Saturday, January 31, 2015

Alasan Untuk Bahagia - Asfan Shah

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Semenjak dua menjak ni layan pulak lagu2 Asfan Shah. Selain sedap nak dengar, lirik2ya pulak degebush kena kat diri sendiri...

-_-

Layan sepi hujung minggu...


Friday, January 30, 2015

Potato Fritter @ Cucur Kentang

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Saya tak ingat dah berapa kali dok bukak tutup draf ni. Asal nak tulis je beku... asal nak tulis je tak ada idea. Kali ni memang saya nak sudahkan jugak sebelum proceed pada draf yang lain... nampak tak ada lagi kat dalam draf yang belum setel. Hurmmmmm...

Cucur kentang ni memang jadi fenomena bermula hujung tahun lepas. Tinggal saya saja yang lambat nak buat. Sebenarnya zaman dok uni dulu memang selalu buat cucur camni, cuma kentang tu dipotong dadu, kecik2... pastu campur dengan ikan bilis. Cucur kentang tahun 2014 - 2015 ni di upgradekan sikitlah... 


Saya buat ni tak banyak, hanya guna kentang sebiji aje, itu pun jadi banyak jugak bila dah masuk bahan2 yang lain. 


Thursday, January 29, 2015

Edisi Terjebak : Belian Klik-Klik Online

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Saya ni sebenarnya agak gatal tangan kalau bab2 beli online.  Sebelum ni ada la dua tiga laman web yang biasa saya kunjungi, yang saya laburkan duit ke dalamnya. Bukan apa, bila kita beli online ni memang tak rasa duit keluar sebab tak pegang dan duit tu kita tak bagi orang...main klik2 je tahu2 duit dah kurang. Itulah yang saya fikirkan, orang lain tak tahu la macam mana pandangannya. Pastu satu lagi, dok CH ni mana la ada tempat nak menyopping, paling tidak kena turun Ipoh atau balik kampung, lain la kalau dok Kolumpo, hari2 boleh tabung duit kat Sogo.... Hi hi hi...


Walau bagai mana pun saya agak payah nak percaya laman web jualan online ni. Sebelum saya buat pembelian saya biasanya Google dulu testimoni orang yang pernah beli kat laman web tu. Cuma satu je lah, dari segi penghantaran ke CH ni memang agak lambat sikit kalau guna selain Pos Laju. Tu yang geramnya..


Wednesday, January 28, 2015

Roti Goreng Planta & Gula

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Ini merupakan menu pertama tahun 2015, masih belum ada watermark lagi. He he he... 

Ginilah kalau awal2 tahun, stok makanan masih belum ada di rumah, paling tidak beli saja makanan kering di kedai runcit. Kebetulan saya datang agak awal ke CH, tanpa persiapan pulak tu, maka makan pun mana yang ada saja. Saya ni sebenarnya tak berapa suka makan roti, kalau yang kosong2 saja, atau yang dicicah dengan air memang susah sikit nak layan. Tapi kalau dibakar dan di sapu kaya, ataupun roti gulung sardin tu memang cepat la habisnya.


Roti ni tercipta secara spontan je, bila saya sedar yang saya lupa nak beli kaya. Nak bakar kosong saja macam tak best, bila ternampak ada planta dekat dapur agak2 menjadi saya buat sajalah.


Tuesday, January 27, 2015

Seoul, Korea 2014 :: The Frozen Trip : Summary #17 [The End]

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Rasa kemain lama sungguh nak perabih pasal percutian sejuk beku ni... rasa idea pun dah sejuk beku juga gamaknya. Agak banyak tempat yang saya skip, sebab tak ada yang menarik. Kira ini yang penghabisan...sebagai penutup saya rangkumkan segala yang saya rasa sepanjang ketung ketang dengan trip ni.
 

KOREA, 2 thumbs up... memang best!



Seoul, Korea 2014 :: The Frozen Trip : Seoul - KL - Machang #16

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Hari kelima... hari terakhir di bumi Seoul. Hati tak sabar nak balik, tapi dalam masa yang sama agak sedih sebab masih ada banyak tempat yang tak dapat jejak. Tak apa, In Sha Allah ada rezeki boleh datang lagi. Pagi tu kami ke tempat jual permata, kemudian ke pusat kesihatan hati dan seterusnya ke Asian Grocery. Tapi tempat2 ni saya tak buat n3 la sebab tak ada yang menarik pun, sekadar melengkapkan iti aje.


