Thursday, October 10, 2013

Ladang Anggur, Ringlet

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Saya pasti ramai daripada kita yang suka datang ke Cameron Highlands (CH). Saya sendiri pertama kali datang ke sini tahun 1999, memang seronok sangat. Bergambar dengan deretan pokok kobis, berbungkus dalam sweater dek kesejukan, memang suka. Dan siapa sangka rupanya menjadi rezeki saya untuk membina kerjaya di sini bila dipostingkan pertama kali di sebuah sekolah di Kampung Raja. Menjadi satu kelebihan berada di CH walaupun ada masanya saya rasakan sudah tiba masanya saya berubah ke tempat lain pula.

Bila cerita pasal CH ni, sebenarnya masih banyak tempat yang belum saya lawati. Iyalah, kalau hujung minggu biasanya balik ke kampung atau pergi ke Ipoh. Kalau cuti panjang tu memang saya tak ke mana-mana, dengan jem dan pengunjung yang ramai agak membataskan pergerakan. Saya suka sekali kalau ada yang datang melawat, semasa itulah saya akan mengambil kesempatan untuk jalan-jalan sekali.

Jadi pada 5 Oktober 2013, saya dan sahabat karib Norliza dan Cheq Da serta anak-anaknya mengambil keputusan untuk menghilangkan stress dengan melawat ke beberapa tempat. Dalan n3 ni saya kongsikan satu dulu, yang lain akan menyusul kemudian. Kawan sekolah saya yang mengenalkan tempat ni, jadi rasa teruja saya pun pergilah jugak. Agak tersorok sikit tempatnya dan tak ada signboard di tepi jalan. Oh, lokasi ladang ni adalah di Jalan Bertam Valley (dalam lima minit dari cabang 3 Shell). Saya berpusing dua kali dt laluan yang sama sebelum berjumpa. Errr... yang sebenarnya saya tak tahu apa nama tempat ni. Bukanlah satu tempat khas tetapi lebih kepada kebun di mana anggur ada ditanam di dalamnya.


Kata kawan saya, musim anggur ni pada Mei hingga September. Agaknya tak menjadi rezeki saya apabila anggur di tempat ini sudahpun ditutup dan akan dibuka semula pada Mac tahun hadapan. Sebab itu jugalah saya terfikir mereka tidak menaikkan signboard kerana apalah gunanya orang datang melawat tetapi tidak dapat membeli. Tapi tak mengapalah, oleh sebab dah sampai kami masuk juga ke dalam kebun, dapatlah tengok-tengok dan bersembang dengan pekerja yang ada di situ. Paling penting dapat ambil gambar. Tengok sajalah gambar-gambar yang ada. Nak masuk ke dalam kebun tu kena menapak sikit kerana lokasinya yang agak berbukit.


Kami sekadar mengambil gambar. Kata pekerja di situ, tak boleh masuk di dalam kerana tanahnya lembik. Jadi layan dari luar sahaja.


Kebunnya tak berapa luas, tetapi ada dua bahagian. Tengok-tengok dari luar tu ada juga beberapa tangkai buah, masih hijau lagi.


Ini ajelah yang mampu di ambil. Gambar di sebelah tu adalah pisang kaki. Kalau masak pekerja tu nak bagi je katanya tapi sebab buah ni masih kehijauan, ambil pun tak guna, kan? Sekilo anggur di sini hanya RM17 sahaja.


Bila dah puas bergambar, kami bergerak untuk ke destinasi seterusnya. Perut dah berkeroncong, jadi memang sesuai berpiknik di Sungai Pauh (next n3 okay). Tengak dok menurun bukit tu, pekerja anggur tadi panggil dan diberinya dua biji buah mangga. Bau saja dah sedap tapi sampai sekarang tak menyempat lagi nak makan.


Jadi, hanya gambar-gambar inilah yang akan menjadi kenangan. InsyaAllah kalau ada rezeki, boleh datang lagi tahun depan dan saya akan kongsikan semula apa ceritanya.

6 comments:

  1. Wah seronoknya..byk gambar chek ada no..hehehe..tq cheq sue sbb sudi angkut kami ke sana.

    ReplyDelete
  2. mala baru sekali pergi CH. ntah bila dapat pergi lagi. anak yg bongsu jenis pening/muntah kalau naik pusing2 bukit ni. tunggu dia besar2 sikit baru boleh pergi kot. ntah la bila tu

    ReplyDelete
  3. teringin nya nak pegi ladang anggur ni... hopefully this september ada lagi anggur nya

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. Untuk mencari penginapan di Cameron Highlands, boleh wasap saya www.wasap.my/60196212160/AziziCameron-MuslimHomestay

      Delete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]