Saturday, November 30, 2013

Sponge Cheese Cake

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Inilah yang dikatakan dugaan berblog. Bila nampak orang lain buat atau cuba, kita pun sibuk2 jugaklah cari bahan2 kat dapur. Kalau ada terus boleh cuba jugak, tapi kalau bahan tak cukup tu resah gelisah rasanya nak terus ke kedai mendapatkan apa yang kurang untuk membuat apa yang di hadapi.

Begitu juga degan penangan kek span krim keju ni. Saya buat selepas sehari Kak Lina mengongsikannya di blog. Semua bahan dah ada, jadi terus on projek. Tapi saya hanya buat setengah adunan sahaja, menghabiskan krim keju yang digunakan untuk membuat frosting. 


Sebenarnya resepi kek span yang Kak Lina olah tu dah selalu jugak saya guna. Tapi tak terfikir jugak untuk memasukkan CC ke dalamnya. Cuma hasil pertama saya ni tak la cantik, agak kurang menjadi jugak kerana terbantat sedikit di bahagian bawahnya. Masa cairkan CC, masih ada yang berketul2 gitu. Saya selalu sahaja fail bab nak cairkan CC ni. Tapi seperti yang dketahui, kalau kek yang ada CC ni, bantat sikit pun tak apa sebab masih lagi boleh di makan dan tak mengubah rasa kek berkenaan. ** Sambil2 nak memujuk hari jugak ni!


Pada saya kek ni sangat sedap dan hampir menyerupai kek keju yang selalu dibeli d TESCO. Tengok sahajalah dalam gambar di atas, boleh nampak kegebuan dan ringannya kek yang terhasil. Dan jangan risaulah, kek ni memang akan dibuat lagi lain kali. Stok CC pun dok ada je dalam esbok tu. Tinggal datang angin rajin je..

Kat dalam gambar dibawah ni boleh nampak kek yang bantat seperti saya cerita kat atas tu. Sadis kan? Yang atas tu dah spongy dah... Apapun TQ Kak Lina yang berkongsikan olahan ni. Saya copy semula resepi di bawah untuk rujukan akan datang.


RESEPI SPONGE CHEESE CAKE
By : LiNa Pg
 
Bahan-bahan (Saiz 9inci )
150g Tepung Super Fine
1 st serbuk penaik
150g gula kastor (LiNa Pg gn 120g)
5 biji telur gred A
1 sudu besar ovellete
80ml air biasa
80ml minyak/butter cair
250g cream cheese

Cara-cara
Cairkan cream cheese secara double boil.Sejukkan sebentar
Tepung super fine dan serbuk penaik diayak terlebih dahulu.
Satukan gula, ovalette, tepung, serbuk penaik dan telur dalam mangkuk adunan.
Pukul hingga pekat dan gebu selama 5 minit dengan kelajuan tinggi.( tapi nie terletak kepada kalajuan pengadun)
Perlahankan kelajuan dan masukkan air pukul lagi dengan kelajuan tinggi selama minit atau sehingga aduan kek benar2 ringan.
Tuangkan minyak/ mentega cair dan juga cream cheese ke dalam adunan dan gaul dengan senduk/spatula sehingga sebati.
Sediakan tin pembakar bulat 9inci atau 4segi ukuran 8inci, griskan dasarnya dan lapik kertas serap minyak. tuangkan adunan dan bakar selama 45minit atau hingga masak pada suhu 150 - 180darjah celcius (LiNa Pg bakar suhu 165'C)
Bila dah masak terus keluarkan dari oven dan telangkupkan kat atas redai kek...lebih kurang 5 minit...bagi mengelakkan kek kita kecut.
Kemudian bolehlah diterbalikkan semula kek, biarkan sejuk sebentar.Keluarkan kek dari loyang.Sejukkan di atas redai.
kek dimasak mengunakan api bawah dan atas

 

Friday, November 29, 2013

Kuih Cek Mek

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Sepanjang hampir 3 tahun berblog, saya belum pernah up kan tentang kuih cek mek. Katanya kuih made in Kelantan tapi malu la kalau tak tahu buat kan? Sebelum ni memang ada la buat, tapi itulah, tak pulak mengambil gambar dan masukkan kat sini. Saya tak berapa suka makan cek mek sebenarnya kerana air gula di dalamnya tu sangat sensitif pada gigi saya. Jadi kadang2 bila buat tu satu dua je saya makan.