Pada hari ni (12.12.14) diramalkan salji akan  turun. Dan masa dekat Asian Grocery tu memang salji turun. Alhamdulillah rezeki sekali lagi. Dari sana ke airport memang jamu mata la kami2 semua. Tengok sajalah dalam gambar di atas tum salji menempek di tingkap kapal terbang. Sebelum berlepas, terlebih dulu pesawat disembur dengan anti beku, dalam 20 minit jugaklah.


Monday, January 26, 2015

Seoul, Korea 2014 :: The Frozen Trip : Izzue Islam Di Itaewon #15

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Pagi terakhir di Seoul. Selesai sarapan di Itaewon, menuju ke bas. Tetiba kawan berlari2 anak... 

Nampak artis ni...

K-pop ke...
Nape orang lain tak lari pun?
Tetiba...
Macam kenal je dia ni... tapi sape ye...
Lalu saya teruskan perjalanan...

Izzue Islam kan?

Terdengar satu suara. 
Ha ah la. Izzue Islam ni. Patah balik ke belakang, terus masuk dalam barisan nak ambil gambar sesama...




Sunday, January 25, 2015

Seoul, Korea 2014 :: The Frozen Trip : Seoul Central Mosque (Masjid Seoul) #14

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Masjid Seoul yang terletak di atas bukit sekitar Itaewon ni merupakan destinasi yang wajib dikunjungi. Biasanya kalau ke luar negara, memang agak susah nak dengar azan, ataupun menunaikan sembahyang di masjid, kecuali di negara yang penduduk muslimnya agak ramai.

Begitu juga jika ke Korea, memang tak banyak masjid yang ada, dan pengalaman mendengar azan ketika berada di sini sangatlah menakjubkan. Ketika singgah untuk sembahyang jamak, sedang elok azan Asar berkumandang, memang merdu sekali alunannya. Rupa2nya azan dari Muslim Senegal. Pada ketika itu kebetulan juga ada majlis pernikahan rakan senegara mereka.


Oleh kerana lokasi di atas bukit, memang nak kena menapak sikit la. Agak2 sampai semput jugak baru sampai.


Saturday, January 24, 2015

8 Cara Bagaimana Untuk Bertenang-tenang Selalu

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 


1. Mulakan dengan niat.
Untuk bertenang selalu dan untuk membina ketenangan dalam diri, mulakan dengan niat. Kenapa Anda mahu bertenang? Mesti ada sebabnya kan. Sebagai contoh, Anda mahu bertenang mungkin sebab Anda mahu mengelak dari stress, mungkin sebab Anda mahu melatih diri supaya bertenang selalu atau simply Anda mahu merasai ketenangan dalam apa jua perkara yang Anda lakukan.



Friday, January 23, 2015

Beli T-Shirt Muslimah di Humaira Design

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Saya sebenarnya agak susah nak mencari @ membeli baju t-shirt. Salah satunya sebab saiz lah dan yang lain2 tu saya tak tahu nak beli kat mana. Sebab itulah saya banyak t-shirt pendek dan dipakai dengan inner. Dok di CH memang tak ada masalah, kalau turun bawah atau balik kampung memang sedikit berasap la jawabnya.


Apabila mengenakan t-shirt lengan pedek, penampilan saya biasanya tidak rasmi dan agak susah sebenarnya nak menggayakannya apabila nak keluar rumah ataupun ke Ipoh misalnya. Jadi saya riki2 dekat internet mencari baju muslimah @ t-shirt labuh yang lebih sesuai digayakan pada umur saya sekarang serta lebih menunjukkan gaya yang sedikit rasmi bila saya nak ke sesuatu tempat. Lagi satu bila ada baju muslimah ni, kurang dapatlah bergaya sedikit dan pada masa yang sama mengenakan busana yang menutup aurat selengkapnya.

Riki punya riki, saya terjumpa satu laman web yang menjual baju muslimah dengan harga yang agak berpatutan, iaitu www.tshirtmuslimah.com (Humaira Design). Humaira Design ni ada di dua tempat sebenarnya, satu di Tanjung Malim, Perak dan satu lagi di Bukit Mertajam, Pulau Pinang (www.humairadesign.com). Yang saya beli ni dari Tanjung Malim. Jadi saya promote yang di Tanjung Malim tu je lah ya. Ini sekadar perkongsian je tau, takde bayaran ke hapa, kot2 la ada yang sedang cari t-shirt muslimah bolehlah try tengok kat sini.


