Aloyah termenung di depan laptopnya. Sudah 3 hari Aloyah
Café sepi tanpa sebarang entry. Dia bukannya tak ada
apa-apa untuk diupdate, tetapi ideanya kering. Tambahan pula gambar-gambar masakan
yang diambil sangat tidak memuaskan. Itulah yang mematahkan semangatnya nak
berblog. Line broadband pun dah makin tenat. Kalau diletakkan dengan kura-kura,
agaknya lebih laju lagi kura-kura tu berjalan daripada meloading. Dah beberapa
kali juga modemnya dibaling, tapi ke tilam sajalah. Nak baling ke lantai sayang
lagi…
Aloyah sekadar membuat blogwalking sambil melihat
apa yang kawan-kawan mayanya masak. Sekali tengok memang dia nak cuba semua.
Kalau tak habis, tukang makan ada di sebelah rumahnya. Pendek kata bila dia
memasak, orang lain yang untung. Itu yang selalu dikatakan Syafiza.
Dia membuka laman web My Resepi di toolbar, salah
satu lawan web masakan yang mula-mula dikenalinya sedari berkecimpung dalam
dunia masak-memasak. Laman web itu bukan sahaja memberi idea kepadanya, malah
kepada hampir keseluruhan wanita di Malaysia. Bagi yang tidak tahu, pelbagai
resepi di sediakan dengan pelbagai kumpulan masakan. Semuanya berbaloi untuk di
cuba. Aloyah menekan menu kek. Dia mahu membuat sesuatu untuk diisi ke dalam
blog. Mmmm… ada 1069 resepi yang tersedia. Bermacam-macam nama pun ada sekali
dengan jumlah komen dan berapa yang telah mencuba resepi berkenaan. Antara kek
yang paling banyak dicuba atau yang paling menjadi pilihan ialah cotton soft japanese cheese cake. Nampaknya ramai
betul penggemar cheese cake ya. Jadi Aloyah mengambil keputusan untuk mencuba.
Dia turut ingin merasainya.
Aloyah meneliti resepi kek tersebut. Kebanyakan
yang menghantar laporan menyatakan kek itu menjadi. Hanya ada 2 3 sahaja yang
gagal. Dia cukup takut sebenarnya bagi kek yang memerlukan pengasingan telur
putih dan telur kuning, macam nak buak kek sifon. Bukan apa, kadang-kadang
adunan tak cukup gebu, ada kebarangkalian kek tak menjadi. Tetapi, Aloyah tetap
meneruskan misi.
Mmmm, 6 biji telur. Banyak jugak. Tepungnya pula
hanya 80 gram, itupun dah dicampurkan tepung jagung dan tepung gandum. Iyalah,
cheesecake mana guna tepung banyak-banyak ye dak?
Aloyah mengikut langkah yang dinyatakan. Cream
cheese, butter dan susu dicairkan secara double boiler iaitu dengan meletakkan
bekas tak kisahlah aluminium atau kaca di atas air panas mendidih, bukan atas
api direct. Susah jugak nak mencairkan adunan tu. Aloyah perlu sentiasa kacau
bagi memastikan ianya tidak berketul. Setelah semuanya cair, ia perlu disejukkan
sebelum dimasukkan telur kuning, tepung, garam dan jus lemon. Ok, satu bahagian
dah siap. Aloyah harus membuat bahagian kedua pula iaitu menyediakan adunan
telur putih atau meringue. Ni yang dia seriau. Dia harus berhati-hati. Knead
hand whisker ditukar. Dia mahu menggunakan yang bersih. Tak boleh ada air atau
sebarang bahan asing. Setitik telur kuning pun tak boleh ada kalau nak beat
telur putih ni. Cerewet sungguh. Macam Encik Paris pulak.
Setelah dipastikan adunan telur putih bebas dari
telur kuning, Aloyah memasukkan ¾ sudu kecil jus lemon dan mula memukul hingga
foamy atau berbuih. Kemudian gula castor dimasukkan sedikit demi sedikit sambil
terus memukul sehingga softpeak (bertanduk). Setelah agak-agak cukup gebu
Aloyah memberhentikan whisker. Dia tidak mahu overbeat. Mudah sahaja nak
menentukan adunan sudah cukup dipukul atau tidak. Terbalikkan sahaja bekas
mengandungi telur putih di atas kepala. Kalau tak jatuh maksudnya dah ok la tu.
Loyang 9 inci yang telah siap disediakan dilapik
dengan baking paper. Pembakaran kek ni adalah secara water bath seperti juga
puding karamel krim keju yang pernah dibuatnya dulu. Aloyah meletakkan di dalam
loyang yang lebih besar dan menuangkan air panas ke dalamnya lalu dimasukkan ke
dalam oven bersuhu 160’C. Elok siap dia masukkan loyang ke dalam oven,
kedengaran ada sms masuk.