Kebetulan baru ni kemas-kemas rumah sikit, terpandang 3 ketul keledek kuning yang saya bawa dari kampung sejak Aidiladha lalu. Punyalah lama sampaikan di bahagian hujungnya dah mengecut dan kering. Haiiii, dasyat sungguh anak dara sorang ni. Jadi fikir2 nak buat apa... bila search resepi ada Kak Besah kongsikan kaswi keledek tapi tak sedap kalau makan tak ada kelapa. Jadi fikir2 buat cek mek ajelah, senang dan tak banyak bahan.

Sebenarnya nak buat cek mek ni tak perlukan banyak bahan. Yang penting jangan guna tepung banyak, agak-agaklah supaya balance dengan ubi tu. Tapi saya ni cakap je pandai, kemain suka agaknya ambil tepung dalam bekas, dah terlebih pulak. Jadi bila dah terlebih tu kenalah tambah air sikit supaya dapat uli dan bentuk dengan elok. Bila dah begitu begini, mmmmmm memang jadi agak keras sikitlah.

Keras pun tak mengapalah asalkan masih boleh di makan. Kalau nak tengok hasil yang cantik boleh ke link blog Kak Azie yang saya copy di bawah.


KUIH CEK MEK
Sumber : Kak Azie

Bahan bahan
ubi keledek oren
tepung gandum
sedikit gula

Rebus ubi sampai empuk. Lenyekkan.
Ubi yg telah dilenyek diuli dan digaul bersama tepung gandum. Agak agak lah kelembutan adunannya.  Kalau terlebih gandum, adunan menjadi keras.  
Bentukkan kuih cek mek molek. Masukkan sesudu gula dan dibentuk membujur. 
Goreng dalam minyak panas yang banyak dengan api perlahan agar gula hancur menjadi air gula semasa digoreng. 
Angkat bila kekuningan. Awas gula panas, jadi berhati hati jika makan kuih cek mek molek semasa panas panas. 

Thursday, November 28, 2013

Resepi Guacamole Dip & Kerepek Jagung

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Tahun ni Alhamdulillah pokok avocado belakang rumah berbuah lagi.  Yang dibelakang rumah kawan saya pun berbuah juga. Jadi baru-baru ni setelah bermalam di rumah Kak Nor, saya ambil dua biji untuk dibuat guacamole setelah saya melihatnya di AFC.

Heran jugak kan, apa benda yang sedapnya guacamole tu? Saya yang tak pernah makan ni memang semangat nak mencuba. Selagi tak buat, selagi tu tak tahu kan? Kata chef di AFC tu, sebenarnya guacamole ni ada bermacam versi, bahan pun tak sama. Cuma yang asasnya kena ada avocado dan jus limau. Bahan-bahan lain yang ditambah bergantung kepada selera untuk meningkatkan lagi rasanya. Dalam rancangan tu chef turut menunjukkan beberapa bahan yang digunakan.

Saya hanya menambahkan tomato cincang dan bawang besar ke dalamnya. Kalau nak pedas boleh masukkan cili. Kalau ada daun ketumbar pun sedap juga di tambah. Jadi dengan bahan-bahan yang saya guna, saya lenyekkan bersama menggunakan garfu, kemudian kacau sebati.

Gandingannya tentulah kerepek jagung (tak ingat jenama apa, tapi dalam bungkusan biru + purple) perisa keju. Patutnya ambil perisa BBQ, baru rasa ada pedas-pedas sikit. Secara peribadinya bila dah rasa ni, mmmm sedap lagi pencicah keropok kita. He he he... Agak 'kureng' sikit pada lidah saya, cuma bila terkena tang masam2 limau tu barulah sedap sikit. Kesimpulannya, untuk mencuba kira ok lah, nanti dah boleh cerita pada kengkawan bagaimana rasanya.

