Friday, February 28, 2014

Dear... Tolonglah Berhati- Hati Di Jalan Raya

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera



Saya baru sampai di kampung. Semasa berhenti sembahyang di sebuah masjid di Banggol Judah, Machang... saya melihat ada orang berkumpul, ingatkan ada pemeriksaan polis tetapi rupa-rupanya kemalangan maut. Kereta Viva vs treler ikan.

Saya tak melihat situasi sebenar hanya mendengar Mok Ja cerita. Saya kalo excident ni memang tak nak tengok... seriau! Daripada apa yang diceritakan nasalah bermula dari lori yang terbabas ke laluan bertentangan. 3 orang meninggal di tempat kejadian manakala seorang parah. Pemandu treler pula tak mengalami kecederaan. Innalillah pada srmua mangsa.

Itulah...resam kehidupan kita sebagai pemandu kereta. Memang sering diingatkan agar sentiasa berhati-hati dan berhemah. Kalau mengantuk tu janganlah menggagahkan diri. Pastikan rehat yang mencukupi. Sediakan juga gula-gula atau asam untuk dikunyah selain air. Dan yang paling penting pastikan kereta dalam keadaan baik.

Saya memberikan pesanan ini kepada semua termasuklah diri sendiri... semoga kita semua berada dalam lindungan Allah jua adanta...

Thursday, February 27, 2014

Asam Pedas Ikan Patin Temerloh

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Ikan patin dari Temerloh ni dibeli oleh rakan serumah saya. Katanya dia ambil bahagian ekor saya ambil bahagian kepala (macam pembahagian pokok pisang monyet dengan kura-kura....). Bijak sungguh dia ambil bahagian ekor, isinya banyak dan kurang tulang. Tapi tak mengapa juga sebab saya memang suka bahagian kepala, masyuk bila maka-makan isi di bahagian itu.

Yang seronoknya ikan ni langsung tak berbau. Masa defrost, ada juga saya masukkan limau kasturi untuk menghilangkan hanyir tapi gamaknya ini ikan ori dari tempat asal, memang tak berbau langsung. 

Jadi, fikir-fikir nak masak apa, saya godeklah resepi di blog Kak Azie. Biasanya kalau ikan sungai / anak-beranak ikan air tawar ni saya agak buntu nak masak. Bila berkenan dengan resepi asam pedas, terus saya buat, tetapi saya tidak menumis rempah cilinya hanya sekadar rebus semua bahan hingga empuk. Sayurnya pula saya hanya masukkan tomato. Kalau tengok yang Kak Azie buat memang nampak sangat-sangat menyelerakan. Yang saya buat ni bukan tak sedap, bukan tak menyelerakan tapi tidak la menarik seperti yang dibuat Kak Azie.

Walau apapun, menarik atau tidak semuanya sudah selamat dihadam. TQ Kak Azie atas perkongsian. Resepinya saya dah copy untuk rujukan akan datang.


MASAK ASAM PEDAS IKAN PATIN

1 ekor ikan patin saiz sederhana
1 bunga kantan - belah 4 (saya tak letak)
1 ikat daun kesum
1 sb pes asam jawa adabi - guna air asam jawa
Garam dan serbuk perasa
Kacang bendi secukupnya

Bahan kisar:
6 ulas bawang putih
2 biji bawang besar - saiz sederhana
1 inci halia
1 senduk cili giling - saya guna 20 biji cili kering
1 ibu jari belacan

Cara cara:
Kisar bawang bawang, halia dan belacan. Tumis bahan kisar hingga wangi dan masukkan cili giling.  Masak sehingga cili benar benar masak. Bila naik minyak, masukkan bunga kantan, jika guna bunga kantan.

Masukkan setengah blender air (agak agak). Masak dengan api perlahan sehingga mendidih, baru dimasukkan ikan dan asam jawa.  

Renih atas dapur dan masuk daun kesum, kacang bendi, garam dan serbuk perasa. Kuah jangan terlalu pekat dan jangan terlalu cair. Sesuaikan kepekatannya.
Bolehlah dihidangkan dengan nasi putih panas panas.

Nota:
Jika terlebih masam, tambah air.  Mesti kena ada rasa masam dan pedas, baru sedap.

Wednesday, February 26, 2014

Double Mango Juice

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Sesekali layan jus buah sedap jugak ye dak? Selalu pekena ayaq kosong je, tapi kebetulan ada beli mangga, blend aje dengan jus mango tropical Peel Fresh...dah pun jadi. Agak pekat sedikit kerana kurang jus berbanding mangga, tapi ini terpulanglah pada citarasa masing-masing.


Kalau  kata taknak guna jus mangga pun boleh, gantikan dengan susu segar tapi saya tak suka sangat. Resepi? Takyahlah ekk...