Thursday, January 22, 2015

Seoul, Korea 2014 :: The Frozen Trip : Gyeongbok Palace (Royal Palace) #13

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Pagi hari ke 4 dimulakan dengan kunjungan ke Gyeongbok Palace. Bila masuk ke sini ingat masa ke Beijing iaitu masa ke Summer Palace. Kawasan istana dengan adanya gate dua tiga peringkat, lebih kurang jugak lah yang ada di sini. Cuma pada keadaan sejuk beku, walaupun ada matahari, kepala ni tak sempat nak proses apa yang Andy terangkan. Gambar pun tak berapa nak banyak dekat sini, jiwa dah teringat dekat nasi lemak ayam berempah. Hi hi hi.... Di hujung2 trip ni memang dah tak semangat nak bergambar...


Sekeping gambar sebagai bukti. Walaupun time ni ada matahari tetapi rasanya masih sejuk beku, dengan keadaan agak berangin. Jadi gambar berbungkus ajelah.


Wednesday, January 21, 2015

Maafkan Aku - Asfan Shah

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Layan lagu... 
Layan perasaan...
Sedap didengar...
Lirik yang sangat bermakna...


Sorry... I can't be perfect!


Mini Multifunction Portable Electric Cooker

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Gajet pertama 2015. Saya memang dah lama cari benda alah ni untuk dibawa ke sekolah. Maklumlah sebagai pembawa bekal, benda ni akan menghangatkan semula apa yang saya bawa. Tahu sajalah bila makan makanan yang dah sejuk ni, memang tak berselera dan terkejut gigi dibuatnya. Apa ke bendanya 'BENDA NI' tu.....


Inilah ropenya benda yang saya nak. Mudah2 kita sebut aje electric lunch box...lebih kurang gitu lah. Memula saya jumpa dekat LAZADA tapi bila proses nak beli saya tengok kos penghantaran RM15, terkonjugat sekejap dibuatnya. Terus tak jadi beli. Riki2 dalam Google jumpa link dekat blog dan sampai dekat laman web www.rakuten.com yang tak pernah saya dengar. Baca testimoni apa semua, saya decide nak beli dan terus proceed. Harganya RM55, elok je lepas saya beli turun lagi jadi RM50. Tak kisahlah yang penting saya dapat benda ni. Rupa2nya ada banyak lagi design lain untuk electric lunch box ni. Hiiiiiiii punyalah kalam kabut saya nak beli sampai tak menyempat nak tengok2 dulu. Maklumlah ini kali pertama beli secara online.


Tuesday, January 20, 2015

Seoul, Korea 2014 :: The Frozen Trip : Plaza Doota, Namdaemun #12

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Selesai feeling2 salji di Everland, kami makan malam terlebih dahulu sebelum ke Plaza Doota untuk beli2 belah. Errr, ada ke perkataan ni? Plaza Doota ni dekat area Namdaemun, memang tempat yang famous amos untuk menghabiskan duit. Masa sampai ni kebetulan tengah hujan, lagi bertambah beku la dibuatnya. Nasib baik saja kat dalam plaza tu rasa la jugak haba2 panas.

[Kredit pic to Jari Manis. Click FULL ENTRY]

Kedai inilah yang kami singgah. ARIRANG SOUVENIR SHOP. Memang sebelum tu pun saya ada gak baca di blog JM. Memang kedai ni banyak jual barang2 souvenir cuma tinggal duit ajelah banyak ke tak nak membelinya tu. Jangan risau ya, kat sini pekerjanya tu boleh cakap Indon. 


Sunday, January 18, 2015

Belenggu # 21 ~ Mama...... (Tamat)

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera


“Mama, papa Leesa nak sambung pelajaran di Kanada. Papa tolong uruskan hal ini secepat mungkin.”
“Apa Leesa cakapkan ni?” Tanya mamanya.
“Leesa tak bergurau mama, papa.”
“Perkara yang lepas jangan dikenang lagi Leesa.”
“Tidak papa. Leesa cuma ingin hidup dengan semangat Leesa sendiri.”
Datuk Quzair dan Datin Syabillah berpandangan. Rasa bersalah merantai hidup mereka..
Kemudian, Alia berlalu pergi dengan satu keyakinan baru yang membungkam di dadanya.