Jadi kalau ada yang nak cuba saya tulis semula resepi ringkas di bawah.


GUACAMOLE DIP
Resepi : Cheq Sue

1 biji buah avocado + 1 biji bawang kecil (dadu) + 1/3 biji tomato (dadu) + sedikit jus limau + sedikit serbuk lada hitam + sedikit garam
- campur semua bahan di dalam satu bekas
- hancurkan semuanya dengan menggunakan garfu
- boleh dihidang dengan kerepek jagung segera

Note : update dari PD ♥♥

Wednesday, November 27, 2013

Sunrise at The Peak ~ 1

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Seminggu dua ni asyik keluar rumah awal untuk ke pusat peperiksaan. Kalau drive sendiri dalam 6.40 pagi, kalau tumpang orang dalam 6.45 - 6.50 pagi baru jalan. Jadi dalam perjalanan tu selalu nampak matahari naik (sunrise) bermula di Kuala Terla sehingga simpang Hotel Nova dan Hotel EQ. Saya memang dah target, satu hari mesti datang sini snap gambar sunrise tu. 

Dah alang-alang ada rehat dari jaga exam, 23 haribulan lalu saya dan Mok Ja serta Hawa, sepakat nak menengoknya. Berharap sangat dapat tengok mentari naik seperti yang dilihat sebelum ini, tetapi tak ada rezeki kerana pada pagi itu kabus dan awan agak tebal sehingga menutup serakan cahaya pagi.

Seawal 6.15 pagi keluar dari rumah, inilah hasil yang dapat dikongsi. In sha Allah lepas ni nak datang lagi, mungkin musim kemarau sikit. Sekarang ni asyik hujan je, itu yang gamaknya awan dan kabus menjadi tebal. Moh nengok... Apa yang boleh di kata, indahnya ciptaan Yang Maha Esa...









Lepas ni, tengok versi dua pula sama ada dapat snap view yang lebih baik dari ni..

Tuesday, November 26, 2013

Love Is...

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

The Heirs / The Inheritors

Cinta hati terbaharu... 


KOREAN LYRICS
Love is feeling 그대를 처음 본 순간 Love is feeling
시간이 멈춘 듯 그대와 함께 사랑하고 원했죠

Love is my pain 사랑을 더할수록 Love is my pain
세상이 질투해 그대란 사람을 아프게 해요

내가 숨을 쉬게 하는 사람 심장 깊이 새긴 사람 하나입니다
나의 눈물 속에 사는 사람 가슴속에 숨긴 사람 하나입니다

그대 하나입니다
그댈 사랑합니다

내가 잊지 못할 사랑이여 행복했던 사랑이여
Love is love is love is love is feeling

Love is my heart 멈출 수 없는 사랑 Love is my heart
지독한 슬픔도 우리의 사랑을 막을 수 없죠

내가 숨을 쉬게 하는 사람 심장 깊이 새긴 사람 하나입니다
나의 눈물 속에 사는 사람 가슴속에 숨긴 사람 하나입니다

나의 소중한 사람 사랑을 알려준 사람 그대입니다.
오~ 나의 머리 속에 박힌 사람 기억 속에 사는 사람 그댑니다

그대 하나입니다
그댈 사랑합니다

내가 잊지 못할 사랑이여 행복했던 사랑이여
Love is love is love is love is feeling

Love is feeling

ENGLISH VERSION
Love is feeling – the moment I first saw you – love is feeling
As if time had stopped, I was in love with you and I wanted you
Love is my pain – the more I love – Love is my pain
The world gets jealous and hurts someone like you
The person who makes me breathe, there’s only one person who is deeply engraved in my heart
The person who lives in my eyes, there’s only one person who I’ve hidden in my heart
You, the one person
I love you
My unforgettable love, my happy love
Love is love is love is love is feeling
Love is my heart – an unstoppable love – Love is my heart
Even a severe sadness can’t stop our love
The person who makes me breathe, there’s only one person who is deeply engraved in my heart
The person who lives in my eyes, there’s only one person who I’ve hidden in my heart
My precious person, the person who taught me love, it’s you
The person who is nailed inside my head, the person who lives in my memories, it’s you
You, the one person
I love you
My unforgettable love, my happy love
Love is love is love is love is feeling
Love is feeling