Tuesday, February 25, 2014

Ladang Anggur, Ringlet (Edisi Berbuah)

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Kali kedua saya ke Ladang Anggur di Bertam Valley, Ringlet ni. Kalau dulu dah habis musim, sekarang memang tengah lebat berbuah. Memang seronok + teruja sangat dan melihat anggur dari dekat. Sebelum ni dah tengok di Blue Valley tapi yang di sini ada sedikit berbeza. 

Dari segi buah, yang di Bertam Valley lebih sedap dan manis berbanding di Blue Valley. Buahnya lebih rangup manakala yang di Blue Valley buahnya agak lembut. Harganya juga jauh lebih murah. Di Bertam Valley sekilo RM 18 manakala di Blue Valley sekilo RM 30 (harga 2013).

Memang puas hati dapat snap gambar dalam tu. Kalau ada yang datang ke CH, silalah cari tempat ni, mudah sahaja. Ikut Jalan Bertam Valley - Sungai Koyan sehingga terjumpa papan tanda 'SWEET GRAPE FOR SALE'. Kalau dah tak ada buah atau dah habis musim, papan tanda ni akan diturunkan.

Jadi, jom layan gambar-gambar yang sempat saya ambil...

Model tak berbayar... Di jalan masuk

Saya sangat suka dengan gambar ni. Nampak seperti gugusan anggur plastik yang digantung

Nak? Kena lah datang. Rasa memang sedap walaupun berbiji

Dah datang jauh-jauh ni rugi kalau tak ambil gambar kenang-kenangan.

Aisyah yang ambil gambar ni. Katanya saya dan Mok Ja seperti adik beradik. Tapi yang pastinya saya lah adik...

Heart shape haruslah ada.. T_T

Aisyah juga seperti saya, pantang ada kamera, suka sangatlah bergambar

Tangga pun boleh jadi jugak... *_*

Jadi, jangan lupa tau, datang cari tempat ni.

Entry berkaitan ladang anggur CH :

Monday, February 24, 2014

Dakjuk (Korean Chicken Porridge)

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Lagi masakan Korea yang saya dah cuba. Sangat mudah dan senang. Namanya dakjuk ataupun bubur nasi ayam. Penyediaannya sama seperti bubur nasi kita cuma yang ini menggunakan beras pendek / short grain - saya guna je beras yang buat kimbap itu ari.

Masa tengok Running Man (edisi masakan) juri ada menyatakan untuk membuat bubur sukatannya adalah 1:5 tapi yang saya buat ni menggunakan air yang agak banyak kerana tidak merendamnya terlebih dahulu. Adalah dalam 1:20 jugak (saya lebihkan air kerana panaskan semula pada paginya untuk bekal sekolah). Saya ubah sikit cara-caranya, sesuaikan dengan jumlah beras yang saya guna. Ayamnya pula saya terus hiris kecil dan masak sekali dengan nasi manakala saleri saya ganti dengan ubi kentang.


Untuk dua kali makan ni saya menggunakan 1/3 cawan beras. Saya juga mencampurkan sedikit kiub ayam ke dalamnya. Apa bezanya menggunakan beras tempatan dengan beras kimbap? Kalau ikut selera tentulah beras biasa di makan ni lagi sedap, tapi tak mengapalah sesekali guna beras yang khas apa salahnya. Rasanya lebih berkanji dari beras biasa tu...

Kalau ada baby tu, boleh cuba buat ni. Bagi saya ianya sedap dan tentunya berkhasiat. Resepi? Ada di bawah ni...


DAKJUK (KOREAN CHICKEN PORRIDGE)  
Source : KoreanBapsang

Ingredients:
3/4 cup short grain rice, soaked for about an hour and drained
4 cups chicken stock
1 cup pulled chicken
1 carrot chopped
1 celery chopped

Add the stock and rice to a large pot and simmer, covered, for about 30 minutes. Start with medium low heat, but reduce to lower heat when the stock is visibly reduced. Stir occasionally (more frequently as the stock is reduced) so the rice doesn't stick to the bottom of the pot.

Add the vegetables, cover and simmer for additional 10 minutes until the vegetables are soft. (At this point you can adjust the consistency of the porridge to your taste by adding more stock or water.) Since the chicken is already cooked, stir in during the last few minutes of simmering. Add salt and pepper to taste.
 

Sunday, February 23, 2014

FM Untuk 3 Pengomen Terbanyak

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera


Perghhh...dua hari senyap tanpa n3... Ada sesekali online tapi mood tak ada mari, tengok sekadar tengok dan kemudian offline. Susah jugak bila hilang mood ni. Bukan hilang ke mana pun, diragut dek keghairahan nak menjahit semenjak dua menjak ni.

