Thursday, December 12, 2013

Resepi Nasi Kerabu Tumis

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Kembali ke dapur setelah menghabiskan n3 jalan-jalan dan jjcm ke PD dan Melaka. Oleh sebab sekarang lappy tengah masuk wad... saya up dulu n3 yang dah disaved dalam draft. Harapnya minggu depan dah boleh ambiklah.

Nasi kerabu, tipikal Kelantanese cuisine. Ewahhh... setiap Jumaat makan nasi kerabu di sekolah. Sebenarnya memang sudah nak dapatkan nasi kerabu yang sedap dan memenuhi selera kecuali yang dibuat sendiri. Jadi, apalagi? Moh la buat sendiri...

Saya buat ni dah lama... masa jaga SPM lagi. Selalunya kalau buat nasi kerabu tak refer resepi... hanya guna instinct dan hujung jari. Walaupun nampak renyah, susah dan banyak bahan tapi tak la begitu. Kalau 1st time buat memang rasa susah sikit.

Kebetulan masa ke rumah sepupu Mok Ja di Lojing ada banyak bunga telang. Dalam masa nak menjadi nasi kerabu sempat la jugak bunga tu berhibernate dalam freezer. Kalau x guna bunga telang pun boleh... gantikan aje dengan pewarna atau serbuk kunyit. Untuk kengkawannya pula terpulanglah. Sambal kelapa, tumis dan ulam tu memang wajib... lauknya terpulanglah pada kehendak sendiri... macam saya ni hanya goreng ikan celup tepung.

Dengan penuh kerajinan saya tuliskan semula resepi yang saya buat tu...


NASI KERABU TUMIS
Resepi : Cheq Sue

NASI
- beras + daun limau purut + air rendaman bunga telang + 1 serai (ketuk)
- tanak seperti biasa

SAMBAL KELAPA
- 1 biji kelapa (sangai)
- 5 ekor ikan (rebus dan keluarkan tulang, kemudian sangai tanpa minyak)
- bawang merah + lada hitam + halia + garam + gula

- tumbuk bawang + halia + lada hitam hingga lumat
- gaul dengan semua bahan yang lain dan tumbuk hingga sebati (kalau nak tumbuk dulu satu-satu kemudian baru gaul pun boleh
- perasakan dengan garam dan gula

TUMIS
- 1 kotak santan HARMONI
- bawang merah, bawang putih, halia, serai (hiris), cili kering
- serai ketuk, daun limau purut, budu, minyak masak, gula, garam

- blend bawang merah, bawang putih, halia, serai dan cili kering
- panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga wangi, garing dan naik bau
- masukkan santan (+ air), serai dan daun limau purut
- masak api perlahan sehingga naik minyak. Jangan lupa kacau sentiasa hingga ke dasar (jika minyak yang keluar agak banyak, boleh keluarkan)

IKAN CELUP TEPUNG
- ikan (kelar di tengah) - perap dengan sedikit garam
- bancuh 1 bahagian marjerin + 2 bahagian tepung dengan sedikit air
- celup dengan ikan dan goreng

ULAM-ULAMAN
- daun serai kayu, daun kesum, kubis, bunga kantan
- hiris halus dan gaulkan bersama
* boleh tambah ulam lain mengikut kehendak selera

4 comments:

  1. Assalamualaikum CS salah satu mknan peberet sya..klu dpt mmg x hingat donia...tkasih sharing resepi....

    ReplyDelete
  2. time pasar malam mmg x pernah miss beli nasi kerabu,x de lauk ikan goreng,teur masin pun dh sedap,yg penting kerisik kelapa nya tu....

    ReplyDelete
  3. Husben kak ina suka makan tapi isterinya ni tak pandai buat..selalu beli kat pasar malam aje :)

    ReplyDelete
  4. SEDAPPPPPPP!!!!!!!!!!!!!!!! tun suka sgt2 100x makan nasi kerabuuuu.. tp mmg sgt jarang buat sbb rasa sgt renyah. kalau nk buat nasi kerabu tun akan spend separuh hari kat dapur. hihi.. pagi2 dh masuk dapur utk masak lunch. sbb nk rebus ikan, pastu perisikan ikan tun.. paling lama nak buat sambal kelapa tu.. adoii.. jenuh menunggu depan kuali.. tp tu la, nk makan sedap kene la rajin kan :)

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]