Resepi Grill Salmon Mudah

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Saya kan dah lama betul nak rasa ikan salmon. Kebetulan masa ke MYDIN Meru baru-baru ini, ada terjumpa fillet salmon, sekeping dalam RM5 gitu, kira ok lah kan. Jadi saya beli la sekeping, nak rasa dulu. Saya cuba masak secara grill, maksudnya tak berlebihan untuk mengetahui rasa salmon sebenar. Saya masak simple je, hanya perap sebentar dan grill dalam pan. Tak ada sos pun, hanya digandingkan dengan salad tomato dan baby carrot.


Dengan perapan simple, memang boleh rasa ikan salmon tu. Buat yang pertama kali merasa seperti saya, salmon ni sebenarnya tawar je isinya. Agak berlemak sedikit. Bahagian kulitnya yang garing memang sedap. ** Nak buat camana, tekak ni dah biasa dengan ikan kembung dan selayang. *_*

Secara keseluruhan, agak sedaplah apa yang terhasil ni. Nak kata masuk bakul angkat sendiri tak jugak. (Kalau naik lif tak tekan, lambat sikit nak bergerak kan....). Kalau makan gitu je tak berapa sangat, kena cicip dengan sos cili dan mayonis.

Kalau ada beginner yang nak mencuba, saya tulis semula resepi dibawah.


GRILL SALMON
Resepi : Cheq Sue

1 keping ikan salmon + 1 sb sos tiram + 1/2 sk lada hitam. Perap 1/2 jam (atau lebih lama)
Panaskan sedikit butter dan grill ikan sehingga masak dan garing

Untuk salad kentang, rebus kentang dan baby carrot dengan sehelai daun bay dan sedikit garam. Toskan air. Bila dah sejuk gaulkan dengan mayonis.

Bolehlah dihidangkan dengan ikan salmon. Jangan lupa perahkan sedikit jus limau semasa makan

Monday, November 25, 2013

Resepi Fillet Dori & Mayo Selasih

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Selalu jugak beli ikan dori ni, tapi biasanya dimasak celup tepung dan dibuat kuah masam manis. Kalau nak makan begitu saja rasanya ikan dori ni tak berapa sedap kerana isinya yang agak tawar dan tidak padat. Kalau dinner dekat hotel memang selalu ada menu ni.

Jadi fikir-fikir saya nak cuba buat sesuatu yang saya boleh makan dengan sos mayo. Sos mayo ni pulak saya terbayangkan campuran sos dengan daun basil, tapi saya hanya guna selasih biasa (tempatan) je, malas nak ambik basil belakang rumah.


Nah... posing sikit dengan bunga mawar dari halaman rumah sebelah. Sweet je dok dalam fillet ikan ni. Sekali pandang fillet ikan ni memang tak menarik aih. Nampak sadurannya agak kurang rangup kerana saya hanya menggunakan tepung beras. Sebenarnya boleh guna tepung jagung atau tepung perapan segera, baru jadi cantik sikit. Tapi tak mengapalah, setakat nak makan sendiri je...

Untuk fillet ni saya hanya gandingkan dengan fries sahaja. Pelengkapnya sekadar mayonis yang dicampur selasih serta sos cili. Selalu kan tengok di AFC mat salleh suka sangat campur herba dalam mayonis. Agak2 kalau macam ni boleh buat dressing salad jugak.

Kalau ada yang nak cuba saya dah tuliskan resepi di bawah ni. Jangan segan-segan ya...