Alia akan terus hidup Wan!!!
 

"Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

Friday, January 16, 2015

Seoul, Korea 2014 :: The Frozen Trip : Everland - Rezeki Salji #11

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Bila dah mula koreje ni mood nak mengarang memang tenggelam timbul. Kalau setakat n3 pendek2 tu boleh tahan lagi, tapi kalau kena yang panjang, yang banyak nak cerita sampai tak cukup jari nak taip, memang ambil masa sikit. Kena pastikan mood datang dulu baru boleh mula. Sebab itulah n3 percutian sejuk beku agak tertinggal jadinya, walaupun dah lebih sebulan saya balik dari sana. Walau bagai mana pun, lambat ke cepat ke tak kisahlah, yang penting saya akan cuba update slow2 untuk kenangan nak baca waktu tua2 nanti....


Waktu sampai di Everland, dah agak petang. Gitulah kalau ikut group kan, bukan kata nak menyesal cuma nak bagitahu. Biasa la waktu bukan milik kita. Pada saya nak ke sini seeloknya pada awal pagi, dapatlah menghabiskan seharian mencuba pelbagai permainan di sini. Walaupun saya tak berapa terliur nak main, tapi terasa la jugak bila waktu yang ada tu macam tak cukup hatta untuk pusing2 pun. Hanya diperuntuk dua jam... mana mungkin ye dak. He he he... Nak masuk dalam ni biasalah, urusan tiket2 semua dah settle, tinggal jejak kaki je...


Thursday, January 15, 2015

Seoul, Korea 2014 :: The Frozen Trip : Kimchi School / Cuba Hanbok #10

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Seterusnya kami bergerak pulak ke tempat membuat kimchi dan mencuba pakaian tradisional Korea iaitu hanbok. Oleh sebab geng kami ni ramai, maka kami dipecahkan pada 2 kumpulan. Saya mencuba hanbok terlebih dahulu sebelum membuat kimchi.


Jom naik tingkat 2...


Wednesday, January 14, 2015

Ayam Masak Halia

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Ayam masak halia, menu yang ringkas dan berkhasiat. Saya buat ni ketika perut rasa tak sedap, macam kembung, ada banyak angin konon2 dengan makan halia dapatla melegakan ketegangan perut. Hi hi hi... Rasa2 saya inilah pertama kali benda yang saya masak gunakan sangat banyak halia, kira2 sebesar ibu kaki untuk 2 ketul paha ayam saiz kecil, tambah pulak dengan lada hitam, memang berasap dalam perut dibuatnya. Dengan azam kononnya tahun ni nak makan benda2 pedas sikit dari biasa, memang masakan ni agak menyeksakan bagi saya, walaupun pada akhirnya saya berjaya menghabiskannya semua.


Selain sedap di makan bersama nasi panas2, masakan ni jugak sedap kalau digandingkan dengan bubur atau nasi lembik, walaupun saya tak buat...tapi saya rasa  camtu lah...


Tuesday, January 13, 2015

Belenggu #20 ~ Alia...

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera



Alia ke kubur Ikhwan lewat satu pagi nan sunyi dan tenang. Dia berjalan sayu ke persemadian puteranya. Rumput yang mulai tumbuh dicabut. Kemboja putih ditabur dan air mawar disiram. Sesungguhnya dia telah berusaha menjadi insan yang tabah. Lama dia berteleku di situ. Inilah ziarahnya yang terakhir lewat masa ini. Tapi dia tahu dia tidak akam melupakan persemadian abadi ini sepanjang hayatnya.
“Wan, Alia pergi dulu. Bukan untuk melupakan tapi untuk menjadi insan yang tabah sepertimu. Aku semadikan setiaku di sini… bersamamu!”
Alia mula menjauhkan diri dari tanah perkuburan itu. Pandangannya dihalakan ke hadapan. Sekilas dia memandang kuburan itu untuk memastikan ingatan yang berpanjangan. Dia meneruskan langkah… mengatasi perasaannya demi sebuah kehidupan yang harus dia tempuhi!
 

"Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

Monday, January 12, 2015

Ikan Terubuk Masin Goreng

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Satu lagi resepi mudah, siapa sahaja boleh buat. Saya sebenarnya taknak highlight pasal resepi ni. Saya tahu korang punya masakan lagi kebaboom. Saya ni as simple as that aje. Yang saya nak cerita adalah pasal ikan terubuk masin. Kenapanya????