Ø
Buat apa tu kakak
o
Tgh baking Kak Muna. Knp
Ø
Mlm2 pun ada je projek kakak ni
o
J boring dok sesaje kak... diorang x ada. Afif dgn Medina
sihat?
Ø
Diorang keluar dgn abg, nk mkn roti
canai katanya
o
Akak x ikut?
Ø
Xnk la akk, byk yg akak nk buat ni
o
Ada apa akak sms kakak ni?
Ø
Akk nk tya kakak pasal silicon mould
ni
o
SM?
Ø
Akk ada beli tp takut nk guna. X
cair ke masuk oven?
o
Ish akk ni. SM x cair la smpi suhu 230’C.
Kakak pn ada, selamba je guna
Ø
Org jual tu pun ada ckp, tp takut la
akk
o
Kalau akk takut nk guna, blh buat
mould puding dulu. Xdelh ssh bila nk keluarkan
Ø
Nntilh akk cuba buat muffin. Bdk2
asyik tya je bila mama nk buat
o
Akk cuba je dulu, kalau xnk dh blh
bg kakak
Ø
Hish, mahal akk beli tau
o
Kakak gurau je. Nnti akk kirim slm
ya pada abg & ank2
Tersenyum Aloyah dengan sms kiriman Kak
Munawwarah, isteri abang longnya Muhammad Syukri. Memanglah. Silicon mould tu
sekali pandang macam plastik aje tetapi mempunyai ketahanan suhu tinggi. Aloyah
dah ada 3 koleksi. Salah satunya digunakan untuk membuat mini kek dulu. Di
awal-awal memang dia berperasaan seperti Kak Muna juga tapi dah lama ok aje.
Dia ada mendapat maklumat di blog Hasue.
Aloyah mengangkat loyang kek dengan hati-hati. Di
dalamnya ada air panas. Aluminium yang membaluti bahagian atas di buka. Konon-konon
tak mahu kek hangit tapi macam tak lawa la pulak bila putih aja, macam tak
masak gitu. Eh, kenapa kek ni mengecil di atas? Apasal pulak ya? Aloyah
kebingunan. Keknya besar di bawah dan kecil di atas. Kalau untuk tempahan tak
cantik langsung ni. Kenapa ya. Oooooo tadi dia ada tambah air dalam loyang,
tapi dia guna air sejuk, agaknya itulah sebab keknya jadi begitu.
Untuk menyelamatkan keadaan, Aloyah mahu
meletakkan coklat cair di atasnya. Kebetulan ada lebihan dia guna minggu lepas.
Aduh, piping bag pula dah habis. Aloyah menggunakan plastik biasa. Dan belum pun
siap coklat dilorekkan, plastik dah koyak. Kan dah kena...
‘Eh, tak payah la Encik Fareez bawak ke sini, saya
boleh ambilkan.’
Aloyah sedang menikmati cheesecake dipantry ketika
Ahmad Fareez masuk membawa mug.
‘Saya nak ambil air suam ni. Awak tak keluar rehat
ke?’
Muka Encik Paris nampak tidak bermaya.
Kebelakangan ini ada banyak kerja yang perlu diuruskan di pejabat. Audit,
kewangan, mesyuarat...macam-macam.
‘Malaslah nak keluar. Lagipun ada bekal ni.’
‘Apa awak bawak
hari ni.’
‘Cheesecake.’
‘Bak saya sikit.’
Aloyah meletakkan 4 keping ke dalam piring.
Bagaimanapun Ahmad Fareez sudah berlalu ke biliknya kerana ada panggilan.
‘Apa tu Loyah?’
‘Kek. Encik Paris mintak.’
‘Amboi, bukan main sayang kau dengan bos ya.’
‘Bukan gitu Kak Tipah, dia mintak tadi kan la saya
nak kata tak boleh. Lagipun ada banyak ni. Kalau akak nak pun ambillah.’
Dia tak faham betul dengan orang pejabat ni.
Selalu saja menyindir kalau dia bagi apa-apa pada Encik Paris padahal sebagai
pembantu dia harus menyediakan apa yang bos mahu.
Sunyi. Agaknya Encik Paris sudah habis berbual.
Aloyah mengetuk pintu dan menolaknya perlahan. Piring kek diletakkan di bucu
meja.
‘Nanti bawakan minit mesyuarat jabatan minggu
lepas ya.’
Minit mesyuarat? Nasib baik dia dah siapkan kalau
tak masak jugak dia nak bagi alasan.
Aloyah duduk sekejap di kerusi. Dia membuka buku
catatan.
·
~ Kopi
(pekat, kurang gula). Milo suam. Air suam
·
~ Western
/ cheese
·
~ Nasi
lemak Mak Nab, nasi putih + ayam goreng
·
~ Tak
pernah senyum
Itulah antara catatan awalnya terhadap Ahmad
Fareez. Tang makanan tu memang semua dah maklum akan kecerewetannya. Cuma yang
no 4 tu. Setakat hari ni dia belum nampak lagi senyuman Encik Paris. Mahal
sangat harganya....