FILLET DORI & MAYO SELASIH
Resepi : Cheq Sue

Fillet dori :
5 keping fillet dori
Tepung beras + serbuk lada sulah + serbuk cili : gaul rata
2 biji telur + 2 ulas bawang putih (cincang) : kacau sebati

Mayonis selasih :
5 sb mayonis + 5 sb air + daun selasih (tempatan) cincang
- kacau hingga sebati dan rata

Cara membuatnya :
- fillet dori yang telah dibersihkan digaul ke dalam campuran telur dan bawang putih
- kemudian salut dengan campuran tepung
- buat langkah di atas 2 kali
- kemudian goreng dalam minyak tohor
- hidangkan dengan mayo selasih dan sos cili

Sunday, November 24, 2013

Jodoh Pasti Bertemu - Afgan

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

 

Urusan jodoh, maut, ajal pertemuan di tangan Tuhan, semuanya dalam rencanaNya. Kita hanya mampu berdoa dan meminta agar segalanya dipermudahkan...

Kalaulah dia bacan entry ni... lagu ni untuk dia -_-

 

JODOH PASTI BERTEMU - AFGAN

Andai engkau tahu betapa ku mencinta
Selalu menjadikanmu isi dalam doaku
Ku tahu tak mudah menjadi yang kau pinta
Ku pasrahkan hatiku, takdir kan menjawabnya

Jika aku bukan jalanmu
Ku berhenti mengharapkanmu
Jika aku memang tercipta untukmu
Ku kan memilikimu, jodoh pasti bertemu

Andai engkau tahu betapa ku mencinta
Selalu menjadikanmu isi dalam doaku
Ku tahu tak mudah menjadi yang kau pinta
Ku pasrahkan hatiku, takdir kan menjawabnya

Jika aku bukan jalanmu
Ku berhenti mengharapkanmu
Jika aku memang tercipta untukmu
Ku kan memilikimu, jodoh pasti bertemu

Jika aku (jika aku) bukan jalanmu
Ku berhenti mengharapkanmu
Jika aku memang tercipta untukmu
Ku kan memilikimu

(Jika aku bukan jalanmu)
Ku berhenti mengharapkanmu
Jika aku memang tercipta untukmu
Ku kan memilikimu, jodoh pasti bertemu

Roti Pizza

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Hasil sampingan yang terjadi daripada roti sandwich dan sos tomato panggang. Selalu kalau buat roti pun tak akan dapat habis satu adunan. Dengan menggunakan roti sandwich BMmade, saya up kan sikit rasanya supaya lebih menarik perhatian dan bernilai tinggi. Ya lah, kalau nak harapkan roti sesaje kureng sikit nak laku. Yang ni dalam 5 keping (saya potong tebal), saya bakar menggunakan pemanggang ajaib. Sebab tu la kalau tengok bahagian cheesenya tu belum cair sepenuhnya.


Sekali pandang, roti sandwich tu macam roti benggali. Bila dipotong tebal dan dibuang kerak ditepinya, sesuai jugak dibuat roti bakar ala kopitiam.


Resepi roti pizza ni rasanya tak perlu ditulis lagi. Yang penting kena ada roti, sos (boleh je guna yang segera) dan keju (saya guna cheddar). Kalau bakar dalam oven bolehlah lama sikit sampai keju tu cair. Tapi bukan nak cakap, roti pizza ni memang sedap dimakan panas-panas. Kena pulak di CH asyik hujan, sejuk je memanjang. Sesuai sangatlah.

Jadi, mana yang tak ada idea tu cepat-cepatlah ke kedai, beli roti, sos dan apa-apa yang patut. Saya memang takleh nak sharelah... dah habes semuany!

Saturday, November 23, 2013

Restoran Z-karnain, Simpang Pulai

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Restoran ni saya dan kengkawan singgah selepas balik dari Taiping. Dah selalu jugak makan di sini tetapi tak pernah mengambil gambar untuk di kongsi. Jadi alang-alang ramai yang ada, tak la segan sangat saya nak mengambil gambar. Guna fon aje...


