Saturday, January 26, 2013

Makaroni Lapis Bakar

 
 
Update dari kampung. Adesss nyaman sungguh dingin pagi yang tak pernah nak dapat kalau dok CH. Dengan bunyi ayam, burung-burung memang tersangatlah retro.
Pagi ni cheq sue nak kongsikan satu resepi mudah yang dibuat minggu lepas. Siapa pun boleh buat sebenarnya, resepi yang berdasarkan cuba dan jaya. Cheq sue buat ni ala-ala lasagna lapis, tapi menggunakan makaroni dan vegeroni. Lebih kurang sama juga dengan yang dibuat sebelum ini cuma versi lapis ni di improve sedikit dengan penambahan sos putih. Untuk resepi ni tak ada sukatan yang khusus, main agak2 aja...cuma di bawah ni cheq sue tuliskan apa bahan2 yang telah digunakan.
 
Keratan rentas di dalam, tak nampak sangat lapisan sos putihnya. Kat bawah tu pula hasil yang telah selamat di santap. Wallah... Ok, selamat menjamu mata, selamat berhujung minggu. Wassalam.
 
 
MAKARONI LAPIS BAKAR
  Resepi : Cheq Sue
Bahan & Cara A
Makaroni kering / pasta (cheq sue guna makaroni &vegeroni)
Ubi kentang
 
* rebus empuk dengan sedikit bawang dan minyak masak
 
Bahan & Cara B
Bawang merah, bawang putih
Daging ayam kisar
Sos spagetti tradisonal KIMBALL
Bunga kobis
Sos cili, sos tomato
Oregano kering
Garam & gula
* masak macam buat sos biasa
* kemudian digaulkan sebati dengan bahan A yang sudah disiapkan.
* bahagian yang sudah siap ni dikatakan sebagai bahan C
Bahan & Cara D
Bawang besar
Tepung gandum
Susu segar / susu cair
Lada hitam
Air
 
* untuk hasilkan sos putih
* yang penting kena 'masakkan' tepung gandum dulu supaya tidak berasa tepung dan masukkan cecair sedikit demi sedikit supaya adunan tidak bergentel
Bahan & Cara E
Keju cheddar - sagat halus
Cara-cara melapis :
Tuangkan satu lapisan C ke dalam loyang yang telah dilenser dengan minyak masak (boleh je kalau nak guna marjerin/butter
Tuangkan sos putih sehingga menutup lapisan makaroni (C)
Kemudian tuangkan satu lapisan lagi makaroni dan tutup dengan baki sos putih
Taburkan dengan keju cheddar sagat 
Bakar suhu 180'C selama 30-40 min (kalau nak garing boleh lebihkan masa)
Stylish Thankyou

5 comments:

  1. sedapnya..disbbkan hubby saya pengemar makaroni yang tegar..hehe saya kena try resipi ni..tq share...

    ReplyDelete
  2. sedap juga ni buat bekpes....ala...lapar plak...!

    ReplyDelete
  3. erm kawan saya suka buat benda alah neh tapi saya tak pernah makan. sedap ker?

    ReplyDelete
  4. masak dengan sepenuh hati, mesti le sedap

    ReplyDelete
  5. Sedapnya Cheq Sue... makan hangat2 ni alangkah nikmatnya! Tak sedap boleh habis 1/2 loyang!

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]