dia menekan butang answer…
‘Assalamualaikum.’
‘Waalaikumussalam.’
‘Nab, ni Daus ni.’
‘Ya..saya tahu.’
‘Saya dapat dari Dayang no telefon awak ni.’
Hummm…siapa lagi yang dapat memberikan nombornya kecuali cek mek itu.
‘Awak tak kisah kan Nab?’
‘Xpe la Daus…saya no problem.’ Betul ke kata-kata ni…
‘Pukul berapa tadi awak sampai?’
‘Dah lewat dah. Dekat Maghrib dah.’
‘Nab, awak selalu ke drive jauh-jauh ni?’
‘Saya dah biasa dah. Kalau tak siapa yang nak bawak saya.’
‘Awak kena jaga diri baik-baik tau Nab..sekarang ni kita tak boleh jangka apa yang akan berlaku.’
‘Terima kasih la Daus, kerana ingatkan saya.’
‘Nab, saya nak mintak maaf dengan awak ni.’
‘Kenapa pulak?’
‘Saya tak sengaja sebenarnya semalam. Saya bukan sengaja nak kejutkan awak. Kebetulan saya lalu di dapur, tengok awak ada di sana, tu saya say hai.’
‘Awak betul-betul mengejutkan saya. Kalaulah saya ada penyakit jantung…hai selamat dah rasanya.’
‘Jangan la cakap macam tu Nab. Sebenarnya saya tak tahu awak siapa. Umi ada cakap kawan Dayang ada datang, tapi dia tak mention pulak yang mana satu.’
‘Dayang pulak tak bagitahu saya dia ada abang yang suka skodeng.’
‘Hi hi hi…Awak jangan percaya sangat kata-kata Dayang tu Nab…karang macam-macam dia cakap pasal saya.’
‘Dayang tu istimewa Daus…saya sayangkan dia seperti adik saya sendiri.’
‘Betul kata awak tu Nab, dia terlalu istimewa buat kami. Tapi umi cakap, awak pun istimewa jugak Nab.’
‘Apa la istimewanya saya ni Daus…’
‘Umi kata awak pandai masak.’
‘Semua orang pun pandai masak..’
Hai, bijak sekali si Daus ni berbicara, serasa seperti telah kenal lama…selesa bersembang dengannya.
‘Nab…’
‘Mmmm…’
‘Izinkan saya mengenali awak lebih dekat ya…’
Zainab terpana. Kata-kata Daus menusuk hati. Apakah maksudnya. Dia dilanda debar sekali lagi.. Debar seperti saat-saat pertama kali hatinya dimiliki….
Stylish Thankyou

Saturday, December 22, 2012

Kemabukan Perfume

 
 
Cerita tentang perfume pula. -_-
 
Cheq sue bukan tak pakai perfume ni. Dulu2 ada juga pakai Euchanteur, lepas tu pakai wangian AVON, ada pulak Ralph Lauren, Burberry dan Channel, semuanya dalam botol kecik2 ala tester gitu. Tapi tak tahu la ya, sejak beberapa tahun kebelakangan ni, hidung dah tak boleh bau perfume. Jangan kata perfume badan, wangi-wangian untuk kereta, toilet, sabun/softlan atau  wangian dalam rumah pun tak boleh. Senang kata, apa2 saja yang ada bau memang alah betul. Kalau guna pelembut pakaian tu kira tahan nafas jelah sebab terpaksa. Asap rokok jangan cite la, tetap dok no 1.
 
Kadang2 nak aje bagitahu sape2 yang wangi sangat tu, ERRR, JANGAN PAKAI PERFUME BOLEH TAK? Tapi tak senonoh la pulak kan? Apa kes pulak kita, orang beli sampai 2 3 ratus kita yang sibuk tak bagi dia pakai. Kadang2 nak je bagitahu, ni pakai ke mandi perfume. Duduk 4 batu dah boleh bau. Biasanya kalau dah tak tahan sangat, memang cheq sue akan tutup hidung, bernafas ikut mulut. Kalau pagi2 tu lagi la, dengan bau perfume bermacam jenis, campur asap rokok, adehhhh kejap aje sakit kepala mencucuk. Silap gaya satu hari angin satu badan.
 
Konon2 nak miliki perfume ni, tapi dah x jadi, blh tengok aje
 
Saya ada la jugak bertanya pada seorang cikgu sains di sekolah. Kenapa jadi macam ni. Katanya mungkin saya alahan alkohol (bukan arak tu ya *_*). Eh, macam tu pun ada ya...baru tahu. Tak tahu la pulak di mana sahihnya, apa kaitannya secara saintifik. Yang penting, sape2 yang nak naik kereta saya tu sila la jangan pakai perfume, kalau tak kena tukar driver :). Kalau saya naik kereta orang yang ada Ambi Pur atau yang sewaktu dengannya, memang saya akan offkan. Hai, tak tahu la spesies mana saya ni. Agak2 kat luar tu ada tak orang mcm saya?
Wassalam
 
Stylish Thankyou