Saya rasa signboard ni baru je di pasang. Dulu tak ada. Dan seingat saya dulu ianya dikenali dengan nama Restoran Zulkarnain. Lebih kurang je dengan yang sekarang.

Lokasinya adalah berdekatan simpang empat Ipoh - CH - Gopeng - Pengkalan, bersebelahan dengan kedai dua ringgit. Memang nampak jelaslah dari jalan besar tu. Biasanya dibuka sebelah petang hingga ke malam dengan menyajikan masakan panas. Ianya menyajikan masakan Thai dengan pekerja dan tukang masaknya dari Kelantan.


Keadaan di dalam restoran. Kawasannya luas, agak bersih juga. Kerusi mejanya banyak.


Antara yang di makan. Pelbagai menu yang boleh ditempah. Ada yang sedap, ada yang tak berapa sedap. Yang saya order (mee hailam) agak masin, manakala nasi goreng USA tu agak sedap juga. Boleh juga diorder secara set dengan pilihan makanan yang telah ditetapkan.


Jadi kalau sesiapa yang ada lalu di sini, samada nak ke Ipoh atau ke CH, boleh la singgah dan rasa macam mana. Kalau sedap bolehlah singgah lagi!

C@AC 8 : Rainbow Cake




Aloyah, Bada dan Syafiza sedang menikmati dinner set di KFC sempena meraikan ulangtahun Bada dan Fiza yang kebetulan jatuh pada tarikh yang sama. Di hari ini genaplah umur mereka 25 tahun. Aloyah menawarkan diri untuk belanja tetapi Syafiza menolak dengan alasan dia mahukan kek free.
‘Pandai kau ya…’
‘Dah lama aku mengidam nak makan kek pelangi. Nanti kita pergi la makan kat mana-mana as a celebration. Kau boleh join tak Bada?’
‘Kalau petang esok boleh la sebab pagi aku nak ke sekolah dulu.’
‘Petang elok la, boleh kita masak benda lain sikit-sikit. Kau ajak la sekali pakwe sebelah tu.’
‘Aik, bila pulak kau berpakwe dengan jiran kita ni Fiza? Diam-diam kau ya.’
‘Jangan kau dengan loyar buruk Loyah ni. Pepandai je nak kenakan aku.’
‘Nanti kita boleh makan gulai kat Kelantan la pulak ya Bada. Hish tak sabarnya aku.’
‘Cakap pasal makan gulai ni aku nak bagitahu korang sesuatu.’
‘Kau nak kahwin jugak ke?’
Senyuman Badariah menjelaskan segala.
‘Aku nak bertunang minggu depan ni.’
‘Tahniah…dah sampai seru housemate aku ni. Tinggal aku ajelah nanti. Fiza dengan Mail pun dah tak lama.’
Adeeehhhh… sepantas kilat ada sepit ketam mendarat di lengan Aloyah. Merah padam muka Fiza sambil Bada tertawa memandang. Memang padan sangat Syafiza dengan budak Mail tu. Dia pun setuju sangat. Dia selalu nampak mereka makan berdua di kantin.
Balik dari KFC mereka bertiga membeli barang keperluan untuk makan-makan esoknya. Oleh kerana Fiza telah bersetuju untuk membantu, Aloyah sudah memikirkan beberapa menu untuk dimasak.



