Friday, April 25, 2014

Makan-Makan Stimboat

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Hari ni rasa sangat panjang. Sejak pagi di sekolah, hingga balik, makan dan sembahyang, kemudian ke sekolah semula sehingga jam 6, banyak membawa pergi semangat saya. Penat sebenarnya walau tidak melakukan kerja-kerja fizikal, kata orang PENAT OTAK... Kalau di tanya la sekarang saya betul-betul nak hang out kat kedai mamak sambil hirup segelas milo dengan kawan-kawan, seperti masa muda-muda dulu. Tapi dok CH ni jangan perasan lah ya... silalah buat milo sendiri di rumah.

Dalam dok libang libu ni layan ajelah short n3 ni, dah lama jugak buat, dah berapa lama dok terperap dalam draf.


Sebelum terjadinya stimboat ni, saya ada la dua tiga kali dok menyebut dengan Mok Ja, nak gi makan stimboat dekat Brinchang tapi sari ke sari tak sampai-sampai. Jadi kebetulan turun ke Ipoh, saya beli bahan-bahan yang berkaitan dan buat sendiri di rumah dia. Makan ramai2 dengan budak2 memang sedap. Tambah-tambah bila ada yang berebut-rebut..


Saya buat dua jenis sup, iaitu yang biasa dan sup tomyam. Cara nak buatnya senang sangat... main campak2 aje, tunggu mendidih dan dah buleh serve.


Sup tomyam. Yang penting serai, daun ketumbar dan jangan lupa kiub ayam.


Stimboat ni tahu-tahu sajalah kalau makan di kedai mahu RM belas-belas sekepala. Kalau kena yang rakyat jelatanya ramai... anggotanya tak cukup kaki tangan memang kena belanja lebih sikitlah supaya semuanya dapat makan. Jalan penyelesaiannya adalah kita buat sendiri, lagi jimat dan puashati. Tengok sahajalah bahan2 yang terhidang. Jika dikira jumlah semuanya tidak sampai pun RM50 tapi memang puas hati makan.


Berbaloi-baloi-baloi.....

Jumpa esok plak ya... nak ke kayangan sekejap. Letih bebenor! Salam sayang...

1 comment:

  1. berbaloi buat sendiri kat rumah..boleh makan puas2..modal pon tak bnyak tapi boleh makan ramai2..

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]