Jadi malam ni setakah short n3 ajelah. Time terajin kemas bilik minggu lepas, terjumpa pulak dengan FM dari Vietnam yang tak abes dibahagikan agaknya.. terus saya pikir bagus jugak kalau bagi gift pada yang suka komen kat n3 saya. Kalau harap saya komen n3 orang memang lambat la sikit, nak hado masa la katakan. Jadi setakat 11 malam, 14 Feb 2014 senarai di atas adalah yang paling kerap meninggalkan komen. Heeee... terpilih tak?

Untuk ketiga-tiga orang ni,giftnya saya dah pos (pos ekspress) Jumaat lepas, kalau dah sampai boleh bagitahu ekk...kot-kot la masih tak terima. Buat Kak Amie, Kak Yati dan Wana...terima kasih bebanyak ya...

Friday, February 21, 2014

Gimbap/Kimbap (Korean Dried Seaweed Rice Rolls)

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Pasal jiwa saya berkaitan segala-gala tentang Korea, silakan jangan jemu ya! Saya memang ala-ala Korea sikit, sampaikan ada orang tu kata kat saya, memang dah patut pegi Korea ni, dah kronik sangat katanya.

Seperti juga kimbap ni... Dah ada nori barulah boleh cuba. Hanya menggunakan bahan tempatan yang ada di rumah sahaja. Kita yang buat dia, jangan sempitkan dunia masakan dengan mengatakan kita tak boleh buat kerana bahan yang tidak ada...

Pada yang ada stok nori jom cuba buat kimbap ni pulak..


Untuk bahan-bahan inti kimbap, saya tak la ikut semuanya hanya menggunakan timun, sosej, telur dadar dan tuna. Kalau korang nak bubuh menda lain pun boleh. Bila saya buat kimbap ni, memang rasanya agak lain sikit dari sushi. Kalau sushi tu rasanya sedikit masam tapi yang ni tidak (resepinya tak masukkan cuka). Tapi sayang sungguh, masa buat ni lupa nak masukkan garam...jadinya sedikit tawar, agak kurang kick la jugak.

Pengalaman memasak beras pendek a.k.a beras Jepun ni memang sesuatu yang baru. Beras ni saya rendam terlebih dahulu, agak lama juga kerana terlupa dek sibuk menjahit. Bila masak, tak sampai pun 30 minit dah masak. Mujur jugak tidak terlembik atau termentah. Saya hanya menggunakan api perlahan (saya tanak di atas dapur gas) seperti menanak pulut.

Dengan menggunakan 2 cawan beras, agak banyak juga yang saya dapat... memang puas makan walaupun tak berapa puas hati. In Sha Allah next time nak cuba lagi. Kalau sesape yang nak buat jugak tu boleh tengok laman web KoreanBapsang, di situ ada gambar step by step yang sangat-sangat membantu.

감사합니다

GIMBAP/KIMBAP (KOREAN DRIED SEAWEED RICE ROLLS)
Source : KoreanBapsang

Ingredients:
3 cups uncooked short grain rice
1 tablespoon sesame oil
salt to taste (about 3/4 teaspoon)

6 gim (aka nori) sheets

For beef:
8 ounces lean tender beef, cut into 1/2 inch-thick long strips
 (You can also use thin bulgogi meat or ground beef)
2 teaspoons soy sauce
1 teaspoon sugar
1 teaspoon sesame oil
1/2 teaspoon minced garlic

For spinach:
1 bunch spinach (about 8 ounces)
1 teaspoon sesame oil
salt to taste - about 1/4 teaspoon

For fish cake - eomuk:
1 sheet fish cake - eomuk
1 teaspoon soy sauce
1/2 teaspoon sugar
1/2 teaspoon sesame oil

2 medium carrots, julienned (or 1/2-inch thick long strips)
3 eggs
6 yellow pickled radish (danmuji) strips (1/2-inch thick)