‘Susah ke nak buat kek ni Loyah?’
‘Susah tak susah, tapi kalau kat kedai 7 8 puluh ringgit jugak orang jual.’
‘Bahan-bahannya tak la banyak. Macam buat kek biasa je aku tengok.’
‘Kalau tengok bahan memang la sikit. Cuba kau tengok cara-cara nak membuatnya tu. Berapa lapisan nak kena bakar satu-satu. Kalau bukan sebab kau aku tak buat tau.’
‘Terima kasih Loyah. Tu yang aku sayang kat kau.’
‘Masa ni la baru kau nak sayang ya?’
He he he…
Dengan menggunakan resepi yang dicetak dari blog Juwita Farez, Aloyah pantas menyediakan adunan seperti yang dinyatakan. Istimewanya kek ni sebab menggunakan hanya telur putih. Kiranya kurang kolesterol dari kek biasa yang ada telur kuning. Cumanya dengan menggunakan hand mixer agak seksa jugak nak memutar adunan butter dengan telur. Dia tak mahu nanti keknya bantat atau tidak menjadi. Bila difikirkan memang dia nak sangat mixer KENWOOD tu, time macam ni la kerjanya jadi lebih cepat.
Untuk kek ni, Aloyah membahagikannya kepada 6 bahagian kerana pewarnanya hanya ada 6 jenis sahaja iaitu merah, kuning, oren, biru, hijau, pink dan ungu. Kalau ada satu lagi complete la warna pelanginya. Jadi Aloyah harus membakar sebanyak 6 kali sebelum ianya selesai. Setiap satu warna perlu dibakar dalam 15-20 minit. Bila dah masak, yang paling penting ianya perlu dilapik dengan baking paper supaya tak melekat antara satu sama lain. Sambil menunggu adunan-adunan kek masak, Aloyah memutar whip cream. Dia lebih suka menggunakan whip cream untuk aising kerana ianya mudah. Tuang aje dalam bekas dan whip sehingga kembang. Bila dah selesai, dia menunggu 1 lagi adunan yang belum siap di bakar sebelum mula menghias. Kek ni sedap dimakan sejuk. Jadi semalaman dalam peti ais lagi menyedapkannya.
Bada dan Fiza yang terpaksa menemaninya sedang berinternet. Keduanya sedang anyik melihat ke skrin. Apa pulak yang hendak dibelinya tu. Dia cuba meninjau. Lorrr… tudung la pulak!
‘Siapa yang nak beli ni?’
‘Bada la. Aku tak mampu nak beli, mahal sangat.’
Aloyah merapatkan pandangan. www.jelitasara.com. Sehelai 175 hengget? Allahuakbar.. Kalau shawl yang dia biasa beli tu baru 10 – 15 hengget, dah berpuluh helai boleh dapat.
‘Kau tak rasa mahal ke ni Bada?’
‘Eh ni oklah, kualiti bagus mestilah harga mahal sikit. Tengok awning pun lain tau.’
Kualiti bagus? Macam sama je dengan yang dia selalu tengok kat kedai tudung. Tapi bila tengok modelnya pakai boleh tahan jugak.
‘Yang mana kau nak beli?’
‘Kaler biru ni. Kau rasa cantik tak?’
‘Aku tak berkenan, macam alas meja je.’
Alas meja? Rabun ke hape Aloyah ni? Mentang-mentang la ia tak pakai tudung ni suka-suka je cakap tak cantik.
‘Kau tak pernah pakai. Cuba kau pakai sekali baru kau tahu.’
‘Nantilah mana-mana yang kau dah tak nak pakai tu boleh la bagi aku.’
‘Kau tak cuba tengok tudung Fareeda ke?’
Tahu pulak Fiza ni tudung Fareeda bagai. Kalau kat pejabat Kak Lin memang pelanggan setia tudung Fareeda. Nyata Jelita gitu!
‘Aku ada beli dulu tapi tak selesa dengan awningnya.’
Aloyah meninggalkan budak berdua tu setelah ovennya membunyikan isyarat masa. Mata dah mengantuk, dia perlu segera menghias kek. Malam ni nampaknya tak berkesempatan lagi nak mengupdate blog. Aduyai…
Kek yang telah siap disusun dengan dilapisi aising. Setelah siap 6 susunan, kelihatannya agak tinggi. Rupa-rupanya Aloyah dah salah loyang. Patutnya guna loyang lebih besar. Aloyah membuat coating di bahagian luar untuk mengelakkan serdak kek bercampur dengan aising. Seterusnya dia melepa aising setebal 1 cm dan meletakkan bunga-bunga menggunakan nozzle gerigi. Bancuhan aising dah agak lembik sikit, mungkin lama dibiarkan kat luar. Dalam 45 minit, barulah siap kerjanya menghias. Peralatan yang diguna dikumpulkan satu tempat, dah malam-malam ni sejuk pulak nak kena air. Bertuah punya budak berdua ni, dah terbongkang depan tv. Ish ish ish…

