Monday, October 7, 2013

American Brown Cheese Cake

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Saya sangat teruja untuk mencuba ABCC setelah melihat di blog Kak Amie. Tak tahulah kenapa, rasa sangat nak buat, rasa sangat nak makan. Kalau dilihatkan bahan-bahan dan caranya cukup untuk saya berfikir berkali-kali tetapi dengan keazaman dan keinginan yang kuat akhirnya berjaya juga saya membuatnya. Banyak cabaran sungguh sebelum hari saya buat kek ni. Mula-mula nak beli whip cream, kedainya tutup. Dah ada WC, gelatin pulak tak ada. Dah ada gelatin tu, tengah dok buat baru sedar milo pun tak ada. Haishhhh... memang spoil sungguh, tapi dah sekerat jalan saya buat saja dengan apa yang ada.


Berpandukan resepi yang dikongsikan Kak Amie, penyediaannya mudah sahaja walaupun bahan-bahannya agak banyak.  Bila baca resepi elok-elok kita akan faham dengan apa yang dikatakan. Semuanya diterjemahkan dengan cara yang paling baik dan jelas oleh Kak Amie.

Saya gunakan springform saiz 8" yang mana agak kecil untuk kek ni. Kalau tengok tu sendat sampai ke atas. Rugi pulak tak guna loyang saiz 10". Next time, insyaAllah.


Untuk lapisan kedua (cheese) saya gantikan milo dengan white coffee instant, tu yang warnanya agak kelabu sikit. Kalau letak milo kompom rasa lebih sedap. Yang lain saya ikut sebiji2 seperti resepi. Cuma bila menimbang gelatin, saya perasan ianya agak banyak walaupun menggunakan penimbang digital. Sebenarnya saya hanya menimbang di atas kertas, tidak menggunakan mangkuk seperti selalu. Di akhirnya saya mendapati jumlah yang ditimbang agak banyak, dan mungkin itu juga mempengaruhi lapisan cheese dan mousse kek ini.

Yang kelakarnya bila dah siap kek ni, sampai dua hari dok dalam peti dek kesibukan saya di sekolah. Ada saja program sampai petang. Rupa2nya kek ni perlu dibiarkan dulu pada suhu bilik sebelum dapat dipotong. Masa saya keluarkan, agaknya belum fit lagi dengan suhu luar, jadi agak keras pulak. Bukan kata keras tapi tang yang ada gelatin tu jadi macam bergetah sikit.

Jadi bila dibiarkan dalam suhu bilik dengan masa agak lama, rasa sedap pulak dan hilang rasa 'kegelatinannya' tu. Rasa semuanya bercampur sekata dan memang ianya sedap sangat. Cuma bagi saya lapisan coklat di atas agak manis mungkin kerana saya menggunakan baking chocolate. Untuk loyang yang saya guna ni hanya separuh adunan coklat diperlukan.
Buat Kak Amie, terima kasih kerana sudi berkongsikan kek ini. InsyaAllah akan dicuba lagi pada majlis istimewa dengan bahan-bahan yang dinyatakan. Saya copy semula resepi untuk rujukan akan datang



AMERICAN BROWN CHEESE CAKE

Resepi : Chef Khoo See Yew

Sumber : Kak Amie



Bahan A : (Lapisan 1)
92 gram mentega
1/2 sudu makan nescafe
135 gram biskut Digestive - boleh gunakan biskut Marie - hancurkan
60 gram coklat chips

Bahan B : (Lapisan 2 : Bahan B, C & D - Cheese)
280 gram krim keju
35 gram mentega
80 gram gula

Bahan C :
1 biji telur gred A
40 gram serbuk  milo

Bahan D :
8 gram gelatin
40 gram air

Bahan E : (Lapisan 3: Bahan E & F - Mousse)
65 gram fresh krim
3 gram mentega
2 sudu makan serbuk koko
140 gram coklat masakan - potong kecil

Bahan F :
10 gram gelatin
60 gram susu segar
390 gram fresh cream - diputar sampai kembang
60 gram serbuk milo

Bahan G : (Lapisan 4 : Chocolate Topping)
210 fresh cream
9 gram mentega
1/2 sudu makan nescafe
290 gram coklat masakan - hancurkan / potong kecil

Cara:

Lapisan 1
1. Hancurkan biskut digestive dan masukkan dalam satu bekas.
2. Cairkan mentega dan semasa masih panas, gaul dengan serbuk nescafe.
3. Tuangkan mentega yang digaul bersama nescafe tadi ke dalam bekas biskut digestive. 
4. Masukkan coklat chips dan gaul dengan menggunakan spatula sehingga sebati.
5. Masukkan ke dalam loyang (loose base tin) berukuran 9"X9"X2 1/2" dan tekan -tekan sehingga padat.
6. Simpan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 30 minit.

Lapisan 2
1. Double boil Bahan D (gelatin & air).
2. Putar Bahagian B dengan kelajuan sederhana sehingga campuran menjadi licin.
3. Masukkan Bahan C dan Bahan D. Tukarkan kelajuan rendah dan putar selama 1 minit.
4. Tuangkan ke atas pastri dan sejukkan kembali.

Lapisan 3
1. Masak secara double boil kesemua Bahan E.
2. Masak secara double boil gelatin dan susu segar. (dari Bahan F)
3. Campurkan (1) dan (2) dengan fresh krim yang telah diputar, serta milo (Bahan F) dan kacau dengan tangan sehingga rata.
4. Tuangkan di atas lapisan keju.
5. Sejukkan dalam peti sejuk sehingga keras.

Lapisan 4
1. Masak secara double boil kesemua bahan G.
2. Tuangkan di atas lapisan mousse.
3. Sejukkan kembali.

Nota : American Brown Cheese Cake hendaklah disejukkan sekurang-kurang 2 jam di bahagian sejuk beku sekiranya ingin segera dinikmati. Jika disejukkan di bahagian bawah pula, perlu sekurang-kurangnya 4 jam dan sebaik-baiknya semalaman.
 

4 comments:

  1. tu diaaa...nampak sgt mebeles...cair didalam mulut...

    salam kenal & follow sini

    ReplyDelete
  2. Salam cheq sue, makan satu slice dh penuh perut nih. suka tgk org buat, tp tun prefer baked cheese cake.

    ReplyDelete
  3. Wah! Langkah kanan petang ni dapat jamu mata dengan ABC... he heheh minggu ni kak Amie terima 3 tempahan ABC (senang nak buat tak payah masak-masak lagi.) Sebenarnya tak serumit mana kan Sue, cuma kena faham betul2 sebelum nak buat tu. Terima kasih sudi mencuba, tapi kena makan sikit je takut naik menggunung lelemak (tak pedui lemak dah, baham je sampai ke cebisan biskut yang terakhir).
    Kek kelasi mabuk tu setiap kali kakak buat tak panjang umurnya sebab tak sampai 4 hari dah habis, tapi rasanya boleh tahan sampai 5 hari kot...

    ReplyDelete
  4. tahniah la cheq sue sebab Berjaya juga hasilkan kek yang mabeles ni walaupun banyak rintangan..memang Nampak sedap kek tu..

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]