Tuesday, January 8, 2013

Doh Asas Roti (Kak Hana)

 
 
Cheq sue buat roti ni untuk makan-makan minggu lepas, digandingkan dengan bubur kacang durian. Alhamdulillah, menjadi resepinya walaupun hanya dipenaikkan sekali sahaja. Tak sempat nak penaikkan kali kedua, kalau tak mesti lagi gebu rotinya.

Buat pun guna BM aje, senang. Lepas ni nak cuba buat untuk base pizza pula. Errr, macam speechless aje. Mood bz. Wassalam.

 
 
RESEPI DOH ASAS ROTI
sumber : hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan
500g tepung roti
50g gula - hana ltk 60g
1 biji telur
40g butter@marjerin
1sb shortening
1 peket yis mauripan @ 11g
1sk garam
250ml susu segar @ air cheq sue guna susu cair + air
*2 sudu besar susu tepung - jika tidak menggunakan susu segar, bancuh susu tpg dgn air  

Cara-cara (Kaedah Breadmaker)
Masukkan semua bahan ke dalam breadmaker.
Pilih setting DOUGH dan biarkan menguli sehingga siap. Biarkan doh naik kembang lebih kurang 1.30jam atau lebih kemudian uli semula. Tumbuk2an untuk mengeluarkan angin.
Bahagikan bulat2 kecil (size bergantung kepada loyang) kemudian susun ke dalam loyang yang telah digris dgn marjerin dan tepung. Biarkan naik sekali ganda lagi.
Sebelum bakar spray permukaan roti dgn air biasa dan bakar suhu 180 selama 15-20min atau sehingga masak keperangan.
Sejurus keluar dari oven, sapukan permukaan roti dengan butter@marjerin dan sejukkan di atas redai.

Stylish Thankyou

2 comments:

  1. salam cheqsu
    dah lama akak tak meroti best jugak boleh try resepi ni lagi sesekali makan roti sendiri yg panas2 tu mesti sedap bangat ni kan

    ReplyDelete
  2. nak roti cicah bubur jugaaa... terlior laaaa

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]