‘Kau dah bagitahu Mus?’
‘Daaah. Dia kata ok je. Dia ajak kita pergi sekali tapi aku tak nak. Kita pergi awal sikit dan tunggu diorang sampai.’
Mereka berdua membawa barang yang telah siap dipacking ke dalam kereta. Aloyah melihat WISH Encik Paris masih ada di tempat parking. Tak ke mana-mana gamaknya dia hujung minggu ni.
Sampai di Taman Keputeraan, Fiza membentangkan tikar di bawah pepohon rhu yang teduh. Cuaca nyaman aje. Walaupun agak panas tapi ada deru dingin menerpa. Memang sesuai sekali makan-makan macam ni. Agak ramai juga orang di sana. Pelancong barangkali. Taman Keputeraan merupakan salah satu tempat popular untuk bergambar, ada banyak bunga-bungaan yang menarik. Aloyah selalu juga datang melepak di situ dengan Syafiza.
‘Sorry beb, tak dapat nak menolong korang.’
Badariah baru sampai. Dia terus dari sekolah. Walaupun hanya pembantu tadbir, sibuk dia mengalahkan guru besar. Sebentar kemudian, Mus and the gang pula tiba. Encik Paris pun ada. Hensem dengan t-shirt turtle neck dan jeans. Dah tak ada gaya KJ tetapi hot guy kata Kak Zetty.
‘Tq sebab datang…’
Syafiza membuka bicara. Mail tersengih-sengih. Dia awal-awal sudah duduk tanpa sempat dipelawa.
‘Last kita makan kat sini bulan lepas kan?’
Mustaza cuba mengingat ketika mereka sama-sama kenduri steamboat di situ. Dengan periuk dan dapur mereka angkut sekali. Memang seronok waktu tu.
Bada menolong apa yang patut. Fiza pula sibuk memotong kek. Ada spaghetti bolognaise, kentang goreng dan donat. Hala datang tadi mereka beli 3 botol air Mirinda. Aloyah memerhatikan Encik Paris yang tidak bersuara. Benar kata Mus, dia sangat cerewet tentang makanan. Direnungnya makanan yang terhidang bagai mencari apa yang kurang.
‘Encik Fareez, jemputlah makan. Jangan segan-segan.’
‘Bos janganlah risau, ini semua Loyah yang masak, gerenti best.’
Mus pulak melobi. Mail kusyuk dengan makanannya. Aloyah mencedokkan spagetthi dan dihulurkan kepada Encik Paris. Dia sudah maklum yang bosnya itu suka kalau ada yang melayan, macam kat restoran le pulak.
‘Ada air lain tak? Saya tak minum air gas ni.’
Tiba-tiba Encik Paris bersuara.
‘Ada. Saya ada bawak milo. Ni…’
Aloyah memang dah standby dari awal. Dia tahu Encik Paris tak minum minuman bergas. Dia seorang pembantu yang peka. Semuanya dia ambil tahu.
Masing-masing bercerita sambil menjamu selera. Mail suka sangat dengan kek pelangi yang dibuat Aloyah. Sedak katanya. Encik Paris yang mulanya menolak akhirnya berjaya juga menghabiskan satu potongan. Mus pula kemaruk dengan donat. Bada dan Fiza selaku birthday girl tetap maintain ayu…
Aloyah membahagikan kek yang masih ada kepada beberapa remaja yang ada di situ. Kalau tak habis sayang nak buang. Mereka dah kekenyangan. Ahmad Fareez hanya memerhati gelagat Aloyah. Dengan skirt labuh dan kemeja yang di tight-in, tudung pula tetap setia macam Najwa Latif, dia akui Aloyah memang cute dan comel. Pheewww….