Tuesday, October 21, 2014

Kari Kepala Ikan (Ikan Gerong)

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Lama betul dok termenung sebelum mula menulis untuk n3 ni. Buka page FB, BW... tak sesampai serunya untuk mengarang kata. Payah jugak bila tak ada idea...

#tariknafasslowslow

Alkisahnya kari kepala ikan ni saya buat bulan berapa entah. Balik kampung, ada kenduri tahlil. Dihidangkan dengan gulai kepala ikan tongkol. Agaknya tak puas makan dan tak kena denga selera, esoknya saya gi pasar Pasir Puteh dan carik kepala ikan. Yang ada hanya kepala ikan gerong, yang pertama kali baru saya dengar namanya. Kata abang penjual tu, kepala ikan ni paling sedap, kalau dibandingkan dengan kepala ikan merah, dialah juara. Saya mana tahu, iya kan aje ler...






Lalu saya pun belilah sekeping kepala ikan yang tertinggal, yang dikatakan sedap tu. Harganya RM15, dapat banyak jugak. Bila dah potong2 penuh jugak satu periuk.  Saya memang suka kari kepala ikan. Tambah2 kalau dapat daging tang pipi tu. Perghhhh mau makan tak hengat.

Seperti yang dikatakan oleh abang tu, memang super duper sedap la ikan ni. Tambah pulak cara kari mengari tu memang kita yang buat sendiri, memang kena la dengan selera. Kalau tak makan dengan nasik ratah gitu pun sodap... sedut segala lemak2 dan isinya baru pada dengan harga.

Kari yang tidak sepertinya ni saya tambahkan dengan bendi dan tomato aje. Rasa dia? Takyah la nak masuk lif tekan sendiri ye dok? Tengok gambar pun dah tahu. Bila dah tengok gambar ni... rasa macam nak gi carik pulak kepala ikan... sedapnya....


KARI KEPALA IKAN
Resepi : Cheq Sue

Bahan-bahan :
Bawang merah - mayang
Bawang putih - mayang
Halia - mayang
Rempah 3 sekawan (kayu manis, buah pelaga, bunga lawang)
Daun kari
Santan pekat
Rempah kari ikan Adabi
Bendi, tomato, cili merah
Garam dan gula secukupnya
Minyak untuk menumis

Cara membuatnya :
Panaskan minyak dan tumis rempah 3 sekawan
Kemudian masukkan bawang merah, bawang putih dan halia, masak hingga agak garing
Selepas itu masukkan daun kari dan rempah kari. Goreng hingga rempah masak
Bila sudah masak, masukkan santan masak hingga mendidih
Seterusnya masukkan ikan, jangan lupa kacau ala2 manja supaya santan tak pecah minyak dan ikan tak hancur
Bila ikan sudah separuh masak, masukkan bendim tomato dan cili merah
Perasakan dengan garam dan gula
Bila sudah mendidih dan kuah mulai pekat, bolehlah diangkat


 "Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

6 comments:

  1. As salam...sebab takde idea tu yg kekadang update masakan paling senang, betul tak.

    ReplyDelete
  2. Kakak boleh terbaca ikan goreng. Ingatkah goreng kepala ikan tu dulu baru masak kari hihi... baca betul-betul nama ikan tu gerong:)

    Dpt kacang bendinya pun sedap apa lagi kalau dpt ikannya.

    ReplyDelete
  3. tengok kari kepala ikan ni mcm nk ngapppp jer..hehe

    ReplyDelete
  4. Teruja pulak saya nak tahu rupa ikan gerong... first time juga dengar namanya... dah dikhabarkan pipinya sedap terasa2 pula makan pipi ikan bayan yang besar tu!

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]