Bukan apa, ini baru pertama kali saya makan, itupun hasil pemberian Cheq Da yang mana dibeli oleh suaminya yang berkunjung ke Sarawak.


Seekor yang diberi tu memang agak besar jugak. Saya bawa balik ke kampung, kalau nak harap makan sendiri di CH memang tak mampu nak habiskan. Pening jugak memula nak masak macam mana, at last jadiklah goreng bodoh2 aje, oreng kendian campk hirisan bawang dengan cili kampung.


Sunday, January 11, 2015

Belenggu #19 ~ Kini...

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera



Kini result STPM telah keluar. Tiada yang berdebar kecuali insan-insan yang inginkan kejayaan. Namun tiada yang dapat mengubah ketentuan. Bagi Alia, tiada yang dapat menggembirakannya. Dia teringat kepada arwah Ikhwan. Resultnya cemerlang. Semua prinsipalnya cemerlang. Namun, dia tidak dapat berkongsi kegembiraan itu bersamanya…
Dia teringat kata-kata Ikhwan satu ketika dulu.
“I dah study cun, so resultnya mestilah cun. Nanti kalau dapat kita ke oversea sama-sama ok.”
Namun segala janji itu terlerai kini. Air matanya jatuh lagi.
Puluhan keping gambarnya bersama Ikhwan ditatap lama. Tiba-tiba dia menjadi seorang perindu sepi. Merindu pada yang telah pergi…
 

"Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

Roti Bakar Lapis Inti Murtabak

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Masakan tanpa resepi, yang datangnya secara tiba2 bila berfikir bagaimana mahu menghabiskan inti murtabak ayam (resepi rujuk di sini). Kebetulan di rumah ada roti, lalu sahaja projek ini dilaksanakan. Lebih kurang seperti resepi roti lapis bakar, cuma yang ini saya gunakan inti sedia ada sahaja.


Roti terlebih dahulu saya celup dalam bancuhan susu Omega, kemudian dilapiskan dengan inti, lapis lagi dengan roti seterusnya sehingga habis. Cuma perlu dilenser terlebih dahulu loyang digunakan dengan marjerin atau mentega.


Saturday, January 10, 2015

Murtabak Ayam

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Saya memang penggemar murtabak, tak kiralah inti ayam atau daging. Kalau balik kampung atau bulan puasa murtabak memang menjadi pilihan saya. Kalau di CH ni memang payah sangat nak dapat murtabak. Kalau ada pun musim bulan puasa, itupun tidak memenuhi piawaian saya yang telah lama menikmati murtabak Kelantan.

Ternampak di blog Kak Maz, saya turut teringin mencuba. Mana tahu kalau kejadiannya boleh mengubat rindu kempunan nak makan murtabak. Projek ni berjalan hujung tahun lepas, biasalah n3 tertinggal nim....




Belenggu #18 ~ Alia...

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera


Alia merenung sekujur tubuh kaku yang dibaluti kain putih.  Dia sudah tidak berdaya untuk menangis. Apa yang mampu dihadiahkan kepada Ikhwan adalah sepotong doa semoga dia ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh.
Kemudian, perlahan-lahan dimasukkan ke liang lahad dan akhirnya bersemadilah puteranya di tempat yang aman. Saat itu juga airmatanya gugur berjuraian mengenangkan orang yang disayang telah pergi selamanya.
Riki disebelahnya kelihatan turut menyapu airmata. Selepas semua upacara pengkebumian selesai, sahabat handai yang menziarahi mula meninggalkan kawasan perkuburan itu. Tapi Alia belum mahu menginjak dari situ.

Ya Allah… Engkau peliharalah dia di kalangan hambamu yang terpilih. Jadikanlah aku seorang yang tabah dan sabar. Janganlah biarkan aku menuruti kata hatiku… sesungguhnya Engkaulah yang Maha Berkuasa ke atas segala sesuatu.

Begitulah doanya. Dia bangun dan lambat-lambat mengatur langkah. Seketika kemudian dia berhenti dan kembali merenung nisan yang terpacak.

Selamat tinggal sayang…

Alia kini melangkah ke dunia baru dan asing baginya… dunia tanpa Ikhwan!
 
"Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"