Thursday, February 27, 2014

Asam Pedas Ikan Patin Temerloh

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Ikan patin dari Temerloh ni dibeli oleh rakan serumah saya. Katanya dia ambil bahagian ekor saya ambil bahagian kepala (macam pembahagian pokok pisang monyet dengan kura-kura....). Bijak sungguh dia ambil bahagian ekor, isinya banyak dan kurang tulang. Tapi tak mengapa juga sebab saya memang suka bahagian kepala, masyuk bila maka-makan isi di bahagian itu.

Yang seronoknya ikan ni langsung tak berbau. Masa defrost, ada juga saya masukkan limau kasturi untuk menghilangkan hanyir tapi gamaknya ini ikan ori dari tempat asal, memang tak berbau langsung. 

Jadi, fikir-fikir nak masak apa, saya godeklah resepi di blog Kak Azie. Biasanya kalau ikan sungai / anak-beranak ikan air tawar ni saya agak buntu nak masak. Bila berkenan dengan resepi asam pedas, terus saya buat, tetapi saya tidak menumis rempah cilinya hanya sekadar rebus semua bahan hingga empuk. Sayurnya pula saya hanya masukkan tomato. Kalau tengok yang Kak Azie buat memang nampak sangat-sangat menyelerakan. Yang saya buat ni bukan tak sedap, bukan tak menyelerakan tapi tidak la menarik seperti yang dibuat Kak Azie.

Walau apapun, menarik atau tidak semuanya sudah selamat dihadam. TQ Kak Azie atas perkongsian. Resepinya saya dah copy untuk rujukan akan datang.


MASAK ASAM PEDAS IKAN PATIN

1 ekor ikan patin saiz sederhana
1 bunga kantan - belah 4 (saya tak letak)
1 ikat daun kesum
1 sb pes asam jawa adabi - guna air asam jawa
Garam dan serbuk perasa
Kacang bendi secukupnya

Bahan kisar:
6 ulas bawang putih
2 biji bawang besar - saiz sederhana
1 inci halia
1 senduk cili giling - saya guna 20 biji cili kering
1 ibu jari belacan

Cara cara:
Kisar bawang bawang, halia dan belacan. Tumis bahan kisar hingga wangi dan masukkan cili giling.  Masak sehingga cili benar benar masak. Bila naik minyak, masukkan bunga kantan, jika guna bunga kantan.

Masukkan setengah blender air (agak agak). Masak dengan api perlahan sehingga mendidih, baru dimasukkan ikan dan asam jawa.  

Renih atas dapur dan masuk daun kesum, kacang bendi, garam dan serbuk perasa. Kuah jangan terlalu pekat dan jangan terlalu cair. Sesuaikan kepekatannya.
Bolehlah dihidangkan dengan nasi putih panas panas.

Nota:
Jika terlebih masam, tambah air.  Mesti kena ada rasa masam dan pedas, baru sedap.

6 comments:

  1. hai..salam cheq sue..

    wah, awal pagi lagi tayang asam pedas ni kan..hehe..memang sya suka sangat makan asam pedas..feberet ni..

    ReplyDelete
  2. memang sedap asam pedas bila2 masa saja tambahan belum bekfes ni sedapppppp

    ReplyDelete
  3. Wah! sedapnya asam pedas cheq sue... bak nak ckit!

    ReplyDelete
  4. Sedapnya cheq shue.... hulur kat akak semangkuk cheq shue.. lazat tak terperi bila menghirup kuahnya tu :)

    ReplyDelete
  5. perkh mmg tak blh tgk kepala ikan... part paling feveret tnih

    ReplyDelete
  6. Kalu pi temerloh pekena ikan patin masak tempoyak...mashyukkk sgt

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]