Sunday, October 12, 2014

Belenggu #Prelude

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Lama sungguh dok janji nak upload novelog BELENGGU nih.... Mmmmm maaf lah kengkawan, sebab lama menunggu. Ehh, ada ke yang tunggu? #tutupmukasendiri

[Dulu konon2 nama pena adalah ALOY. Manequine tu pula sebenarnya dari sebuah cerita omputeh, tajuknya Mannequin **salah eja...]



Yang sebenarnya BELENGGU ni adalah yang pertama sekali saya tulis. Pada ketika itu baru sahaja berumur 15 tahun, yakni pada tahun 1995. Selepas peperiksaan PMR, gi sekolah kan tak ada buat apa, jadi tulislah citer2 ni, tambah pulak masa tu ada sorang lagi kawan saya yang juga suka menulis cerpen ni untuk dibaca kengkawan. Masa tu hazab tau, mana ada komputer2 nih, saya tulis kat dalam buku tulis, kalau ada salah tu main potong2 je. Bila kengkawan nak baca mulalah buku tu bertukar tangan. Nasib baik jugak buku tu disimpan sampai la sekarang. Masa dok UPM saya salin semula cerita ni dan disimpan dalam bentuk PDF.

[Tarikh mula tak ada, tapi tarikh siap tulis 1.12.95. Buruk naw tulisan masa umur 15 ye dak...]

Tingkatan 3, bayangkan la kawan2, saya pun malu sendiri, kadang2 tersenyum simpul mengenangkan apa yang sudah saya tulis. Ada maklumat yang mungkin tidak tepat ataupun ayat2 yang tidak kena. Maklumlah pada ketika itu saya memang belum matang. Kalau ada perkataan yang agak sensitif tu harap2 dapat dimaafkan....

 
 [Buku tulis yang saya guna semasa menulis Belenggu. Lihat covernya dah usang benar. Masa tu Sofea Jane tengah meletop kat tv]

Apapun, selamat membaca novelog seterusnya. In Sha Allah saya akan upload pada setiap hari Ahad.

 "Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

2 comments:

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]