Cook the rice using a little less water than usual. (Fresh cooked rice is best for gimbap.)
Cut the beef into thin strips (about 1/2-inch thick). Mix well with the next 4 seasoning ingredients. Stir fry over medium high heat until cooked through, 2 - 3 minutes.
Blanch the spinach, shock in cold water and squeeze out water. Season with the sesame oil and salt.
Julienne the carrots. Stir fry with a little bit of oil over medium high heat and salt until softened.
Crack and beat the eggs, in a bowl with a spoon or a fork. Stir in a pinch of salt. Heat a pan over medium low heat. Add the eggs to the pan. When the bottom is set, flip it over. Transfer to a cutting board. Cut lengthwise into 3/4-inch thick strips.
Cut the fish cake lengthwise into 3/4-inch thick strips. Mix with the soy sauce, sugar and salt. Stir fry with a little bit (about 1 teaspoon) of vegetable oil over medium heat until softened, about 2 minutes.
Cut the pickled radish lengthwise into 1/2-inch thick strips (unless you bought a pre-cut package).
The filling ingredients are ready.  
When all the other ingredients are ready, remove the rice from the rice cooker. While the rice is still hot, add the sesame oil and salt. Mix well by lightly folding with a rice paddle or large spoon until evenly seasoned. Taste a little and add more salt if needed. The rice will cool down during this process and be ready to be used.
Put a sheet of gim, shiny side down and longer side toward you, on a cutting board or a bamboo mat if available. Spread about 3/4 cup to 1 cup of rice evenly over the gim, using a rice paddle or your fingers preferably.
Lay the prepared ingredients on top of the rice close to the side toward you.
Lift the entire bottom edge with both hands and roll over the filling away from you, tucking in the filling with your fingers.
Put firm pressure over the roll with the help of the bamboo mat, if using, to close everything in tightly. Then, continue to roll again, putting pressure evenly over the roll using both hands.
Rub or brush the roll with a little bit of sesame oil for extra flavor and shiny look. Apply a little bit of sesame oil to a sharp knife. (This will keep rice from sticking to the knife. Repeat as necessary after each cut. Wipe the knife with a damp towel if the rice still sticks.) Cut the roll into 1/2-inch bite sizes. 

Thursday, February 20, 2014

Terima Kasih Kak Ina & Cheq Da... Tambah Koleksi FM 3

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Dah lama betul nak buat entry ni tapi asyik tertangguh. Sejak kebelakangan ni banyak tugas yang menghambat sampai tak mampu nak ngadap lappy. Keluar n3 pundari draft yang dah lama terperuk. Kali ni just nak share gifts yang saya dapat baru-baru ni.

Masa Kak Ina buat n3 pasal teka teki nama rempah di blognya, saya saje la cuba. Tak kompon pun masa tu, masakan tidak, gambar rempah2 yang diupload tu semuanya nampak sama sahaja. Tak sangka pulak dalam saja-saja mencuba tu eh betul pulak 4 dari pada 6. Memang suka sangatlah sementelah pula hadiahnya adalah berupa FM dari Singapura yang belum ada dalam koleksi saya. Terima kasih Kak Ina... I loike!


Cantik kan? Tambah satu lagi dalam koleksi *_*


Selain FM di atas, Kak Ina juga ada menyertakan sebiji buku MUDAHNYA MEMBUAT BUN yang mengandungi beberapa resepi serta langkah-langkah membuat roti dengan pelbagai bentuk yang berlainan. Lepas ni boleh la buat ikut resepi yang ada, bentuk-bentuk bun dan rotinya pula memang ada yang saya tak terfikir pun sebelum ini. Kalau saya dah cuba nanti In Sha Allah akan saya kongsikan di sini.


Antara yang ada dalam buku tersebut. Tak sabar rasanya untuk cuba...


Selain dari gifts dari Kak Ina, saya juga menerima satu FM nuuuuuun jauh dari London, hasil pemberian blogger Cheq Da yang mengirimnya kepada adik beliau yang berkunjung ke UK untuk menghantar isterinya menyambung pelajara di sana. Aiiiii suka la sangat, kalau nak pergi nak beli sendiri memang lambat la lagi....

Buat mereka berdua ini, terima kasih daun keladi, kalau ada bolehlah bagi lagi!

Semoga murah rezeki dan berbahagia selalu...

Wednesday, February 19, 2014

Sampai Akhir - Judika

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 


Malam...
Sekarang...
Tengah setelkan SPS...sakit kepala, loya sedang melanda.... 
x_x
Tadi sistem ok, sekarang dah mula slow...
Nak marah tapi tak tahu pada siapa!

Layan lagu sat...
Feveret. I like. Penuh dengan makna.
SAMPAI AKHIR

Noted : SPS dan clear...dah rait!!





SAMPAI AKHIR - JUDIKA ft DUMA RIRIS


Kasih ku berjanji selalu menemani

Saat kau bersedih, saat kau menangis
Aaa.. kan ku jaga
Aaa.. segenap cinta yang ada untukmu
Selama nafasku masih berdesah
Dan jantungku terus memanggil indah namamu
Takkan pernah hati ini mendua 
Sampai akhir hidup ini
Kasih ku berjanji selalu menemani
Saat kau bersedih saat kau menangis
Aaa.. kan ku jaga
Aaa.. segenap cinta yang ada
Aaa.. percayalah
Aaa.. satu cintaku untukmu
Selama nafasku masih berdesah
Dan jantungku terus memanggil indah namamu
Takkan pernah hati ini mendua
Sampai akhir hidup ini