Sunday, May 22, 2011

Apam Polkadot

Assalamualaikum & selamat petang kawan-kawan...
Petang tadi CS buat apam polkadot, nak habiskan inti tepung bungkus semalam. Apam ni dah ramai yang buat, cantik2 belaka. CS kalau sebut je apam polkadot ke apam dot dot ke seriau nak membuatnya. Bukan ape, selalu laaaaa apam tu jadi merekah kembang semangkuk. Eeeee memang la apam tu buleh dimakan, tapi x seronok le nak pandang, tak berapa jelita...Xpe...takpe... janji dapat makan ye dak.. Resepi ni CS selongkar dari Sheely MyR. Izin ye dikopi di sini utk rujukan masa depan... Ececece...ceh. Untuk kaler CS sengaja bubuh hijau putih, malas nak kecah2 banyak bekas. Eh pompuan niii..............

Comel kan...walaupun warna tak terang sgt...(yang lain xsoh cite la...kembang mambang)
APAM POLKADOT
Sumber : Sheely MyR

Bahan-bahan 

  • 3 biji telur-dari peti sejuk (gred A)
  • 275 gm tepung gandum
  • 220 gm gula halus
  • 150 ml susu segar@susu cair
  • 3 sudu teh baking powder
  • 1 sudu kecil ovalette
  • filling-blueberry@strawberry@apa2 ikut citarasa CS guna inti kelapa
  • pewarna

Cara-cara

  1. masukkan semua bahan apam kedalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang CS guna food processor je
  2. bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan
  3. masukkan setiap adunan berwarna kedalam piping bag
  4. picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas-setengah sahaja
  5. letakkan filling secukupnya-nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan
  6. picit lagi adunan sama @ warna berbeza sehingga hampir penuh.
  7. last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan,kemudian kukus selama 10-15minit @ sehingga masak

4 comments:

  1. uit.. tgk gmba cm knal kueh tu, tp tgk name cm xpnah denga.. =D

    ReplyDelete
  2. Lebih kure dengan kuih ambon kelate jgk...tp bubuh inti...buat comel sikit

    ReplyDelete
  3. aaaa.. patut cm pnah tgk.. ambon la, lbih nya ade inti.. gitu..? mnarik2..
    =D

    ReplyDelete
  4. menarik la sangat.... kene trai la :)

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]